Copy Is Right

Wednesday, August 16, 2006

Aku , Dia dan Semalam

Aku keluar dari perut Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Mama dan Papa sudah mendahului langkahku yang lemah menuju ke lobi menunggu kenderaan. Aku susuri dengan langkah yang perlahan menghampiri kedua orang tuaku. Kelihatan Pak Long sibuk membantu Papa mengangkat bagasi kami ke dalam bonet kereta. Mama sudah hilang di dalam perut kereta.

"Balik juga anak sedara Pak Long yang seorang ni," tegurnya sewaktu aku menyalami dan mencium tangannya. Aku hanya tersenyum hambar. Sepatutnya aku tidak berada di sini. Aku juga tidak sepatutnya pulang di kala ini.

Jika tidak kerana kejadian yang menimpa diriku sebulan yang lalu, pasti aku masih bebas di bumi asing. Pasti aku sedang sibuk dengan tugasku sebagai pensyarah. Sibuk melayani teman serumah yang juga merupakan pelajar tahun akhir di tempat aku mengajar. Paling tidak, aku akan banyak menghabiskan masa di rumah membaca novel yang selalu dikirimkan oleh Mama dan Papa dari Malaysia.

Aku duduk di sebelah Mama di kerusi belakang. Tidak banyak perubahan yang dapat aku lihat semenjak pemergianku dua tahun yang lalu. Bezanya, semakin banyak pembangunan dijalankan. Menaikkan lagi taraf kedudukan Malaysia di serata dunia setara dengan negara luar terutamanya negara Amerika. Bandar Putrajaya semakin gah di perkatakan. Ekonomi negara juga semakin memberansangkan.

***************

Aku tersedar apabila Mama mengejutkanku. Aku terpaku di hadapan sebuah banglo dua tingkat yang agak asing padaku. Barangkali inilah rumah baru kami yang Mama dan Papa maksudkan. Banglo yang berjaya dibeli hasil duit simpanan yang kuberikan sepanjang aku mula bekerja di negara orang. Nama Villa Desa Permai atas permintaanku terpampang indah di pintu pagar rumahku.

Pak Long membantu Mama dan Papa mengangkat bagasi ke dalam rumah. Aku duduk di bangku batu berhadapan kolam kecil buatan yang amat menarik perhatianku. Ikan kap emas berenang riang. Sesekali air pancur memecah kesunyian banglo yang terletak di hujung simpang.

"Akak!" Satu suara kedengaran nyaring menjerit namaku. Belum sempat aku menoleh, tubuhku telah diterkamnya dari belakang. Nadia ketawa riang menyambut kepulanganku. Bertalu-talu pipiku menjadi mangsa ciumannya.

"Rindu akak," ulasnya lalu mencium pipiku lagi.

"Bila Dia balik? Mama tak bagitahu akak pun tadi?" tanyaku terkejut.

"Dah dua hari. Saja suruh Mama dan Papa rahsiakan. Saja Dia nak bagi surprise kat akak," luahnya lalu duduk di sebelahku. Lenganku dipeluknya manja.

"Akak sihat?" tanyanya risau. Aku hanya mengangguk. Risau agaknya dia apabila mendapat tahu keadaan diriku yang tidak lagi sesihat dulu.

"Mama dah bagitahu Dia, ye?" dugaku apabila jemarinya mengusap pipiku.

"Lepas ni Dia tak nak pisah dengan akak lagi. Dia nak kerja kat sini. Dia nak tolong Mama dan Papa jaga akak," putusnya tegas.

"Akak tak ada apa-apa. Akak dah beransur sihat."

"Itu kata akak. Kata doktor lain. Lepas ni, Dia akan temankan akak pergi hospital," janjinya. Aku hanya mengiakan saja. Aku tahu, Nadia ingin melawan kesedihan di hatinya.

"Jom masuk ke dalam, kak. Dah lama kita tak bercerita panjang, kan? Mulai malam ni, Dia nak tidur dengan akak. Sampai bila-bila."

"Tak malunya adik akak ni! Dah boleh jadi mak orang pun nak tidur dengan akak," usikku.

"Lebih baik daripada tidur bawah ketiak Mama," pintasnya mengundang ketawaku. Manjanya tidak berubah.

"Mama rasa macam ada orang seru nama Mamalah," celah Mama dari belakang. Kami ketawa kecil apabila Mama cuba mengorek rahsia perbualan kami.

***************

Aku hanya menurut apabila Nadia menarik tanganku menuju ke butik Kirana di KLCC. Aku hanya memberi pandangan apabila dia memilih beberapa helai kebaya untuk majlis pertemuan semula pelajar kolejnya dulu. Walaupun letih aku hanya menurut kerana tidak mahu mengecewakan permintaannya. Sehelai kebaya berwarna biji kundang lembut menjadi pilihannya.

"Akak tunggu kat luar, ye?" pintaku. Nadia hanya mengangguk lalu aku biarkan dia sendirian. Aku berdiri di balkoni sambil melihat-lihat suasana di tingkat bawah sekali yang agak sesak dengan pengunjung.

"Nell ke ni?" tiba-tiba satu suara menegur. Aku berpaling. Seorang jejaka yang agak kukenali tersenyum girang melihatku. Raut wajah yang sudah berjambang dan sedikit botak itu kutatap lama.

"Azman!" tekaku pantas. Dia hanya mengangguk sambil ketawa.

"Ingat pun lagi. Empat tahun tak jumpa, makin lawa sekarang ye?" tegurnya mengundang ketawaku.

"Biasa sajalah. Man datang seorang saja, ke?"

"Tak. Dengan orang rumah dan Along. Rasanya Nell dah lama tak jumpa Along, kan?"

"Haah. Lebih kurang lima tahun. Apa khabar dia sekarang?".

"Alhamdulillah, sihat. Semua ada di hujung sana. Kebetulan Man lalu sini sebab nak turun ke bawah sekejap. Tak sangka terjumpa Nell di sini. Seorang? Atau dengan hubby?" usiknya pula. Tergelak aku mendengar katanya. Nadia datang menghampiriku.

"Datang dengan adik. Kenalkan ini Nadia. Dia, ni kawan sekuliah akak dulu kat kolej," perkenalku. Mereka saling bersalaman.

"Wanna join us?" pelawanya.

"Thanks but no thank you. Kami ada hal lepas ni. Anyway, telefonlah Nell kalau free". Sehelai kertas kecil yang tertera nombor telefonku kuhulurkan kepadanya.

"Insya Allah", jawabnya pendek lalu kami berpisah. Aku berlalu meninggalkannya yang masih merenungku. Sejenak terkenang aku pada kisah kami. Hanya dia tempat aku pernah mengadu tentang sikap dan tindakan Iza dan Hazrul padaku dulu. Azman tidak pernah memulaukan aku walaupun alam kuliah telah bertahun kami tinggalkan. Cuma aku yang membisukan diri apabila mendapat tahu aku menjadi punca hubungan cintanya bersama Ita putus di tengah jalan. Aku sedih dengan salah sangka yang telah wujud dalam fikiran Ita.

"Akak nak cari apa-apa lagi?" tegur Nadia mengejutkan aku dari terus mengelamun.

"Dia nak beli apa-apa lagi ke?" tanyaku pula. Nadia hanya menggeleng. Lenganku dipeluknya manja. Nadia semakin manja denganku semenjak kebelakangan ini. Mama pula yang naik runsing tengok anak bongsunya itu asyik berkepit dengan kakaknya siang malam.

"Kita balik, ye? Akak rasa letihlah," cadangku. Nadia hanya menurut lalu kami menuju ke ruang meletakkan kenderaan di tingkat bawah sekali.

***************

Kafe Coffee Bean agak lengang. Barangkali kerana waktu pejabat masih belum berakhir. Mataku terpaku pada sepasang suami isteri yang sedang berjalan berpegang tangan sambil menolak kereta sorong. Berkahwin juga mereka akhirnya. Pasti mereka sedang bahagia sehingga tidak terperasankan aku di sini. Aku tersenyum sinis. Sekurang-kurangnya pengunduran aku berbaloi untuk mereka.

Tanpa aku duga si jejaka terpandang padaku. Ada kejutan di wajahnya. Si isteri yang terperasan perubahan di wajah suaminya turut menoleh. Kelihatan wajahnya tergamam melihatku lalu segera mengajak si suami beredar segera ke tempat lain. Begitu sekali bencinya dia padaku. Sedangkan yang dirampas adalah milikku. Biarlah. Aku terima hukuman itu kerana sesungguhnya aku pasti akan meninggalkan si jejaka hari ini kerana penyakitku jika aku tidak mengundurkan diri suatu masa dulu.

"Sorry, Man lambat," tegur Azman. Aku hanya tersenyum.

"It's okey. Duduklah," pelawaku.

"Rasanya tadi macam Man ternampak junior kita dulu tapi lupa nama dia. Siapa sangka budak yang paling ligat kat kolej dulu dah berkahwin. Alhamdulillah. Berubah juga dia akhirnya. Tapi, kalau tak silap Man, dulu dia syok kat Nell, kan?" ceritanya. Aku hanya tersenyum tawar. Kalaulah Azman tahu, itulah bekas kekasihku yang telah dirampas oleh teman baikku sendiri, apakah anggapannya kelak?

"Ye ke? Nell tak perasan pula tadi," balasku ingin menutup cerita.

"So, lama menghilangkan diri Nell ke mana? Man pernah telefon rumah tapi talian dah tak digunakan lagi. Handphone pun macam tu juga," tanyanya memulakan bicara.

"Tak ke mana. Cuma, sejak tiga tahun lepas, Nell ke UK. Sambung belajar kemudian bekerja. Baru dua bulan lepas Nell balik. Mama dan Papa dah bising terpaksalah balik. Lagipun kami dah berpindah ke Rawang sejak setahun yang lepas. Jadi dah jarang turun bandar. Saja tak nak bagitahu sesiapa pun. Dah lama duduk kat KL ni sekali-sekala nak juga cari kedamaian sikit," jelasku lebar. Azman menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Actually, Man nak jumpa Nell ni ada hajat besar."

"Aik! Lain macam je bunyinya. Nak minang Nell ke?" aku cuba mengusiknya yang suka ketawa.

"Kalau Nell sanggup bermadu, tak cukup Dataran Merdeka, Laut China Selatan Man tadahkan, tau!" sambutnya membalas gurauanku.

"Nell tak nak bermadu sebab Nell tak suka makan madu. Manis di mulut tapi perit di tekak."

"Ke situ pula, Nell ni. Macam ni, kelmarin Man jumpa Faizal. Diorang tengah buat arrangement untuk reunion night bulan depan. Dengar cerita hanya untuk batch kita saja. Lecturer pun dijemput sama. Ramai yang dah bagi respon nak datang. Dia tanya kalau ada terjumpa Nell sebab ramai sangat yang nak jumpa dengan puteri desa permai ni," terangnya membuatkan aku tergelak kecil.

"Man ingat lagi nama desa permai tu? Nell sendiri hampir lupa kalau Man tak sebut tadi," ujarku.

"Nama tu dah sinonim dengan kelas kita dulu. Tanpa desa permai, rasa tak lengkap kelas kita tu," ujarnya lagi. Aku mencebik mengejeknya.

"Ni nak puji Nell ke nak bodek Nell?"

"Dua-dua sekali. Lagipun, Hazrul ada telefon Man semalam. Dia ada sebut dah lama tak jumpa Nell. Tapi, Man tak cerita kat dia yang Man ada jumpa Nell. Man tahu Nell tak suka bila Man buka cerita pasal Hazrul dengan Iza. Man harap sangat Nell datang malam tu nanti. Man sanggup datang jemput Nell kat Rawang," pujuknya bersungguh-sungguh.

Hazrul! Sudah lama aku tidak menatap wajah tampan dan tenangnya. Sudah terlalu lama aku merindui gurauan dan saat-saat indah kami dahulu. Pada kisah semalam yang begitu indah walaupun terpaksa menuntut pengorbanan dariku. Terlalu rindu aku pada sebuah kisah semalam saat kami ceria dan mesra membelah kesibukan kota metropolitan dengan kisah remaja kami. Begitu juga dengan Iza. Aku sendiri sudah lupa tentangnya semenjak aku cuba melupakan mereka. Aku hampir membuang jauh kisah semalam aku bersamanya atas nama persahabatan.

"Tengoklah nanti macam mana. Kalau Nell lapang insya Allah Nell akan datang," putusku agak serba salah.

"Nell lupa janji kita dulu? Tentang impian dan harapan kita untuk bergabung di dalam perniagaan yang ingin kita jalankan. Nell lupa macamana kita bersusah-payah siapkan kertas kerja tu dulu?" umpannya memujukku.

"Itu sebahagian dari kenangan dan assignment kuliah yang harus kita siapkan, Man. Tak semua impian akan menjadi kenyataan. Ada kalanya impian hanya sebuah ilusi yang tak pasti. Penyeri hidup."

"Nell jangan lupa. Nell pernah cakap dulu. Walau di mana Nell berada, kami tetap di dalam ingatan Nell."

"Nell ingat dan Nell tak lupa. Nell takkan lupa Villa Desa Permai. Nell takkan lupa siapa yang telah banyak mengajar Nell tentang kehidupan di bandaraya sebesar Kuala Lumpur ni. Nell tak lupa dulu Nell pernah dijadikan tempat untuk melepaskan geram. Nell tak pernah sekali-sekali lupa bahawa dulu Nell pernah serahkan hati Nell pada dia dalam diam tapi Nell harus berpijak di bumi yang nyata, Man. Menyembunyikan diri bukan bermakna Nell membenci cuma menjarakkan diri agar tidak melukakan atau dilukai sesiapa lagi. Man lupa, siapa yang sebabkan Man putus dengan Ita? Man lupa siapa yang menjadi penghalang untuk Iza menghampiri Hazrul?" luahku panjang. Azman mengeluh kecewa.

"Nell dah berubah. Degil Nell di depan Man hari ini dah tak sama dengan degil Nell yang Man kenal dulu. Mungkin Hazrul boleh pujuk Nell.'

"Sedangkan pantai lagi akan berubah inikan pula manusia. Hari ini tak sama dengan semalam, Man. Nell semalam dah pergi jauh. Yang tinggal hanya kenangan antara mereka. Mungkin juga, malam tu, Nell langsung tak tayang muka kalau Hazrul pula yang datang cuba memujuk Nell," balasku. Azman bersandar di kerusinya.

"Man dah tunaikan permintaan mereka. Selebihnya terserahlah pada Nell sendiri. Tapi, Man berharap sangat Nell akan datang walaupun tak sampai sejam," harapnya. Aku mengeluh serba-salah.

"Nell tak boleh janji. Insya Allah", putusku mengalah. Azman tersenyum puas.

"Thanks, Nell." Aku hanya mengangguk lalu menjeling ke arah jam di lengan.

"Sorry, Nell kena balik dulu. Dah janji nak jemput adik kat pejabat dia," pintaku. Kami bersalaman lalu aku melangkah perlahan menuju ke tempat meletakkan kereta.

***************

Malam semakin kelam. Sesekali kedengaran angin malam berhembusan menerkam kedinginan sehingga ke tulang hitam. Pandanganku terhenti pada langit yang gelap tapi indah dihiasi bintang dan bulan purnama.

"Akak buat apa termenung kat luar ni?" tegur Nadia lembut. Aku hanya tersenyum.

"Saja ambil angin malam."

"Kenapa duduk kat luar ni? Kan tak elok untuk kesihatan akak," pesannya. Aku menarik lengannya duduk di sebelahku.

"Mana-mana pun sama, Dia. Kalau dah nak sakit, duduk dalam rumah pun sakit juga. Kenapa tak tidur lagi ni? Esok kan kerja?"

"Belum ngantuk lagi. Mama kata akak dapat reunion invitation card petang tadi. Akak nak pergi?" tanya Nadia. Aku menjungkit bahu.

"Akak belum buat keputusan lagi. Tengoklah macam mana nanti. Kalau Dia jadi akak, Dia pergi tak?"

"Mestilah pergi. Bila lagi Dia nak tayang muka yang dah tak comot macam sembilan tahun yang lepas. Tapi yang paling utama sekali, Dia nak pergi sebab Dia nak jumpa putera hati Dia. Manalah tahukan entah-entah selama ni dia pun rindukan Dia. Lepas tu dia datang jumpa Dia. Dia kata, Dia, I missed you so much! Masa tu Dia rasa betapa bahagianya hidup Dia. Kami akan hidup happily ever after," ceritanya lebar. Terlebih berangan pula adik aku yang seorang ini. Tergelak kecil aku melihatkan gayanya yang terlebih sudu dari kuah.

"Berangan saja kerjanya. Ingat ini fairy tale story ke?"

"Bukan berangan tapi berharap. Tanpa keberanian impian hidup tak bermaknalah jawabnya, kak. Jomlah, masuk tidur. Sejuklah," ajak Nadia. Aku hanya menurut tanpa membantah.

***************

Aku pandang wajah Doktor Amira lama. Ada keresahan pada wajah doktor muda anak kenalan Papa itu. Mata kami bertentangan lagi. Sesekali kedengaran keluhannya begitu berat untuk dilepaskan. Berat sangatkah untuknya menjelaskan hasil ujian darah yang telah dilakukan oleh mereka?

"Berterus-terang sajalah Kak Mira. Lia dah bersedia mendengar keputusan darah Lia tu," akhirnya aku terpaksa bersuara setelah bosan menanti penjelasan darinya. Mama dan Papa di kiri dan kananku hanya membisu. Barangkali kegelisahan mereka lebih terserlah berbandingku.

"Akak tahu Lia tabah dan kuat. Tapi akak nak Lia tahu, kita hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan semuanya. Hasil dari ujian darah yang telah dibuat, kami dapati status penyakit Lia berada pada tahap serius. Tapi, kami masih ada rawatan yang dapat membantu sel kanser dari cepat merebak. Rawatan kimoterapi dapat membantu dan jalan terakhir dengan menjalani pembedahan jika perlu," akhirnya Doktor Amira bersuara. Aku hanya mengangguk. Segalanya telah aku jangka sedari awal lagi.

Aku toleh wajah Mama dan Papa yang terkesima. Kejutan di wajah mereka lebih ketara berbandingku. Titisan sejernih mutiara mulai membasahi pipi Mama. Ada sendu kecil yang berselangan. Papa membisu.

"Lia tak nak jalani sebarang rawatan atau pembedahan. Lia tak nak mati dalam keadaan yang tidak sempurna tubuh badan Lia. Lia sanggup makan berpuluh ubat tapi Lia tak sanggup nak lukakan diri Lia sendiri. Lia harap Mama dan Papa hormati keputusan Lia," pintaku. Mama memelukku erat.

"Lia jangan cepat putus asa. Kita masih boleh berikhtiar," Doktor Amira cuba memujuk.

"Lia tak putus asa cuma Lia nak hidup macam orang lain walaupun Lia sakit. Kak Mira juga kata, Tuhan yang tentukan semuanya", balasku tegas. Mereka hanya mampu mengeluh dengan keputusanku.

"Walaupun apa pun keputusan Lia, Papa akan sokong." Akhirnya Papa memberi aku sokongan yang paling aku harapkan. Mama menggenggam erat jemariku tanda turut memberi sokongan.

***************

Aku belek kad jemputan berwarna merah jambu di atas mejaku. Haruskah aku pergi? Pentingkah kehadiranku seperti yang Azman katakan? Masih ingat lagikah mereka pada aku yang terasing ini? Bagaimana penerimaan Iza dan Hazrul kelak?

"Akak belum buat keputusan lagi?" tegur Nadia.

"Entahlah. Akak tak tahu samada akak patut pergi ke tak?" balasku hambar.

"Pergilah, kak. Jangan jadikan berita pagi tadi penamat kegembiraan akak. Sepatutnya akak rebut setiap peluang yang datang sekali dalam seumur hidup kita. Dia berani kata, mungkin malam nanti akan mengubah sesuatu yang akak tak sangka. Lebih baik kita terlambat dari tidak berpeluang langsung. Akak selalu pesan macam tu pada Dia dulu. Akak dah lupa?" pujuknya.

Aku bangun menghampiri meja solekku. Wajahku masih seperti dulu. Belum terserlah perubahan yang nyata. Aku mungkin sihat hari ini dan esok tapi belum tentu lagi lusa dan hari seterusnya. Aku mungkin masih boleh bertahan untuk seketika dan mungkin juga aku sudah terlalu lemah untuk menjadi seperti hari ini. Aku tatap wajah Nadia dari cermin di hadapanku.

"Lebih baik terlambat dari tak dapat langsung, kan Dia," ulangku. Nadia memelukku dari belakang.

"Dia tahu akak takkan hampakan hati akak sendiri," ulasnya lalu mencium pipiku. Pintu almari baju dibukanya. Sepasang baju kurung kebaya moden dikeluarkan lalu dihulurkan kepadaku.

"Akak pakai baju ni. Dia belikan khas untuk akak. Dia nak pastikan malam nanti akaklah orang yang paling cantik sekali supaya putera akak tu tak boleh tidur malam ingatkan akak," usiknya lalu menarik tanganku agar mencubanya.

**************

Aku berdiri di hadapan cermin. Kelihatan jelas penampilanku yang jauh berbeza atas usaha Nadia. Wajahku sungguh berbeza. Aku memperagakan pakaianku di hadapannya.

"Macam mana?" tanyaku. Nadia menepuk tangannya.

"Cantik macam tuan puteri. Kalau putera tak pandang akak langsung, Dia sarankan dia pergi periksa mata dia kat hospital secepat mungkin. Mama mesti tak percaya tengok akak," pujinya. Kedengaran daun pintu bilikku diketuk. Nadia membuka pintu. Tersembul wajah Mama dan Papa tersenyum melihat penampilan baruku.

"Amboi! Lawanya anak Papa," Papa pula memuji. Mama mengusap pipiku lembut.

"Pergilah, Nanti terlambat. Kesian pula putera kena tunggu lama," usik Mama. Bahang mula terasa di wajahku. Malu aku dibuatnya. Aku menjeling Nadia yang sudah panjang sengihnya.

"Mama ni, malu Lia. Ni mesti Dia punya kerja ni. Tak boleh nak simpan rahsia langsung," marahku sambil menjeling Nadia yang sudah menyorok sambil ketawa di belakang Papa. Aku menyalami Mama dan Papa. Nadia menemaniku sehingga ke kereta.

"Drive carefully, kak. Anything, give me a call. Kirim salam kat putera tau," Nadia sempat mengusik.

Aku memulakan perjalananku dengan tenang. Senyuman tidak lekang di bibirku. Aku tahu aku tidak dapat membohongi diriku sendiri. Kasihku pada putera tidak pernah terpadam biar sudah ada hati yang menggantikannya. Wajah tenang itu kembali terbayang di mata. Senyuman itu semakin jelas di ingatan.

Antara aku dan dia, semalam adalah sebuah nostalgia yang terindah. Esok, ada sinar yang sedang menanti. Wahai puteraku, tunggu kedatanganku. Aku akan datang padamu. Demi sebuah cerita semalam.

Papa

“Papa,” bisik Liza di dalam hati. Berkali-kali dia memerhatikan lelaki yang berada di dalam Restoran Rasa Utara itu. Memang sah itu papanya. Tetapi, siapa pula wanita cantik di sebelah papa. Takkanlah papa mahu main kayu tiga dengan mamanya pula.

“Eh, itu papa Liza, kan?” tegur Riezman.

Airmuka Liza berubah serta-merta. Liza terus merenung papanya yang kelihatan gembira melayani wanita itu.

“Jangan buat hal kat sini, Liza,” Riezman mengingatkan. Bimbang dia jika tunangnya ini membuat sesuatu yang tidak wajar di situ. “Mungkin client papa, agaknya,” Riezman memujuk hati Liza.

“Saya tahulah awak dan papa ngam. Tapi hal macam ni, awak kena fikirkan mama saya,” marah Liza.

“Sudahlah tu. Balik nanti tanyalah elok-elok dengan papa,” ujar Riezman.

“Saya nak masuk sekejap. Awak nak ikut ke tak?” tanya Liza.

“Okeylah, sayang. Tapi jangan main tarik-tarik rambut pula dalam tu nanti,” beritahu Riezman sambil tersengih. Liza menjeling tajam ke arah tunangnya. Lelaki itu masih ada hati mahu bergurau!

“Papa,” tegur Liza lalu bersalam dengan papanya. Papa kelihatan terkejut dengan kehadiran anak tunggalnya di situ.

“Eh, Liza. Ha, Riezman pun ada. Makan dengan papa sekali?” pelawa papa.

“Kami dah kenyang, papa,” Riezman menolak dengan lembut.

“Siapa ni papa?” tanya Liza tidak sabar.

“Ini kawan tempat kerja papa. Kenalkan Cik Hayati,” beritahu papa. Liza menghulurkan salam buat wanita yang kelihatan bergaya dan jelita itu. Wanita itu menyambutnya sambil tersenyum.

“Ini anak I. Yang lelaki ni bakal menantu I,” papa memperkenalkan. Wanita itu mengangguk-angguk.

Malam itu Liza tidak berselera untuk menjamah makanan. Hatinya sakit melihat perlakuan papa petang tadi. Papa memang pandai berlakon sehinggakan mama tidak menaruh sebarang syak wasangka terhadap papa. Papa mengerti Liza memarahinya. Agak lama juga Liza mengambil keputusan untuk tidak bercakap dengan papa.

“Siapa tu?” tanya Liza sebaik sahaja terdengar ketukan pintu di biliknya.

“Boleh papa masuk?”

Liza membuka pintu bilik. Kelihatan papa tersenyum ke arahnya. “Papa nak berbincang sesuatu dengan Liza,” lelaki itu memulakan bicara.

“Siapa Hayati tu, papa,” tanya Liza.

“Dia pekerja baru. Kesian dia, Liza. Suami dia dah lama meninggal. Dia terpaksa menanggung anak-anaknya untuk bersekolah,” beritahu papa simpati.

“Habis tu papa bantu ringankan beban dia dengan bawa dia pergi makan?” tanya Liza.

“Papa ingat, papa nak ambil dia jadi isteri papa,”

“Apa?” Liza memandang tepat ke arah papanya.

“Apa mama cakap?” tanya Liza.

“Papa belum beritahu mama,” beritahu papa.

“Papa ni mengarut. Hayati tu berapa umur dia?” tanya Liza.

“23 tahun.”

“Habis Liza nak panggil dia apa? Adik Hayati?” tanya Liza sambil menahan marah. “Papa dah nak masuk 50 tahun, tau? Sedarlah sikit, papa,” marah Liza.

“Papa kesiankan dia.”

“Kalau kesian hantar sajalah duit pada anak-anaknya setiap bulan. Kenapa mesti sampai nak kahwin dengan dia pula?” Airmata Liza menitis perlahan. Liza berbaring di atas katil lalu menekup mukanya dengan bantal. Papa kelihatan serba salah. Dia meninggalkan Liza menangis keseorangan di atas katil.

“Kenapa awak ajak saya keluar malam-malam macam ni?” tanya Riezman lalu menghidupkan enjin keretanya menuju ke gerai makan.

“Awak, papa nak kahwin dengan perempuan tu,” Liza mengadu.

“Apa? Biar betul?”

“Betullah. Awak ingat saya buat lawak ke?” marah Liza.

“Taklah. Sampai hati papa buat macam tu,” ujar Riezman kesal.

“Lelaki memang macam itulah. Ada banyak duit, tau nak kahwin aje,” marah Liza.

“Awak ni. Saya tak macam tu, pun,” balas Riezman.

“Sekarang memanglah. Dah kahwin nanti taulah macam mana.”

“Taklah, sayang. Mama dah tau ke?”

“Tak, apa kita nak buat ni, wak.”

“Wak, wak. Cuba-cubalah belajar panggil saya ni abang. Sedap sikit telinga saya dengar,” ujar Riezman cuba berlucu. Liza hanya mencebik.

“Mm, Sofi ada kat rumah awak lagi?” tanya Liza.

“Ada. Awak nak buat apa dengan dia?” tanya Riezman.

“Awak bawa dia keluar makan esok. Saya nak ajak papa makan dengan saya,” beritahu Liza.

“Awak nak suruh Sofi jadi makwe saya ke? Hish, tak baik main-mainkan orang tua,” marah Riezman.

“Bolehlah, please?” rayu Liza.

“Okeylah sayang, nanti saya beritahu Sofi,” setuju Riezman.

Wajah papa nampak gelisah. Liza tahu Riezman dan Sofi telah berada di belakangnya sejak dari tadi.

“Siapa yang tak henti-henti SMS kat Liza tu?” tanya papa.

“Riezman. Dia kata dia outstation. Baru sampai Johor,” bohong Liza. Sebenarnya Riezman memberitahunya bahawa dia sudah sampai di situ dan meminta supaya Liza jangan menoleh ke belakang. Airmuka papa berubah. Wajahnya masam mencuka.

“Kenapa papa?” tanya Liza pura-pura ingin tahu.

“Liza percaya dia outstation?” tanya papa.

“Percaya. Mama pesan pada Liza, kalau kita sayang seseorang kita mesti ada rasa saling mempercayai. Liza sayangkan dia, papa. Liza percaya pada dia, macam mama percaya pada papa. Tapi, sekarang ni, papa yang lunturkan kepercayaan mama. Kalau Riezman menduakan Liza. Hancur hati Liza, papa,” beritahu Liza bersungguh-sungguh.

Papa hanya diam membisu. Papa sayangkan Liza. Liza satu-satunya anak yang papa ada. Geram sungguh papa melihat Riezman begitu mesra dengan gadis manis itu. Papa hanya menunggu masa Riezman menoleh ke arah mereka. Malangnya sehingga selesai makan, Riezman langsung tidak nampak kewujudan mereka di situ.

****

“Hello, Riezman,”

“Riezman cakap.”

“Liza kata Riezman outstation, betul ke?” tanya papa.

“Kenapa papa?”

“Wedding day Riezman dah nak dekat, ni. Papa harap Riezman tak main-mainkan Liza,” tegas suara papa.

Riezman terdiam. “Betul ke papa nak kahwin dengan perempuan yang kami jumpa tempohari.”

“Taklah. Ramai lagi lelaki bujang dan duda yang masih muda dan lebih sesuai dengan dia. Kenapa tiba-tiba tanya papa macam ni?”

“Minta maaf papa. Liza beritahu Riezman semalam.”

“Ingat ya, Riezman. Anak papa cuma dia seorang. Jangan main-mainkan perasaannya,” marah papa lalu segera meletakkan gagang telefon. Riezman tersenyum sendirian.

****

“Terima kasih, Sofi,” ujar Liza sebelum Sofi pulang menaiki pesawat ke kota London.

“Don’t mention it. Wedding you all nanti tak dapatlah Sofi datang,” beritahu Sofi lalu memeluk tubuh Liza dengan mesra. Sofi merupakan sepupu Riezman. Dia kini menuntut di luar negara.

Setelah Sofi meninggalkan Riezman sekeluarga, mereka membawa haluan masing-masing. Ayah dan ibu serta adik-adik Riezman pulang ke rumah. Manakala Riezman pula berjanji untuk menghantar Liza setelah menjamu selera nanti.

“Marah agaknya papa kalau dia tau siapa Sofi sebenarnya,” ujar Riezman dalam perjalanan menghantar Liza pulang ke rumah.

“Thank you tolong saya,” balas Liza sambil tersenyum. Liza berharap papa tidak lagi bermain kayu tiga di belakang mama.

“Thank you aje,” usik Riezman.

“Yelah, habis tu?”

“Ciumlah saya sekali,” pinta Riezman.

“Cubalah belajar sabar sikit. Lagi seminggu aje,” marah Liza.

“Tak kira. Sekali aje.”

“Degillah awak ni,” balas Liza lagi.

“Awak ni cute, tapi garang sangat, kan? Kesian saya, saya tak pernah pun marah awak,” ujar Riezman. “Awak tak sayangkan saya, agaknya,” Riezman pura-pura merajuk.

“Sayanglah,” ujar Liza perlahan.

“Sayanglah,” Riezman mengajuk semula gaya percakapan Liza terhadapnya. Liza tertawa gelihati.

“Cuba romantik sikit bila cakap dengan saya, tak boleh ke?” tanya Riezman. Liza hanya tersenyum.

“Okey, dah sampai rumah dah. Pergilah keluar. Kirim salam pada papa dan mama,” beritahu Riezman selamba. Liza memandang wajah Riezman agak lama.

“Kenapa?” tanya Riezman. Hatinya gementar melihat Liza memandangnya begitu.

“Good night, sayang. I love you,” bisik Liza di telinga Riezman penuh romantik.

Riezman memandang Liza lama. Terkejut melihat sikap Liza yang tiba-tiba begitu. “A.. a.. pa Liza cakap?” tanya Riezman. Terasa seluruh tubuhnya gementar melihat aksi Liza yang manja dan masih tersenyum memandangnya.

“Lecehlah awak ni, baru intro dah gabra,” usik Liza lalu menutup pintu kereta. Liza melambaikan tangannya terhadap Riezman yang masih tidak percaya dengan apa yang didengar dan dilihatnya sebentar tadi.

Niza @ Ahmad Niza

“Hai!”

Aku menoleh. Eh, student baru ni. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Memang sah. Dia tegur aku.

“Saya panggil awak. Awak tengok siapa?”

Aku tersengih. Segan ditegur begitu.

“Tak nak pelawa saya makan?”

Aku menghulurkan sandwich yang kubekal tadi. Tak malunya budak ni. Ada pulak minta makan kat aku.

“Nama siapa?”

“Sama macam nama awak”

“Ahmad Niza?”

"Niza aje. Ahmad tak ada." Aku perempuan la. Apa plak ada Ahmad. Lelaki itu terus memandang aku tidak berkelip-kelip.

“Masa cikgu announce nama awak tadi, saya terkejut juga.”

Ahmad Niza hanya tersenyum. “Baguslah tu. Mesti ada specialnya kalau kita jadi kawan baik.”

Kawan baik? Heh, gila apa si mamat ni agaknya. Tak boleh ke dia cari perempuan yang cun sikit dari aku. “Cammana first day hari ni?”

“Okay.”

Ahmad Niza terus merenungku. Rimas aku dipandang begitu. Aku bukannya lawa sangat sampai dia perlu melihat aku begitu sekali. Sudahlah tak lawa, tak pandai bergaya, tembam pulak tu. Sikit lagi dah boleh masuk kategori gemuk.


**********************************************

Aku semakin akrab dengan Ahmad Niza. Kami berdua rajin buat discussion sama-sama. Ramai juga awek kat sekolah tu yang jeles ngan keakraban kitorang. Tapi aku tak kisah pun kalau si Ahmad Niza tu plan nak dating ngan sesapa. Sebelum ni dia ada jugak keluar dengan beberapa awek kat sekolah ni. Tapi nampaknya semua dia tak berkenan. Cuma dengan Suraya aje dia rapat sket. Bebudak sekolah kata dia couple. Entah le aku tak nampak macam tu pun. Eh, jeles ke aku?

“Petang ni kau free?”

“Free. Apsal?”

Aku memandang ke muka Ahmad Niza. Dia nak ajak study lagi ke? Kuat betul study mamat sekor ni. Naik cramp kepala otak aku dibuatnya.

“Kita gi nengok wayang,”

Mataku terbeliak. Gila apa dia ni.

“Aku dah ajak Su. Tapi bila aku kata cerita Matrix, dia kata tak best. Dia ajak tengok cite Maid In Manhattan. Masalahnya aku dah beli dah tiketnya.”

Oh, Su tak nak rupanya. Patut la dia ajak aku. Aku sedar. Aku bukan first choice dia. Suraya dah reject, baru nak ajak aku. Tak pelah, aku peduli apa. Janji dapat tengok wayang free.


**********************************************

Best gila cerita tu. Aku rasa macam nak tengok lagi. Si Ahmad Niza tu pun nampak puas hati dengan jalan cerita dia.

“Makan jom.”

Aku menurut. Aku memilih makanan yang bersesuaian lalu membayarnya di kaunter.

“Eh, aku belanja.” Cepat saja Ahmad Niza menghulurkan duitnya.

“Tak payah la belanja aku. Engkau pun belajar lagi. Dah kerja lainlah.” Aku segera menolak tangannya lalu menyerahkan not sepuluh ringgit kepada juruwang di hadapan aku.

Selesai makan, Ahmad Niza membawa aku ke supermarket pula. Ada ke dia suruh aku pilih baju apa yang aku nak? Aku mana biasa minta orang belanja macam ni.

“Ambik la sepasang Niza. Ni la first time aku keluar dengan kau selama kita berkawan.” Ahmad Niza terus mendesak tetapi beriya-iya aku menolak. Akhirnya Ahmad Niza mengalah. “Lepas ni nak ke mana?”

“Baliklah.”

Ahmad Niza tersenyum mendengar permintaan aku. Apa hal la dia senyum pula. Best ke bila dengar aku kata nak balik.

“Alang-alang dah keluar, jomlah kita jalan-jalan.”

Oh, agaknya dia tersenyum sebab aku nak balik awal sangat. Aku melihat jam di tangan. Baru 3.30 petang. Tapi rasa macam tak selesa pula bila berjalan dengan Ahmad Niza ni lama-lama. Suraya tahu ke tidak?

“Oklah, jom kita balik.” Ahmad Niza terpaksa menuruti permintaanku akhirnya. Dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan Suraya dan teman sekelasnya yang lain.
Wajah Suraya merah padam. Dia datang mengahampiri aku.

Panggg!

Satu tamparan hinggap di mukaku. Rasa malu yang amat sangat. Apatah lagi bila aku ditampar di hadapan Ahmad Niza, teman-teman Suraya dan orang ramai!

“Gemuk! Ada hati nak rampas boyfriend orang. Cerminlah diri tu sikit. Dah la tak lawa. Gemuk pulak tu.”

Suraya terus mengutuk-ngutuk fizikal aku yang tidak sempurna ini. Aku hampir menangis. Aku berlari meninggalkan Ahmad Niza dan Suraya yang bertelagah disebabkan aku.


*********************************************

Aku menghadapi SPM dengan tenang. Sejak peristiwa itu, aku dah tak berbual dengan Ahmad Niza lagi. Ahmad Niza tak putus-putus memujuk aku dan meminta maaf tapi aku buat dek aje. Aku dapat tawaran belajar di UiTM. Aku pergi tanpa beritahu Ahmad Niza. Aku tak kisah. Aku dah biasa hidup tanpa kawan rapat. Kat sekolah dulu pun, aku kawan gitu-gitu ajelah. Tak boleh nak join perempuan-perempuan yang kaki melawa atau terlalu kuat belajar. Posisi aku di tengah-tengah. Itu yang payah tu.


**********************************************

“Niza! Sepupu engkau datang,”

Nancy memekik memanggil namaku dari tingkat bawah. Siapa pula sepupu aku yang rajin buat surprise ni?

“Hai.”

Aku terlopong. Ahmad Niza! Apa dia buat kat sini? “Mana tahu aku kat sini?” Aku memang terkejut melihat dia.

“Aku ada mulut. Aku tanya oranglah.”

Hm, mamalah yang beritahu ni. Siapa lagi? Tak pun papa. “Bila masa jadi sepupu aku?”

Ahmad Niza tersengih. Pandai-pandai ngaku jadi sepupu aku. Getat kepala kang baru tau.

“Kalau aku cakap Ahmad Niza, engkau tak turun pula.”

Hm, pandai dia nak cari jalan jumpa aku. Sebenarnya bukan aku marah dia menyamar diri. Tapi aku selekeh gila sekarang ni dengan kain batik, rambut sikat ala kadar. Kalau aku tau dia tadi, boleh aku pakai lawa-lawa, ikat rambut elok-elok, sembur perfume sket. Cewah!

“Kurus engkau sekarang.”

“Kenalah kurus, nanti orang kata cermin diri tu dulu sebelum nak berjalan dengan orang-orang yang hensem macam engkau.” Aku melihat wajah Ahmad Niza berubah bila aku bercakap begitu.

“Suraya tu yang perasan lawa.” Ahmad Niza kelihatan marah.

“Itulah, kita tak sesuai jadi kawan baik. Tak sepadan. Dari dulu lagi aku rasa tak best bila jalan dengan engkau. Tapi, engkau confidentkan aku cakap tak pe, tak pe. Since engkau humble walaupun anak orang kaya. Aku lama-lama rasa senang jadi member engkau walaupun tak selesa sebab rasa macam handsome and the beast.”

Ahmad Niza tersengih kecil. “Nak tahu kenapa aku suka sangat nak kawan dengan kau masa aku mula-mula sampai sekolah dulu?”

Entah mana la aku tau. Aku terus menanti bicara seterusnya.

“Sebab fizikal dan rupa engkau sebiji macam cousin aku.”

Oh, ye ke? “Dia kat mana skang?” Aku nak juga tahu. Mana tahu, kalau ada kesempatan, boleh berkenalan.

“Dia dah meninggal.”

Aku terkejut. “Kenapa?”

“Mati lemas. Dia selamatkan aku. Kami mandi di sungai. Air deras. Aku dengan dia hanyut. Tapi, dia dapat sambar kayu. Aku terlepas. Dia berlari berenang ke arah aku. Tarik aku sampai aku dapat paut kayu tu. Tapi pautan dia pula terlepas. Aku nak kejar dia. Tapi dia tak benarkan. Depan mata aku dia meninggal. Aku terus fobia dengan sungai lepas tu.”

Aku terdiam. Kini baru aku faham kenapa dia begitu baik dengan aku.

“Ayah dengan ibu terkejut bila tengok gambar engkau. Dia minta aku ajak engkau ke rumah bila-bila masa. Tapi, masa tu kita tengah perang dingin. Aku tak berani nak offer engkau masa tu”

Aku menganggukkan kepala. “Engkau buat apa skang?”

“Baru balik UK. Tu la dah hampir 4 tahun tak jumpa. Engkau dah tak lama kat sini kan?”

“Next week dah final. Lepas exam la baru aku ke rumah engkau.”

“Tak boleh kot sebab aku satu family nak pindah ke Adelaide. Ayah ada projek kat sana untuk tempoh setahun dua ni.”

“Bila?”

“Lusa. Sebab tu aku cari peluang nak jumpa engkau. Dah tiga kali aku datang tapi baru ni engkau ada.”

Oh, dua kali sebelum ni, dia la yang cari aku. Aku pun heran jugak ada orang mengaku sepupu yang beriya-iya datang nak jumpa aku. Rupa-rupanya dia la orangnya!

“Eh, Suraya macam mana?” Masih dengan Suraya lagikah?

“Perempuan cantik, tak semestinya perfect.”

Apa maksudnya?

“Mungkin orang kata Suraya tu cantik dan sesuai dengan aku. Tapi, dia banyak kerenah, kaki kikis. Lepas engkau tak nak cakap dengan aku, aku betul-betul rasa lonely. Masa tu baru aku tau siapa special girl aku. Bukan Suraya, tapi engkau!”

Hampir terbeliak mataku mendengarnya. Buta apa dia ni. Perempuan serabai macam aku yang dia suka.

"Engkau la satu-satunya perempuan yang tak mengabihkan duit aku bila kita sama-sama keluar. Aku memang suka dengan sikap engkau Niza. Bagi aku fizikal tu tak penting kalau hati aku dah suka."

Eh, biar betul si Ahmad Niza ni. Dia suka aku ke? Bestnya!

“Ni ambil ni.” Ahmad Niza menghadiahkan sebatang pen berjenama mahal miliknya untukku.

“Ini harta yang paling aku sayang dan aku nak kau simpan. Aku akan balik dua tahun lagi untuk jumpa engkau. Kalau dalam tempoh dua tahun tu kau dah jumpa somebody, hantarlah pen ni pada aku balik.”

Kenapa dia cakap macam ni. Dia ni suka aku ke tak? Cakap separuh-separuh. Manalah aku faham.

“Aku nak something dari kau yang akan aku pulangkan kalau aku dan jumpa somebody di sana.”

Aku memandang ke seluruh badanku. Apa aku nak bagi? Takkanlah kain batik ni? Nak mampus? Aku melihat cincin di jari manisku. Cincin milik mama hadiah ulangtahun perkahwinan dari papa. Hm, bolehlah. Ini kira berharga ni. “Cincin ni.” Aku hulurkan padanya. Ahmad Niza menyarungkan cincin tersebut di jari kelingkingnya.

“Jumpa lagi ya!”


***********************************************

Hanya tinggal beberapa minggu lagi sebelum Ahmad Niza dan keluarganya pulang ke tanah air. Aku terus menghitung hari. Pen milik Ahmad Niza kubelek berkali-kali.

Setelah tamat belajar, aku terus sahaja diterima untuk bekerja. Menara Kembar Petronas! Bukan sahaja kebanggaan negara, malahan juga tempat untuk aku mencari rezeki. Berdasarkan prestasi kerja yang cemerlang aku cepat dinaikkan pangkat. Aku tidak lagi selekeh seperti dahulu. Bekerja di tempat baru ini mendedahkan aku kepada dunia fesyen terkini. Aku semakin yakin dengan penampilan diriku hari demi hari. Elegan tetapi masih ketimuran. Teman-teman lelaki di pejabat memanggil aku Posh Spice sebab mereka kata aku pandai bergaya. Heh, lantak dioranglah. Kalau dia jumpa aku zaman aku belajar dulu. Maunya diorang pengsan!

“Niza, ada bungkusan untuk Niza?”

Bungkusan? Hatiku terus berdebar. Adelaide? Tentunya dari Ahmad Niza.
Seperti dijangka, meskipun bukan itu yang aku mahukan. Ahmad Niza mengirim sekotak cincin! Aku terus berlari ke bilik. Menyembamkan wajah ke bantal lalu menangis.


*************************************************

Menerusi emel, tempat kami selalu berinteraksi Ahmad Niza meminta aku menantinya di lapangan terbang. Kepala otak dia. Dahlah dia sakitkan hati aku. Aku tak kuasa nak tunggu.

Malam itu setelah pulang dari Adelaide, berkali-kali Ahmad Niza menghubungi aku. Mungkin kerana tidak sabar memujukku di telefon, Ahmad Niza nekad datang ke rumah.

“Niza!”

Mama panggil. Ah, malasnya nak buka pintu. Dah la aku nampak kemunculan Ahmad Niza di hadapan pintu pagar tadi ketika aku mengintai kereta siapa yang berada di hadapan rumahku.

Tuk! Tuk! Tuk!

Ish, mama ni ketuk pintu pula. Terpaksalah aku buka.

“Niza.”

Ahmad Niza! Apasallah mama pergi beritahu bilik aku kat sini.

“Kenapa tak datang jemput?” Ahmad Niza menunjukkan wajah sedihnya. Merajuk konon. Lantak le.

“Entah!” Ok ke jawapan aku tu? Ah, biarlah dia.

“Nah, pen awak.” Aku serahkan pen itu kepadanya. Ahmad Niza terpinga-pinga.

“You dah ada boyfriend ke?”

Eleh, buat-buat terkejut pula. Dia tu dah ada orang lain. Buat sandiwara ke apa budak Ahmad Niza ni.

“Dah awak pulangkan barang saya, saya pulanglah barang awak balik.” Aku terus marah dengan sikapnya itu.

“Mana ada?”

Ish, geram betul aku kat mamat sekor ni. Aku terus mengambil kotak cincin pemberiannya. Yang herannya Ahmad Niza terus tertawa terbahak-bahak. Gila ke dia ni? Tensen aku.

“Dah tengok ke cincinnya?”

“Tak. Nak buat apa tengok? Dah orang pulangkan balik cincin kita.”

Ahmad Niza terus menggenggam tanganku. Aku terpempan. Ish, romantik pula dia ni. Tak tentu arah perasaan aku dibuatnya.

“Tengoklah.”

Akhirnya aku membuka kotak itu. Terdapat kad kecil di dalamnya tertulis, ‘sayang, will you marry me?’. Aku rasa macam nak pengsan. Aku terus memandang ke tangan Ahmad Niza. Cincin aku masih berada di tangan kanannya.

“Cincin ni saya hantar sebab tak sabar nak propose awak.” Ahmad Niza terus tersenyum. Aku malu sendiri. Rasa macam nak melompat keluar dari tingkap rumah pun ada.


**************************************************

Majlis persandingan kami dilangsungkan di hotel penuh meriah. Ahmad Niza menyediakan jamuan untuk tiga sesi. Untuk saudara mara sebelah dia, sebelah aku dan akhir sekali teman-teman seperjuangan kami.

“Niza aku minta maaf kutuk engkau gemuk dulu.”

Aku memeluk tubuh Suraya. Aku dah lama maafkan. Aku sedar siapa aku waktu tu. Aku terus melihat Suraya, suami dan 3 orang anaknya melangkah meninggalkan kami berdua.

“Ish, gemuknya Su sekarang. Tiga kali ganda gemuk dari you dulu.”

Aku menekup mulut Ahmad Niza. Amboi, bukan main lagi ngutuk orang. Nasib baiklah tidak ada yang mendengar. Itulah Suraya, dulu engkaulah paling cun. Tapi, itulah. Kuasa Tuhan bila-bila masa Dia boleh pusing balik keadaan. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Ahmad Niza terus memeluk bahuku dengan erat. Aku amat bahagia di sisinya…

Cinta,Kasih,Sayang

19 Januari 2002. Tarikh aku mendaftar masuk ke sekolah idamanku, MRSM Pontian. Tercapai juga hasrat aku ya. Pertama kali menjejakkan kaki di sini, terasa ada satu perasaan aneh menyelinap ke seluruh tubuhku. Aku rasa macam takut, cemas entah apa-apa perasaan yang aku tak suka semua memburu aku. Tapi, form 1 mengajar aku hidup sebenar tinggal di asrama penuh.

Masuk form 2, aku merasakan ada perubahan pada diriku. Kawan-kawan pun begitu. Kami bertambah rapat dan mesra [walaupun ada juga yang jadi 'hantu buku']. Di sinilah bermulanya kehidupan riang ria remaja kami. Cinta? Bukan... tak semestinya cinta sahaja boleh buat manusia bahagia. Aku gembira dengan persahabatan kami. Atika, Ecah, Angah, Along, Ummul, Timah, Ika, Ogy dan tak lupa budak-budak bilikku yang cute lagi lincah... Ikin, Zilah dan ratu kebaya : Enon.

Usik mengusik, gurau senda antara kami mengukuhkan lagi keakraban. Aku sering terfikir bagaimanalah nanti andainya kami berpisah. Ingatanku merebak mengenangkan minggu aktiviti pada semester kedua...

"Eh, ko gi cari buluh." Arah rakan ku yang sedang sibuk membuat gadget, maklumlah pertandingan, beb. Masa tu, perkemahan antara persatuan. Aku pergi mengambil gergaji dan meredah kebun bersama Ika. Setelah lebih kurang 1 minit kami berjalan, kami terjumpa buluh besar yang dah tumbang.

" Ish, besarnya, " aku mengeluh.

"Alah, cuba aja potong." Ika memberiku sedikit semangat. Aku memotong buluh itu dengan gergaji tapi tersekat-sekat.

Seorang budak lelaki form 1 lalu di situ. "Kak, nak buat apa ni ?" soalnya.

"Nak potong buluh ni. Susah sangat nampaknya," ujar Ika sambil tersenyum sinis kepadaku. Cinabeng ko Ika.

"Alah, aku nie KH bukannya terror sangat. Eh ko cuba pulak," suruhku kepada budak tu. Budak itu pun memotong lebih kurang macam aku.

"Dahlah kau nie, buat lemah semangat aku jer. Meh sini aku potong." Aku kesian tengok muka budak tu. Dahlah badan kecik. Buluh tu dengan badan dia pun lebih kurang aja. Aku ni suka juga kutuk orang. Hai... kalau sehari tak kutuk, tak sah. Kesian budak tu. Lastnya, terpotong juga benda tu. Setengah nyawa aku taruhkan. Kitorang pun bawak balik benda tu. Belum sempat kitorang melangkah, budak tu bersuara.

"Kak, nak sikit buluh tu, boleh?" katanya sambil tersengih cam kerang [busuk tak leh cakap, nanti kata aku kutuk dia lagi].

"Ha... yalah. Sikit je. Kitorang nak guna banyak ni. Ko nak, ko potong sendiri " aku mengenakan syarat kepada budak tu. Lepas dia amik, aku blah.

Penat wo... Ajak Enon balik asrama. Kiranya kitorang pontenglah, yek... Nasib baiklah tak de sesapa check. Kalau tak, tandatangan kitorang pasti akan tertera pada saman kesalahan buat kali keempat. Jangan tak caya, aku nie nampak jer baik tapi, nakal gak hehehe [bukan nak perasan, tapi kenyataan]. Kalau classmate aku yang lain tau, mesti diorang tak caya.Itu yang best masa camping. Yang lain, ha... masa kitorang berzapin untuk pertandingan keceriaan kelas [masih dalam minggu aktiviti]. Punyalah aku, Ogy, Zilah ngan Angah berlatih sampai terseliuh tulang femur, ingatkan menang... tapi, tau-tau jerlah ya. Malam masa latihan tu...

"Aku tak suka tengok kau berzapin," kata-kata Hanif yang melalui corong telingaku tetap dalam ingatan.

"Okey, aku tak akan berzapin. Nanti, aku suruh makwe kesayangan ko tu menari. Ko tengok je lah nanti." Aku berlalu dengan perasaan tak puas hati.

"Ecah, ko boleh menari zapin, kan? Ko gantikan tempat aku." Cam tegas aja aku bagi arahan kat orang. Kawan-kawan aku yang lain dah mula pujuk-pujuk aku.

"Alah, korang rileks la... biar si Anep tu tau sikit. Cuba kalau dia yang menari. Geram aku."

Saat itu aku rasa cam ada air yang mengalir dari kelopak mataku. What the hell is going on? Aku menangis, no ... no way! Aku lap airmataku secepat mungkin mengelakkan orang lain nampak. Aku keluar dari kelas dan tolong Enon bersihkan luar kelas. Suara nyaring Zilah membelah kesunyian.

"Dahlah, kau je yang buat. Dia tak reti tu."

Aku berjalan kehadapan kelas. Marah lagi. "Sorry ya, Cah." Aku tengok Ecah tak kisah. Aku ni teruk betul la. Permainkan orang macam tu. Tapi, aku terdesak. Aku jeling Anep. Dah nampak? Kononnya itulah yang cuba aku sampaikan.

Dua hari seterusnya, keputusan diumumkan. Bukan setakat tempat pertama, apa-apa pun kami tak dapat. Tapi tak mengapa. Asalkan kami enjoy. Lepas Minggu Aktiviti, kami mulai sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan semester 2 yang hampir tiba. Cemas juga, yalah budak class lain dah siap study bab 5 sejarah form 3 tapi, kelas kami, macam bergantung pada diri sendiri. Kononnya kelas terbaik. Tahi kucing. Kalau baik sangat kenapa ada budak kelas aku kena buang sekolah? Kenapa? Kononnya malu memperkatakan keburukan pada sekolah kanak-kanak terpilih. MRSMlah katakan. Pada aku, tak ada apa pada nama. Yang penting disiplin dan semangat.

Malam sebelum peperiksaan, Angah datang ke bilikku. Bukannya study, tapi berborak. Yalah, minah novel jumpa ngan minah novel apa lagi ceritanya melainkan hasil karya terbaru novelis Norhayati Berahim, Cinta Pertama. Maklumlah, Angah salah sorang monyet gak kat class aku tu [jangan marah...]. Punyalah syok bercerita ditambah lak ngan kedatangan special effect dari Ecah. Tambah seronoklah ceritanya. Tak sedar dah sampai masa light off. Hm... cakap pasal light off, teringat aku saman pertama kami. Punyalah syok-syok study Math, tiba-tiba datang sorang warden ayu sambil membawa saman merah untuk kami. Apa, lagi, seronoklah kami menandatangani buku autograph dari peminat baru. Suwey betul.

Hari pertama peperiksaan aku lalui dengan tenang. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya. Nak kata confident tu, tak le sangat. Dapat 3 A 5 B pun cukupla asalkan dapat 3.5 . Aku nak juga naik pentas sekali lagi amik anugerah. Sekali jer mana cukup. At least, setahun sekali. Kalau form nie tak dapat, alamatnya form depan kenalah usaha keras dapatkan anugerah pengetua sem 5 ngan sem 6. Pening gak mana nak pikir PNG mana nak pikir TPNG. Bukan senang nak jadi pelajar cemerlang kat MRSM ni. Dahlah stop citer pasal tu.

Lepas habis exam, semua bersorak gembira walaupun PMR bakal menjelang setahun lagi. Kertas soalan yang dikumpulkan entah aku campak kat mana. Seronok la kononnya. Kata kawan aku seronok nie tak lama sebab, bila balik cuti semester nanti, mesti dia postkan result. Tu yang berdebar-debar tu.

Bulan Ramadhan yang mulia menjelang tiba. Bila dah nak waktu berbuka, semua mula sibuk. Aku maintain je...

"Ummul, nanti tunggu aku tau," ujarku kepada Ummul yang sedang mandi di shower room sebelahku.

"Aku maybe gi cepat sikit kot..."

Biasalah jawapan dari Ummul. Kitorang biasanya gi D.S [dewan selera] cepat sebab nak nengok citer Cina pukul 5.30 masa tu. Kalau tak silap tajuknya Country Spirit. Kitorang dah berpuasa kat sana lebih kurang seminggu kot. Tak pastilah. Kadang-kadang berbuka ikut kelas, kadang-kadang ikut homeroom. Sehari sebelum hari lahirku yang ke-14...

"Hihihi... esok sapa punya besday ya..." Ecah sengaja mengusik aku.

Aku cam biasa buat tak layan jer. Tiba-tiba, Saleh si mulut kecoh bercakap [dengan kuatnya], "Oh... esok hari jadi ..., kan " katanya.

Kecoh la ko Salleh, desisku. Lantaklah. Budak homeroom aku, semakin dilayan semakin menjadi-jadi. Hai.. teringat pula aku kat Gunung Ledang, tempat kami bercamping. Dahlah mandi ngan boyz. Tak kiralah adik beradik angkat ke apa ke, rasa janggal. Ada juga yang cuba amik kesempatan. Walaupun pegang tangan, tapi diorang kan bukan muhrim aku. Tak baik...berdosa. Aku bukanlah alim sangat. Tapi, maruah tu yang mahal. Ecah dengan selambanya bukak tudung kat kepala. Aku ? Sorry la beb. Masa mandi pun aku kerudung dengan kain batik. Biarlah apa orang nak kata. Malamnya kitorang buat barbeku. Entah apa-apa aja rasanya. Yang hangus pun tak kurang juga. Tapi, nak memilih tu, janganlah. Malam tu gak, aku suka usik-usik budak homeroom aku yang bercouple. Aku menoleh pada Zul dan menunjukkan Syazila lalu kudekatkan kedua-dua jari telunjukku menunjukkan yang diorang berdua ada internal affair.Aku rasa dia bukannya marah, suka agaknya. Entah apalah yang diorang suka sangat agaknya dengan bercouple.

Tak kurang juga yang bertikam lidah ngan aku pasal cinta-cinta nie. Jamal, contohnya. Bukan main lagi dia bermati-matian menegakkan pendapat dia. Yalah, mentang-mentanglah dah sangkut kat minah 202 yang cun tu. Habis aku dikutuknya. Egolah, nak jadi cam Ada Apa Dengan Cintalah. Entah apa-apa. Aku balas balik, biarlah kalau aku nak jadi cam AADC. At least, pakwe si Cinta tu good looking lah gak.

Sekarang nie, aku tengah kat rumah. Orang yang selalu call aku, Ummul. Katanya, dia dah dapat result. Okeylah gak. Tapi tak masuk top 10. Aku dah tepon Kak Azwa pasal result tu. Salah alamat katanya. Ada tak ada, terpaksalah tunggu 4 Januari.

Ha... kenangan last kelas 201-03. Jamuan kelas malam Ahad. Timah tukang buat award. Hai... apalah nasib orang yang kena kutuk disebabkan award tu. Yang elok, best la... kalau yang mengutuk... habis la. Apapun, syok juga mengenakan monyet-monyet dalam kelas. Bila lagi, kan? Ada kesempatan ni.

"Bacakan denda Angah," kata Ikin. Masa tu, Angah kena denda main kotak beracun.

"Bagi sesuatu yang bermakna kepada orang yang anda sukai [lelaki]," Ogy membacakan denda. Apa lagi, merah padam muka Angah. Bagi bunga kat Amy. Tapi, dalam malu-malu tue, dia kata malam tu syok juga. Hai.. apalah nak jadi. Aku selalu juga nampak Angah dan Zatie mencantumkan nama mereka dengan boyfriend masing-masing. Angah AZ menandakan Amy dan Zulaikha [Angah], Zatie FAZ menandakan Farghali [Jamal] ngan Zatie. Entah apa-apa je.Tak kurang juga ngan nama manja Zatie, Nur dan Jamal, Lee. Kelakar gak nengokkan gaya diorang nie. Bukannya aku nak ngutuk. Tapi, kenyataan.

Waktu berjalan dengan Ummul, untuk round-round maktab, kitorang berbual panjang. Antara cinta, kasih dan sayang. Apa yang penting bagiku, cinta, kasih sayangku hanyalah untuk keluarga, persahabatan dan MRSM Pontian yang menyimpan 1001 kenangan yang sukar diungkap. Kiranya diceritakan dengan buku setebal 1000 muka surat macam Lord Of The Ring sekalipun, takkan cukup untuk menceritakan betapa gembiranya kami berada di sini. Sekalipun gembira tak kurang juga saat suka dan duka yang kami layari bersama. MRSM Pontian... memori dikenang dan perjalanan diteruskan untuk mencapai impian.

Rasin

SEBULAN berlalu, Encik Alex kembali mengalami sakit kepala yang serius hingga terpaksa dimasukkan semula ke hospital.

"Encik, saya rasa encik perlu memaklumkan hal ni kepada family encik."

"Saya tak nak family saya tahu tentang ni lebih-lebih lagi ibu saya. Dia sudah banyak menderita semenjak adik saya, William meninggal dunia disebabkan penyakit yang sama. Saya harap awak faham."

" Ya, saya faham."

########################

Setiap hari aku akan pergi melawat Encik Alex sesuai dengan tugasku sebagai setiausahanya. Aku akan membawanya bersiar-siar di taman hospital untuk menghilangkan rasa bosannya.

"Awak tahu Sarah,saya rasa bosan sangat berada di sini. Entah bila saya boleh pulang ke rumah," katanya melepaskan keluhan.

Aku pernah bertanya pada doktor tetapi jawapannya agak mengecewakan. Encik Alex perlu menjalani rawatan susulan selepas pembedahan yang dilakukan ke atasnya dulu di Jerman kurang berjaya. Aku berasa kasihan melihatnya, masih muda tapi menghadapi penyakit bahaya yang boleh meragut nyawanya. Aku jatuh hati padanya, namun aku hanya pendamkan perasaanku setelah mengetahui bahawa dia pernah kecewa dalam percintaan. Aku akan berterus-terang dengannya setelah aku benar-benar pasti akan perasaan sebenarku terhadapnya.

"Encik Alex, selama kita bekerja bersama saya amat menghormati encik sebagai ketua saya. Namun perasaan baru yang muncul dalam hati saya langsung tidak saya sedari bila dan kenapa ia berlaku."

" Maksud Sarah?"

"Entahlah, saya rasa saya telah jatuh cinta pada Encik Alex." Aku meluahkan rasa hatiku.
Aku dapat lihat perubahan pada wajah Encik Alex. Sememangnya aku tertarik dengan raut wajahnya yang tenang dan seiras pelakon yang aku minati, Rasin.

"Saya hanya anggap awak sebagai pekerja saya dan tak lebih dari tu. Terima kasih kerana datang melawat saya, selepas ini awak tak perlu datang lagi," katanya sambil berlalu pergi dari situ.

Aku ingin membantu tapi segera tanganku ditepisnya. Untuk sampai ke biliknya dia perlu melalui jalan yang permukaannya tidak rata. Tiba-tiba dia terlanggar batu menyebabkan dia terjatuh dari kerusi rodanya. Aku cuba menolong namun dia menolak dengan kasar.

"Saya boleh bangun sendiri," balasnya dengan nada suara yang tinggi.

Aku menjadi marah padanya. Perlukah dia membahayakan diri untuk mengelak dariku, aku hanya menjerit dalam hati. Sebenar - benarnya aku tidak mahu sesuatu buruk berlaku padanya.

######################

"Am I gonna see him again?" hatiku tertanya-tanya tanpa memerlukan jawapan. Dalam kotak fikiranku terngiang - ngiang lagu Dayang Nurfaizah............

Ingin ku pandang wajah mu
Di setiap ketika
Tiada jemu biar pun terluka
Ingin dibelai selalu
Bagaikan waktu dulu
Rasa bahagia dalam dakapan mu

Ku rindu
Wajah dan senyuman mu
Memberikan cahaya
Di dalam mimpi - mimpi ku
Kau pergi membawa hati ini
Tinggalkan ku sendiri dalam sepi

Aku tetap pergi ke hospital untuk melawat Encik Alex walaupun tidak bersemuka dengannya namun sekadar memerhati melalui cermin biliknya sudah membuatkan aku rasa gembira.

Dia kelihatan asyik termenung dan jarang berbual - bual walaupun ramai teman sepejabat datang untuk bertanyakan khabarnya. Dia masih tidak mahu bertemuku, setiausahanya sendiri untuk bertanyakan perihal kedudukan syarikat. Aku terasa sedih. Aku tak harapkan balasan cinta dari Encik Alex yang kerapkali aku panggil Encik Rasin. Aku malu padanya, sebab itu aku sengaja menjauhkan diriku apabila dia ingin bertemuku walaupun aku tidak berdaya untuk melakukannya.

#########################

"Abang?" Aku terkejut melihat abangku di hospital, lalu aku segera menuju ke arahnya hingga terlanggar seorang pemuda. Aku cuba membantunya untuk duduk semula di atas kerusinya tapi apabila terpandangkan wajahnya, aku tidak jadi untuk menolong. Pemuda itu ialah Encik Alex.

"Why didn't you help that man?" abang bertanya sambil menuju ke arah Encik Alex untuk menolong. Aku segera menarik tangan abang merayu padanya untuk pergi dari situ. Aku pasti Encik Alex tertanya-tanya siapakah lelaki yang bersamaku. Aku sememangnya mesra dengan abangku, Saiful tetapi wajah kami langsung tiada persamaan memungkinkan Encik Alex menganggap abangku sebagai teman lelakiku. Ya, itulah alasan yang terbaik bagiku untuk mengelak dari Encik Alex. Aku terpaksa menjelaskan perkara sebenar kepada abangku dan Alhamdulillah dia memahami situasiku.

###################

Aku ke hospital seperti biasa tanpa pengetahuan Encik Alex. Tndakanku ini ibarat menghendap orang tapi tak kisahlah aku bukan buat perkara tak senonoh. Tapi hari ni aku terkejut besar melihat Abang Saiful sedang rancak berbual-bual dengan Encik Alex. "Ya Allah, janganlah dia tahu perkara sebenar," doaku dalam hati. Tepat jangkaanku, abang sedang menceritakan hal yang sebenar kepada Encik Alex. Hatiku menjerit menyuruhku masuk ke dalm bilik tersebut.

" Bismillahirrahmanirrahim."

Aku cuba membuka pintu. Aku terkejut apabila melihat Encik Alex berada betul-betul di hadapanku sebaik saja pintu dibuka. Aku cuba melarikan diri .

"Wait Sarah, I love you!" jeritan Encik Alex membantut pergerakanku. Aku terpaku apabila dia bergerak ke arahku lalu memegang tanganku. Aku hanya dapat melihat senyuman di bibir Abang Saiful. Kami masuk berbual di dalam bilik Encik Alex selepas abangku meminta diri.

"I don't know what to say," ujarku.

"Sarah, selepas awak suarakan rsa hati awak pada saya, saya rasa saya tidak layak untuk memiliki cinta awak. Tapi saya tak dapat nafikan bahawa saya juga telah jatuh cinta pada awak, Sarah Aisyah," terang Encik Alexander Farhan Abdullah sambil memegang tanganku.

"Saya rasa lega selepas meluahkan perasaan saya pada awak," sambungnya lagi.

"Saya rasa gembira sangat Encik Alex."

"Bukankah awak suka memanggil saya Encik Rasin, panggillah saya dengan nama tu, sudah lama saya tidak mendengar suara Sarah."

"Baiklah, Encik Rasin," balasku sambil ketawa.

######################

Aku menyangka Encik Rasin benar - benar cintakan ku. Namun kemesraan yang yang ditunjukkan bersama wanita tadi menganggu fikiranku. Adakah dia ingin balas dendam terhadapku? Kekecewaanku terhadapnya menyebabkan aku tidak lagi ke hospital melawatnya.

"Hello, does Ms. Sarah Aisyah live here?"

"Yes, that's my name."

"Saya doktor yang merawat Encik Alex, Dr. Razif. Keadaan Encik Alex semakin kritikal, saya rasa cik perlu datang segera ke hospital kerana pembedahan akan dilakukan ke atasnya."

Aku mengambil kunci kereta dan bergegas menuju ke hospital. Aku mula menangis apabila memikirkan apa yang telah berlaku pada Encik Rasin. Aku tak sanggup kehilangannya. Dalam kekalutan aku memandu aku cuba mengelak sesuatu di hadapanku menyebabkan aku terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan. Selepas itu aku tidak sedar apa yang berlaku seterusnya. Aku membuka mata apabila mendengar namaku dipanggil lembut. Aku kenal suara tu, Abang Saiful.

"Sarah di mana bang?"

"Sarah kini di hospital. Semalam Sarah kemalangan dan tidak sedarkan diri sampai sekarang."

"Bagaimana keadaan Encik Alex ?"

"Sarah jangan risau. Sarah perlu banyak berehat."

"Sarah nak pergi lawat dia," balasku tegas.

####################

"Sis, how is Mr. Alex's condition?" aku bertanya kepada jururawat yang datang memeriksa Encik Rasin.

"Keadaannya sudah stabil tapi dia perlu banyak berehat."

Aku duduk di sisi Encik Rasin sambil memegang erat tangannya. Aku berharap dia cepat sedar.

Lafazkan cinta dari bibir mu
Ingin ku dengar sekali lagi
Lafazkan dari hati tulus dan suci
Serahkan cinta abadi
Oh ! Bisikan rindu nan syahdu
Pinta ku yang terakhir dari mu
Pinta ku hanya satu.......
Usah kau berlalu

Aku menemaninya hingga tertidur.


"Air.....air......" kedengaran lemah suara Encik Rasin.

Aku terjaga lalu membasahkan bibirnya yang kekeringan. Terasa kasihan melihat keadaannya.

"Dr. adakah Encik Alex akan sembuh?"

"Ya, pembedahan kali ini berjaya mengeluarkan kesemua ketumbuhan di dalam otaknya. Dia sudah tidak perlu menjalani rawatan susulan," terang Dr. Razif.

Aku gembira mendengar berita tersebut. Tidak sabar rasanya untuk aku memberitahu Encik Rasin. Hasratku terbantut apabila melihat dia berbual mesra dengan wanita yang aku lihat dulu bersamanya. Aku tidak tahu apakah hubungan antara mereka berdua. Aku terasa seolah-olah Encik Alex hanya mahu mempermain - mainkan aku. Sekali lagi aku mengelak untuk bertemu dengannya. Ternyata aku cemburukan kemesraan mereka.

#####################

"Sarah, wait for me. Kenapa elak bila saya panggil awak?" tanya Encik Alex setelah memastikan bahawa aku tidak akan lari lagi daripadanya. Memang aku sengaja melarikan diri darinya. Aku tidak mahu dikecewakan lagi.

"Please don't do this to me. I need you."

Aku terasa hendak ketawa mendengarnya berkata begitu.

"You're getting married Mr. Alex !" tingkahku keras kerana kecewa selepas melihat kad undangan perkahwinan yang terpahat nama Sabrina dan namanya di atas mejanya.

"Yes, i'm getting married but with you, you're the one that I love, Sarah. Will you marry me and be my wife?"

Aku mahu menolak kerana tidak mahu dianggap menghancurkan rumah tangga yang bakal dibina hanya kerana kepentingan diriku sendiri. Tapi Encik Rasin lebih pantas dengan menyarungkan cincin ke jari manisku. Cincin yang aku lihat di atas mejanya.

" Saya akan hantar rombongan meminang awak esok. Saya dah maklumkan hal ni kepada family saya dan mereka menerimanya. Please don't refuse me....."

Aku mengangguk tanda menerimanya.

######################

Majlis perkahwinan kami berlangsung dengan meriahnya. Aku sangat gembira setelah mengahwini Encik Alex yang sangat aku cintai selain raut wajahnya yang seiras Rasin.
Setahun kemudian kami dikurniakan sepasang cahayamata kembar yang sihat dan comel.
"Abang nak namakan mereka Daniel Aizat dan Daniela Izzati." Ujar Abang Rasin sambil memangku Daniel Aizat. Merekalah permata hati dan pengikat kasih kami. Aku bersyukur kerana kebahagiaan masih menjadi milik kami berdua.....

Sebening Cinta

Hari semakin galak melabuhkan tirai malam. Saat itu hatinya menangis lagi. Kesedihan yang dilalui setiap hari amat menghantui jiwa. Dia tersadai lesu di kerusi empuk, namun tidak mendatangkan keselesaan pada dirinya. Pintu itu terbuka lagi dan menambah perencah kesunyian malam.

Pandangan Azam tertumpu padanya namun tidak memberi sebarang makna. Dia berlalu melewati kamar indah itu dan membentangkan tilam berdekatan tingkap lalu berbaring berbantalkan lengan. Perasaan Azah kala itu sungguh terseksa dengan segala tindakannya.
Perkahwinan yang tidak dijangka hanya meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya. Itulah yang terjadi pada dirinya dan Azam, lelaki yang baru dikenalinya pada malam jahanam itu. Peristiwa hitam itu menjelma lagi . . .

“Azah, marilah la join sekali. Kau dok melangut kat situ pun bukannya dapat apa-apa!”

Celaka punya Rina, terkejut aku. Tengah syok punya berangan, kacau daun betul. “Woi Rina, kalau tak kacau aku boleh tak! Kau nak main, main jelah. Tak payah ajak aku. Kalau kau nak tahu sangat aku ni tangan bangku. Tak reti tampar bola. Samalah dengan orang yang kaki bangku. Tak reti sepak bola. Faham?” Pernyataanku disahut dengan hilai tawa teman lain. Lantaklah janji aku selamat.

Kesempatan yang ada kuisi dengan menikmati keindahan Pantai Teluk Cempedak itu. Pada ku di pantailah terhimpun segala kedamaian dan keriangan yang tidak terdapat di tempat lain. Setelah penat berjalan, kulabuhkan diri di atas batu yang tercanai indah. Saat itu kulalui dengan menikmati rembang senja yang kurasakan sesuai bagi insan yang hidup dalam kesibukan.

**********************************

“Azah, kau nak balik bilik dah ke? Lepaklah dulu. Kami nak pergi minum kejap lagi,” ajak Rina.

“Kau pergi jelah. Aku tak haus. Lagipun dalam bilik pun ada air kan. Aku minum kat dalam bilik jelah,” katanya menolak ajakan teman.

“Suka hati kaulah. Tapi kalau kau tak sihat ke atau ada problem kau cakap ngan aku yer. Aku pergi dulu. Jumpa kat bilik nanti. Bye,” kata Rina sambil melambaikan tangannya kepada Azah.

Azah menyanyi-nyanyi kecil sepanjang perjalanan ke biliknya. Namun nyanyiannya terhenti tatkala mendengar suatu bunyi di belakangnya. Dia berhenti dan menoleh ke belakang. Namun tiada apa-apa yang mencurigakan. Dia terus melangkah dan sekali lagi dia mendengar bunyi bising yang sama. Hatinya diruntun ketakutan. Dia seperti ternampak bayangan suatu makhluk di sebalik dinding sana. Dia ketakutan dan berniat meminta bantuan. Ternampak satu pintu yang renggang daripada pintu-pintu bilik yang lain. Dia berlari dan memasuki bilik itu. Bukan niatnya menceroboh tapi itu sajalah cara yang dapat difikirkan di saat darurat seperti itu.

Sebaik sahaja memasuki bilik itu, kelihatan seorang pemuda sedang berehat di katilnya sambil menonton televisyen. Kehadiran Azah di situ membuat pemuda itu bangkit dari pembaringannya.

“Eh, siapa awak ni? Apa awak buat kat bilik saya?” dia bertanya bertalu-talu.

“Maaf encik. Ada orang ikut saya tadi. Saya takut, jadi saya pun larilah kat sini.” jawabnya menerangkan keadaan sebenar.

“Ada orang ikut awak? Siapa? Awak kenal ke?” tanyanya lagi dan berlalu ke pintu untuk mengintai keluar.

Sebaik pintu dibuka, terlihat olehnya empat orang yang lagaknya seperti pegawai agama. Dia terpana seketika dan tergamam.

“Awak disyaki berkhalwat. Sila berikan kad pengenalan awak.” kata salah seorang daripada mereka. Tergamam Azam seketika. Dia menoleh ke arah Azah dan mereka berpandangan seketika.

“Kami tak salah cik. Tolonglah dengar dulu penjelasan saya.” kata Azah seperti hendak menangis.

“Betul cik.Kami tak salah,” tokok Azam.

“Semua yang kami tangkap pun mengaku tak salah.Sila ikut kami ke balai.”

Ucapan itu membuatkan Azah meraung dan Azam kepucatan.

********************************

“Awak! Awak! Bangunlah. Dah subuh nie,” kata Azah sambil menggerak-gerakkan bahu Azam.

Dia menggeliat dan tiba-tiba bangun mengejut. “Apa kau buat kat sini? Jangan ingat bila kau dah kahwin dengan aku, aku akan terima kau!” katanya dengan nada marah.

Azah terpana.Tak disangka itu yang diucapkan lelaki tersebut. “Saya cuma nak kejutkan awak bangun je. Bukan apapun,” kata Azah dengan nada perlahan.

“Lepas ni tak payah kejutkan aku! Aku tahu bangun sendiri.Tak payah buat baik depan aku. Meluat aku tengok!” kata Azam dan berlalu ke bilik solat untuk membersihkan diri serta menunaikan kewajipan solat.

Semenjak perkahwinan itu, dia tinggal di rumah Azam. Azam hanya ke bilik apabila tiba waktu tidur sahaja. Masa yang lain banyak dihabiskan di pejabat dan bilik bacaannya di rumah. Azah pula bekerja seperti biasa dan akan ke bilik memerapkan diri selepas pulang dari tempat kerjanya. Azam masih tidak dapat menerimanya. Dia disangka sengaja memerangkap Azam.

“You dengarlah dulu penjelasan I!”

“Tak ada apa-apa lagi yang boleh you jelaskan pada I. Patutlah you beria-ria sangat nak pergi hari tu. Rupanya nak berfoya dengan perempuan lain!” kata Ita dengan nada sinis.

“You dengarlah dulu. I tak kenal pun siapa perempuan tu. Tiba-tiba je dia masuk bilik I dan bila I buka je pintu kami dah kena tangkap. I tak boleh buat apa-apa lagi masa tu!” katanya cuba menjelaskan kekusutan yang melanda.

“You tak payahlah nak perbodohkan I. You pun bukannya baik sangat. Kalau berani buat, beranilah tanggung!” Ita menyiku Azam dengan kasar. “I tak nak ada apa-apa hubungan lagi antara kita.” sambungnya lagi seraya berlalu dari situ.

Azam mendengus kasar dan menumbuk meja pejabatnya dengan kuat. Geram dengan insiden yang berlaku tadi.

“Aku takkan lepaskan kau! Kau yang hancurkan semua kebahagiaan aku! Aku nak kau rasa semua yang aku rasa!” kata Azam sambil mengepalkan tangannya seperti berjanji.

Azah terkejut. Tendangan di pintu mengejutkannya yang sedang menonton televisyen. Dia menutup televisyen dan berlalu ke ruang tamu, kelihatan kelibat Azam di muka pintu dengan mata yang merah menyala.

“Awak rupanya. Ingatkan apa tadi,” katanya mendatar sambil tersenyum. Dia tidak boleh menipu mengatakan dia tidak takut dengan lelaki itu. Renungannya saja boleh membuatkan dirinya dilanda ketidaktentuan.

Azam yang dalam kemarahan bertambah marah apabila terlihat Azah di situ. Dendamnya mesti berbalas. Dia merenung Azah dengan tajam dan menutup pintu rumah dengan kasar.
Azah tahu Azam sedang marah dan mungkin dirinya yang dimarah. Azah kecut perut. Azam menghampirinya dengan perlahan dan menghempas begnya dengan kuat ke lantai. Azah tersentak.

“Kau tahu tak kau dah banyak susahkan aku! Kau perangkap aku sampai aku terpaksa kahwin dengan kau. Dan sekarang kekasih aku pulak tinggalkan aku! Aku tak boleh tengok kau senyum. Kau tak layak senyum atas semua kehancuran yang kau hadiahkan pada aku!” katanya seraya menarik tangan Azah. Dengan ganas dia diheret ke tingkat atas. Bila saja dirinya melawan, kepalanya akan dihantuk ke dinding. Azah berasa amat takut. Dia mengikut saja rentak Azam.

********************************

Azah menangis lagi. Dirinya dirasakan kotor. Dia dirogol dengan kejam oleh suaminya sendiri. Terdapat kesan lebam di sana sini akibat perbuatan Azam. Dia ditinggalkan terkapai-kapai seorang diri selepas dilakukan sesuka hati. Azam sudah hilang entah kemana. Azah berasa teramat pening dan akhirnya pengsan di atas katil.

Sebaik sahaja dia membuka matanya, hari sudah beransur subuh. Badannya berasa amat sakit dan dia bergerak perlahan-lahan menuruni kamar indah itu untuk membersihkan dirinya.

Apabila saja dia berada di hadapan cermin, dia dapat melihat kesan lebam di muka dan tengkuknya. Dia merintih sewaktu butiran air mengenai tubuhnya. Pedih yang dirasai seperti sampai ke tulang sumsum. Kepalanya mula terasa berat dan akhirnya dia rebah ke lantai.
Azam yang baru bangun dari lenanya menaiki tangga untuk ke kamarnya. Pada mulanya,dia berasa segan untuk masuk ke bilik itu namun nasi sudah menjadi bubur. Digagahi juga dirinya berdepan dengan Azah.

Dia berasa amat bersalah kerana memperlakukan Azah sedemikian rupa namun dendam yang bertakhta di hatinya lebih menguasai fikiran tanpa dapat dikawal. Niat untuk menunaikan solat terbantut apabila bilik air itu sedang digunakan Azah.

Dia mengambil keputusan untuk menggunakan bilik air di bilik bawah. Namun hatinya mengesyaki sesuatu yang tidak baik. Dia menekap telinga di pintu bilik air dan hanya terdengar juraian air yang menghentam lantai. Dia berasa tidak sedap hati. Dia mula memanggil-manggil Azah.

“Oii, bukak pintu bilik air nie!” bentaknya sambil mengetuk pintu dengan kuat tetapi keadaan senyap sahaja.

“Bukak pintu nie aku kata!” ulangnya lagi sambil mengetuk pintu dengan lebih kuat lagi.
Keadaan senyap sunyi itu mengundang Azam untuk menendang saja pintu itu. Sebaik pintu itu terbuka, kelihatan kelibat Azah yang terbaring dilantai serta dihujani manik-manik air dari pancuran. Azam tergamam dan pantas memangku Azah yang masih tidak sedarkan diri. Perasaan bersalah menguasai dirinya.

“Awak! Awak! Bangun awak!” katanya sambil menepuk-nepuk pipi Azah. “Awak, bangunlah! Saya tahu saya dah buat silap. Saya berlaku kasar atas diri awak,” ucapannya berbaur penyesalan.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membawa Azah ke klinik selepas Azah masih tidak sedarkan diri. Dia segera menyalinkan baju Azah dan juga menggantikan bajunya yang sudah basah kuyup itu.

Sepanjang perjalanan ke klinik, perasaan Azam tidak ketentuan. Sesekali dia menoleh cemas ke arah Azah yang masih seperti tadi. Setibanya di tempat yang dituju, Azam segera mengangkat Azah dan mendaftarkan namanya di kaunter. Nasibnya baik kerana pada masa itu tiada pesakit lain. Azah segera dibawa ke bilik rawatan.

********************************

Azam menatang dulang berisi bubur itu perlahan-lahan menaiki tangga. Dia meletakkan bubur itu perlahan di sudut meja dan berlalu ke kamar di mana Azah ditempatkan. Dia menggenggam erat tangan Azah dan mengejutkannya dari lena yang panjang itu.

“Awak! Bangun awak. Saya dah siapkan makanan untuk awak ni. Bangun sayang,” katanya sambil mengelus-elus rambut Azah.

Azah terbangun dari lenanya dan terpinga-pinga apabila terpandang Azam di hadapannya yang menggenggam erat tangannya. Dia segera menarik tangannya dari genggaman itu dan mula menjauhkan diri. Takut dirinya dikasari lagi.

Azam berasa hati dengan tindakan Azah itu. Dia menundukkan kepala dan tiba-tiba kelihatan beberapa titisan air mata jatuh dari kelopak matanya. Azah terpaku.

“Saya tahu saya bersalah pada awak. Saya berbuat sesuka hati tanpa kerelaan awak. Tapi tolonglah bagi peluang pada saya. Saya akan cuba membahagiakan awak. Saya takkan ungkit kisah perkahwinan kita,” katanya dan terus menyembam mukanya ke lutut Azah. Dia teresak-esak menahan perasaan kesalnya.

Azah turut merasai suasana sedih itu. Dia turut menangis hiba melihat keadaan Azam sebegitu rupa. Perlahan-lahan tangannya diberanikan menyentuh dan mengelus-elus rambut Azam yang kehitaman itu. Tidak dinafikan, sebagai perempuan dia turut menyayangi lelaki itu lebih-lebih lagi lelaki itu adalah suaminya. Azam merasai sentuhan itu lalu mengangkat mukanya merenung Azah. Kelihatan wajah Azah sudah dibanjiri manik-manik air mata dan perlahan-lahan jatuh menimpa tangan Azam. Azam mengesat airmata itu dan spontan memeluk Azah. Azah berasa amat selamat berada dalam pelukan itu. Dia melepaskan segala kesedihannya di bahu lelaki itu. Lama mereka berpelukan dan akhirnya dileraikan oleh Azam.

“Awak maafkan saya tak?” katanya sambil memegang kedua bahu Azah dan merenungnya.

“Apa yang saya nak maafkan. Saya yang bersalah pada awak. Kan saya yang memerangkap awak,” katanya sambil teresak-esak.

“Tak…. Saya yang bersalah pada awak. Saya yang menyebabkan awak sakit macam ni,” ucapnya seperti berbisik.

“Awak boleh buat apa yang awak suka kalau itu yang boleh membuatkan hati awak puas,” katanya sambil menundukkan kepala.

“Tak kisahlah siapa pun yang bersalah tapi tolonglah bagi saya peluang untuk membahagiakan diri awak. Saya... saya... akan cuba menyayangi diri awak sampai akhir hayat saya,” Azam terus merayu dengan nada perlahan.

Azah tersentak dengan pengakuan itu. Perlahan-lahan dia mengangkat muka dan membalas renungan Azam. Ada ketenangan di situ. “Awak janji awak takkan persiakan saya?” ucapnya meminta kepastian.

Azam memandang Azah seraya tersenyum dan mengangguk perlahan. Mereka berpelukan kembali. Sesungguhnya, dia berasa damai dengan keadaan itu. Bayu, kau terbangkanlah kedukaan ini jauh dari kami dan berikanlah kami kenikmatan hembusanmu. Sesungguhnya sebening cinta ini amat bermakna bagiku.

Aku Dia Abadi

Setiap kali tiba tarikh 8 haribulan, pasti aku akan menangis. Entah mengapa aku alah pada kesedihan sendiri. Tetapi yang pasti semuanya bermula kerana dia. Hari ini, 8 Januari 1999, aku bersekolah seperti biasa setelah sesi persekolahan dibuka tiga hari lepas. Sekarang aku dalam tingkatan dua. Boleh dikatakan aku ni seorang gadis yang lincah di kalangan rakan-rakan sekolah.

Sedang aku dan teman-teman berbual di balkoni depan kelas, datang seorang budak junior menegurku. Katanya, temannya ingin berkenalan denganku. Aku pula jenis sporting, jadi aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

Hari demi hari aku tempuhi dengan pelbagai aktiviti. Dalam masa yang sama juga hubungan tak bernama ini terjalin. Pada aku, dia sekadar kawan biasa atau paling tidak boleh menjadi adik angkatku. Aku berharap dia pun begitu juga. Memang seronok dapat adik angkat yang gila-gila ni. Nama dia, Azilman Azahar. Orangnya taklah kacak, cuma sesedap mata memandang. Dia ni jenis happy go lucky, sporting dan slumber. Kira sama kepala dengan aku.

Namun makin lama mengenali dia, entah mengapa semacam ada perasaan lain di hati ini. Bila dia lalu di sebelah kelas aku (kelas dia belakang kelas aku) aku takkan lepas nak pandang dia. Mmm... macam dah timbul rasa sayang dan rindu. Malah kalau sehari tak jumpa, aku bagaikan tercari-cari kelibatnya. Inikah yang dinamakan cinta?? I'm in love? Gila!Tapi kalau betul apa salahnya?

Tapi semuanya tak kekal lama. Genap enam bulan hubungan lami, dia mula jauhkan diri. Apa salah aku?? Bila aku ajak berbincang secara bersemuka, dia mengelak. Apa yang jadi sebenarnya?? Aku keliru. Berbulan-bulan kami macam tu. Setiap kali bertembung, masing-masing buat tak faham. Macam tak kenal. Dalam pada tu, timbul pula cerita dia ada perempuan lain. Tapi, siapa aku nak halang? Ahh... ini tak boleh jadi. Aku kena tahu juga.

Suatu hari aku suruh rakan sekelasku Shasha, bertanya pada adik angkat dia, Ameer Faiz yang juga kawan Azahar. Cerita yang Shasha dan Ameer khabarkan pada aku buat aku tergamam.

"Azahar dah ada girl baru."

Aku masih musykil. Siapa girl lama dia?

"Kak Ayu."

Ayu mana pulak ni?

"Ayu Azryn, kawan Kak Shasha."

Aku? Aku yang tengah pening terus bertanya pada Ameer. "Mana Ameer tahu?"

"Masa Kak Ayu berjalan dekat tepi padang, Ameer tunjukkan Kak Ayu pada Azahar, tapi dia hanya diam," ujar Ameer. "Tiba-tiba Azahar beritahu Amer, dia dah putus dengan kak Ayu," sambung Ameer dengan nada simpati.

Sejak aku tahu cerita tu, aku jadi seorang yang pendiam, sensitif dan mudah menangis. Patutlah bila aku telefon atau ajak jumpa nak sembang, selalu dia mengelak. Setiap kali terdengar suara ku dia akan terus letak telefon. Rupanya dalam diam aku pernah jadi milik seorang insan bernama Azilman Azahar dan tanpa aku sedari, kami putus tanpa sebab. Aku memang ada niat nak luahkan segalanya,tapi semua sudah terlambat.

Biarpun sudah 5 tahun berlalu, sehingga kini aku masih mencari-cari jawapan punca perpisahan kami. Walau apapun, akan tetap kukenang hingga ke akhir hayat bahawa dia dan aku pernah bersama.

Cash

8.00 malam, 15 Januari 2000

Jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Tapi aku macam tak pula rasa apa-apa.
Bukannya apa, besok ada kertas pertama untuk exam. Subjek yang paling tak diminati. Walau apa pun, nak tak nak terpaksa gak ambil subjek.

Nak baca nota Syamil pinjam. Katanya nak salin nota. Apa dia tak buat nota ke dalam kelas? Itu pun bukannya nota yang aku buat, cuma nota yang aku salin dari Cikgu Ahmad. Nak kata well-prepared, banyak lagi yang tak baca. Nak kata tak prepare pun tak jugak. Tawakkal je lah.


10.00 malam, 15 Januari 2000

Pejam celik pejam celik jam dah pukul 10 malam. Rasa ngantuk la. Nota ni aku kena habiskan jugak. Kalau tak alamatnya besok tak dapat nak jawab soalan. Tapi itulah yang memeningkan kepala aku. Lagi banyak yang aku baca, lagi banyak yang aku tak faham. Aku ni bukannya jenis baca sekali terus ingat. Tapi kena baca berulang-ulang kali.

Lagi satu, malas nak nak tanya orang lain kalau tak faham. Sah aku memang bodoh sombong. Tapi itulah cara aku. Selagi aku tak faham, selagi itulah aku cuba selesaikan sendiri. Kalau betul-betul tak faham, ha... baru aku tanya orang lain. Kelas tak aku ni?


11.00 malam, 15 Januari 2000

Mata aku dah berat. Rasa dah tak larat nak baca lagi. Tapi banyak lagi tak baca. Tak apa, aku baca sikit-sikit. Nanti lama-lama banyaklah. Itulah petua yang diberi oleh guru kaunseling aku. Siapa lagi kalau bukan emak yang sentiasa mengambil berat tentang aku. Kalau ayah, bukannya tak ambil berat, tapi kadang je. Emak pulak selalu. Itu yang aku sayang sangat kat emak.

Baru nak lelapkan mata, si Syahrul datang. Katanya nak pinjam nota. Aku cakap, Syamil pinjam kejap lagi dia pulangkan. Ada jugak manusia jenis ni. Besok nak exam, malam ni baru nak pinjam nota. Tapi Syahrul tak pa, dia baca sekali, terus ingat. Tak hairanlah setiap kali ujian dia dapat markah paling tinggi.


12.00 malam,16 Januari 2000

Memang dah tak larat mata aku. Bantal pun dah melambai-lambai. Aku susun buku atas meja. Lepas tu terus tidur. Tak ingat apa-apa. Nyenyak habis. Cuma aku terjaga pukul 3.00 pagi, tetiba je black out. Uhhh panasnya! Tapi entah macamana aku terus tidur. Sedar-sedar aku terjaga pukul 6.20 pagi!


7.00 pagi, 16 Januari 2000

Lagi 1 jam setengah. Aku baca pun selak-selak je. Tetiba je aku rasa macam nak tiru. Ahhhh bukannya selalu. Aku ambil pensil tulis sikit-sikit kat kertas kosong. Lantaklah aku tawakkal. Banyak sangat formulanya tu. Mana taknya Cikgu Ahmad ajar banyak sangat. Senang kan? Itulah yang selalu dia cakap. Entahlah buat yang terbaik untuk diri aku. Paling penting aku bahagia. Orang lain pun bahagia. Ya tak?


8.30 pagi, 16 Januari 2000

Masuk je kelas, kerusi dah tersusun. Cikgu Ahmad pun dah terpacak dalam kelas. Aku terus duduk paling depan. Aku keluarkan pen, liquid paper, pensil dan semua barang perlu untuk menghadapi exam ni. Aku tengok kiri kanan, masing-masing tekun baca buku. Cikgu Ahmad arahkan simpan buku masing-masing. Lepas tu dia suruh aku agihkan kertas soalan. Bila aku agihkan kat orang, aku sendiri tak dapat kertas.


9.00 pagi. 16 Januari 2000

Bila buka je kertas soalan, aku rasa bahagia sebab apa yang aku tulis dengan pensil semuanya keluar. Tapi ada soalan yang aku tak dapat jawab. Lantaklah mungkin ini sebab aku tiru kat kertas lain agaknya. Lepas tu pula Cikgu Ahmad terperasan pulak yang aku ni macam tak reti nak duduk diam. Habis macamana nak buat. ”Awak tiru ya?” dia serkap jarang. ”Taklah,” aku jawab. Padahal tiru jugak tapi tipu. Padan muka kau. Kena cash jugak kat situ. Walaupun orang lain tak nampak, tapi tuhan nampak. Padan muka kau kifarah ada cash pun ada. Taubat! Aku tak buat lagi.

Reina , Danial dan Seri Utama

2003

“Assalammualaikum,cikgu”.

“Waalaikummussalam, masuklah Nora.” Reina melihat gadis comel itu menapak masuk ke dalam bilik kaunseling. Reina tersenyum, insan kecil di hadapannya seperti iras kawan lamanya.

“Cikgu, Puan Gaya suruh ambil borang lawatan ke Langkawi.”

Reina menyerahkan 20 keping borang kepada Nora. Selepas mengucapkan terima kasih lantas kembali ke kelas. Suasana Sekolah Menengah Sri Utama masih sama seperti dulu. Cuma bezanya,dulu Reina adalah pelajar kini dia bergelar guru kaunseling. Reina sendiri tidak menyangka akan di hantar bertugas ke daerah yang telah lama ingin dia lupakan. Namun,setelah berfikir Reina pasti insan istimewa itu sudah berpindah. Kalau masih wujud di bandar Kajang pun, Reina berdoa dia tidak akan dipertemukan dengan insan yang bernama Muhammad Danial b Haiqal. Reina merenung kertas kerja minggu orientasi tingkatan 6 Rendah. Otak Reina rasa sungguh serabut. Perlahan-lahan semua kertas kerja ditolak ketepi.

“Penatnya..”Reina mengeluh.



Ogos 1995

Reina berjalan pantas, dia mengomel sendirian. Masuk ni dah 2 kali dia ditinggalkan mak cik Sal. Reina menyumpah-nyumpah jam loceng Doremonnya.

“Ehem,ehem..”

Reina menoleh ke arah empunya suara.

“Selamat pagi bos,” Razi memerlinya. Reina malas ingin melayan kereneh Razi. Reina melangkah pantas ke tempat duduknya. Aira tiada di sebelahnya.

“Toiletlah tu.”

“Haiya,Reina apa pasal lambat?”soal Billy pakwe Aira.

“Jam loceng aku buat hal la.” Reina mencari-cari wajah seseorang.

“Reina, Danial date ngan Sar la.. tu kau tak nampak ke?”Aira yang muncul entah dari mana memuncungkan mulutnya.

“Bila aku cari Danial?” Reina terus menghadap kerja Puan Rosnah. Puan Rosnah cuti bersalin. Sebelum tu, Puan Rosnah dah tinggalkan sebeben kerja pada budak kelas 6U1.

“Hi, assalammualaikum. Muka tu kalau tak macam belacan tak boleh ke?”

Reina kenal suara yang menyindirnya. Reina menoleh ke arah Danial dan melemparkan senyuman selebar-lebarnya dan menjeling. “Satu hari tak kacau orang tak boleh.” Reina membebel sendirian.

“Kalau senyuman tu tak ikhlas baik tak payah senyum.” Danial terus berlalu. Danial geli hati melihat Reina. Kadang-kadang dia pelik, komunikasi antara Reina dan dia dalam kelas jarang dilihat. Reina dan Danial seperti tidak berminat untuk duduk bersama dan berbual seperti orang lain. Di dalam kelas, Danial rapat dengan Sar. Tapi kenyataannya, Reina adalah best friend Danial. Danial memandang Reina yang sedang tekun menghabiskan kerja Puan Rosnah. Danial sering memerhati perkembangan Reina dari jauh. Danial menyayangi Reina seperti dia menyayangi Alia.

Aira sudah beralih dan duduk bersama Billy. Danial memerhati Addy mengambil tempat Aira. Tiba-tiba mood Reina berubah.Reina kembali senyum seperti biasa. Danial berasa sungguh cemburu tapi dia memendamkan sahaja. Cuba tanya dekat semua pelajar 6U1, apa hubungan Addy dengan Reina. Pasangan kekasih! Tapi Reina tidak pernah mengaku. Ke hulu hilir dengan Addy, just friends konon.

“Reina, jom la pegi Cyber café.”

“Encik Danial, rumah saya ada komputer la.” Reina pelik akan perangai Danial yang tak reti duduk diam dari pagi tadi. Rimas. Macam dah buang tebiat. Tak pun semalam gayut dengan Alia. Alia.. Reina sudah naik hafal nama kekasih hati Danial. Danial and Alia, couple of the year.Yer la tu, aku jumpa dengan Alia pun tak pernah. Wek.. nak muntah. Sabar jer la.

Reina membuka kasut sekolah dan terus naik ke biliknya. Sakit betul hatinya dengan sikap Danial.

“PENIPU!” Reina menekup mukanya dengan bantal Reina tidak dapat menahan sebak.

“Reina, saya kenalkan Alia.” Danial tidak pasti adakah tindakannya memperkenalkan Reina dan Alia adalah tindakan yang betul. Danial dapat melihat perubahan air muka Reina tapi Reina bijak menutup segala-galanya. Danial harap selepas pertemuan ini, Reina akan faham bahawa betapa pentingnya Alia.

Reina mengelap air matanya. Reina menghadap cermin dan merenung dirinya. Kau dah kalah, kalah teruk.. Nurul Adreina.


Reina melemparkan pandangan ke padang sekolah. Terasa angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut wajahnya. Tiada senyuman menghiasi dirinya hari ni. Reina rasa sunyi mencengkam diri. Reina berpaling ke depan.Aira sedang sibuk memadu kasih dengan Billy.

“Bosannya,”Reina mengeluh perlahan. Perlahan-lahan diselak buku tamadun dunia. Reina menatap gambar-gambar di hadapannya. Kosong dan hambar seperti perasaannya sendiri.

“Reina, kenapa monyok je hari ni?”Aira memerhati kawan baiknya. Sejak semalam Reina banyak berdiam diri. Perasaan bersalah menerpa.

“Aku ok Aira.”

“Aira kau jadi masuk asrama?” Reina mengubah tajuk perbualan. Reina malas untuk bersoal jawab kerana moodnya memang lari sejak seminggu kebelakangan ni. Bebanan tugas yang tidak berhenti amat memenatkan. Peristiwa seminggu lepas pun turut membawa impak kepada dirinya.

“Aku masuk la.. kau dah berubah fikiran ke?” Aira mengambil tempat di sisi Reina. Reina terus mendiamkan diri. Fikirannya melayang jauh. Reina memalingkan mukanya apabila melihat Danial menapak masuk bersama Sar.

Danial berjalan ke tempat duduknya.Danial rasa bersalah. Sudah seminggu Reina mendiamkan diri. Sekali-sekala Reina akan berbual kosong dengan Aira, Billy dan Addy. Apabila terserempak dengan dia, Reina pasti membuat pusingan 180 Darjah. Danial rasa tercabar akan sikap Reina. Lagipun ramai lagi perempuan ingin mendampingi dirinya. Mohd Danial Haiqal, sekali aku petik jari sepuluh yang datang. Reputasi Danial memang hebat. Dengan ketinggian 180 cm, mempunyai susuk badan model dan kulit yang putih bersih cukup membuatkan dirinya seorang lelaki idaman ramai. Danial juga dianugerahkan Tuhan dengan sepasang mata yang cantik. Hilang satu Reina,10 Reina akan menawarkan diri. Danial memandang ke tempat duduk Reina. Diam-diam dia mencuri pandang kepada kawan baiknya itu.

“Hi sayang.” Perlahan dikucup pipi Alia. Danial memandang kekasih hatinya penuh dengan kasih sayang. Danial berpimpinan tangan dengan Alia menjelajah bangunan Sogo. Masalah antara dirinya dan Reina diketepikan terus. Reina tidak penting sekiranya Alia ada di sisi.

“Danial, you masih kawan dengan sape tu, Reina?” Alia mencebik dan tersenyum menyindir. “I tak suka Reina, better leave her.” Alia tahu dia akan menang. Danial hanya miliknya. Tidak sia-sia dia menanti Danial. Sudah 5 tahun Danial menjadi miliknya. Bukan senang untuk melepaskan Danial. Tapi Alia tahu Danial mencintai dirinya, Alia Nadia Bt Kamal. Hanya Alia seorang.

Danial mendiamkan diri. Baginya semua perempuan sama. Bezanya di hadapannya sekarang adalah teman wanitanya dan perempuan yang Alia suruh dia lupakan adalah sahabat baiknya tatkala duka dan gembira. Bukan semua dia mampu kongsi dengan Alia. Jadi dia akan mencari Reina. Melalui Reina dia mengenali apa itu perempuan sebenarnya. Melalui Reina dia menjadi lebih mencintai Alia. Melalui Reina dia belajar mengenai pengorbanan. Perlahan-lahan muncul rasa rindu untuk mendengar suara manja Nurul Adreina. Memanggil Reina dengan panggilan sayang. Kadang-kadang Danial keliru akan permainan yang dimain antara dirinya dan Reina. Sudah seminggu Reina menyepi tanpa khabar.

“Nak telefon ke tak nak, nak ke tak nak..” Reina melihat jam di sudut katilnya.Jam sudah hampir ke angka 11 malam. Akhirnya Reina nekad untuk menelefon Danial.


Ramadan 1995…

Ramadan muncul lagi..Reina menyambut bulan ramadan dengan penuh kesyukuran. Hubungannya dengan Danial kembali pulih semula. Penat Reina memujuk diri. Reina bersiap.Sebentar lagi Aira akan menjemputnya ke Kajang. Danial sudah berjanji untuk berjumpa dengannya di Metro. Dengan menaiki motosikal dua orang gadis merentasi highway Kajang. Sejuk pulak. Menyesal Reina tak pakai sweater tadi. Niat di hati nak pakai lepas tu kelam kabut lewat langsung terlewat. Reina kalau tak bangun pukul 10 pagi tak sah. Reina perasan macam dirinya yang lewat. Padahal Danial lewat 1 jam setengah.

“Pantang betul aku orang lembab ni!” Reina mengomel sendirian. Billy dan Aira dah hilang. Bosan menunggu. Reina menyabarkan diri sendiri.

“Sorry lambat.” Danial menegur. Reina berlaglak biasa dan mengukir senyuman untuk lelaki di hadapannya.Reina tidak mahu mencacatkan moodnya sendiri.

Aira merenung Reina. Aira tahu betapa Reina terluka akan sikap Danial. Danial balik dengan alasan mahu menolong ibunya. Aira tahu Reina berpura-pura gembira. Aira sedih melihat Reina diperlakukan seperti itu. Pulang dari Kajang, Reina berceloteh bercerita kepada mamanya.

“Mama, tadi keluar dengan Danial seronok, kelakar ma.”

“Danial hantar orang sampai naik motor, very sweetkan mama.”

Reina mendaki tangga. Dadanya sebak. Reina berbisik sendiri. “Maaf ma, Reina tipu, Danial macam tak happy je tadi. Kalau aku tahu tak nak aku keluar dengan Danial. Baik jalan sorang-sorang. Tak sakit hati.



2003

Reina mengesat air matanya. Tidak ada gunanya mengenang kisah lama. Sudah 8 tahun Reina kehilangan Danial. Selepas peristiwa itu, Reina sedaya-upaya menjauhkan diri dari Danial. Reina malu kerana Danial seperti mahu membuktikan kepadanya bahawa Danial tidak mencintainya tetapi Alia. Reina kesal akan sikap Danial. Bukankah, soal hati dan perasaan telah lama mereka bincangkan. Reina sendiri tahu dia tersilap kerana mencintai seorang sahabat. Tetapi Reina tidak berdaya. Reina kecewa kerana Danial menganggap dirinya merimaskan, membosankan dan tidak penting.

Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Reina mengemas beg dan menuju ke kereta Wira kesayangannya. “Macam kenal je, Nora tu.”

Reina memberhentikan kereta. “Nora, kenapa tak balik lagi?” soal Reina lembut.

“Papa lambat.”

“Mari cikgu hantarkan.”

Nora menolak dengan alasan takut papanya akan datang mengambilnya.

“Berapa nombor telefon papa?”

“Cikgu nak telefon papa ye.. 017-3456778.” Nora tersenyum.

Reina yang baru ingin mendail dikejutkan dengan jeritan Nora. “Papa datang.”

Kereta Perdana V6 Maroon, berhenti di hadapan mereka.

“Maaf, papa lambat.” Danial melangkah keluar.

Reina tidak percaya apa yang sedang dilihatnya.Reina mahu berlari dan memeluk Danial, tetapi ditahannya. Dosa! Danial tampak tampan dengan uniform polis. Reina berdoa semoga Danial tidak mengenalinya.

“Nora, cikgu balik dulu.” Reina berlalu. Lagi lama dia di situ, lagi bahaya.

Danial memerhati cikgu di hadapannya beredar.Nampak macam tergesa-gesa.

“Itu cikgu kaunseling Nora papa, cikgu Reina.”

“Reina?” Danial mengeluh.



1995

“Awak, kalau awak nak jadi polis saya nak jadi cikgu tau,”Reina bercerita.

“Reina, bila saya jadi polis, orang pertama saya saman awak la..” Danial ketawa besar. Danial membayangkan wajah Reina semasa disaman.

“Hish, teruk. Saya tak buat salah la. Nanti la saya jadi cikgu, saya tak nak kasi anak awak markah tinggi-tinggi,” Reina membalas.

“Tak takut, orang tu nak jadi cikgu kaunseling rasanya, bukannya cikgu yang check paper exam kan.”

Reina tersenyum. Reina sendiri terlupa akan bidang pendidikan yang mahu dipilihnya.

“Senyum sorang-sorang.” Danial berlari meninggalkan Reina sebelum sempat Reina membalas.



2003

Danial membelok keretanya ke Sekolah Menengah Sri Utama. Bangunan SMSU masih tersergam megah. Hanya masa saja yang sudah lama berlalu. 8 tahun, satu tempoh yang cukup lama. Sepanjang malam, Danial tidak dapat melelapkan mata. Terngiang-ngiang kata-kata anaknya Nora.. “Cikgu Reina”. Nama itu muncul kembali. Danial mahu jawapan bagi soalan-soalannya. Bukan sedikit tapi banyak. Danial yakin Reina masih berada di sekolah. Semalam, Danial sudah mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Reina. Harap-harap kata hatinya tidak silap. Setelah penat bertanya, akhirnya Danial berada di depan bilik kaunseling SMSU. Banyak betul perubahan SMSU. Danial mengetuk pintu dan memberi salam.

“Waalaikummusalam, masuklah.”

Danial rasa sungguh tidak percaya setelah 8 tahun, dia masih berpeluang mendengar suara manja itu.

“Ya, boleh cikgu ban..” Reina terpaku. Ya Allah, Danial. Reina tidah tahu di mana mahu menyorokkan mukanya. Sudah terlambat untuk lari. 8 tahun dia mengelak kini Danial muncul di hadapan mata. Reina memaksa diri untuk senyum. Danial diam, lidahnya kelu.

Suasana sunyi berlarutan hampir 10 minit. Reina gelisah.Reina tahu dia akan berhadapan dengan satu hukuman daripada Danial.

“Reina, mana janji-janji awak?” Danial memulakan bicara. “Apa salah saya sampai awak buat saya macam ni?” Danial cuba menahan dirinya daripada marah.

“Janji, janji apa?”



1995

“Kita buat perjanjian nak Danial. Pertama, kalau awak kahwin saya nak jadi orang pertama yang tahu begitu juga sebaliknya, dan yang kedua kalau saya tak kahwin lagi umur 28, awak kahwin dengan saya yer.” Reina mengenyitkan mata. Danial tergelak mendengar permintaan Reina. Memang macam budak-budak.

“Boleh, dengan satu syarat, Reina dan Danial akan jadi kawan baik sampai bila-bila ok.”

“Danial, saya sayang awak sampai bila-bila..” Reina melambai tangannya kepada Danial. Reina melemparkan senyuman yang paling manis untuk Danial. Reina rasa pandangannya mula berbalam. Danial tidak mungkin tahu pertemuan ini adalah pertemuan terakhir mereka. Itu adalah perjanjiannya dengan Alia. Sebelum STPM, Alia menghubungi meminta Reina melupakan Danial. Dalam keadaan terpaksa Reina mengangguk dengan linangan air mata. Kemudian Reina telah mengambil keputusan nekad untuk memutuskan hubungan persahabatan dengan Danial. Reina yakin Danial pasti tidak dapat menjejakinya lagi.



2003

Reina masih jelas dengan janji-janji itu. Reina mengeluh. Hari itu mereka masih muda, hari ini mereka sudah dewasa. Tapi Reina tahu janji-janji itu adalah ikrar persahabatan mereka. Reina menghenyakkan punggungnya ke atas kerusi. Reina tahu Danial menanti jawapannya. Reina pelik kenapa perlu Danial ungkit peristiwa silam. Cukuplah.

“Saya datang Danial masa awak kahwin. Saya hanya mampu memandang dari jauh Danial. Saya sampaikan ucapan tahniah melalui air mata Danial.” Reina tidak mampu untuk mengeluarkan isi hatinya. Reina tahu Alia tidak menyenanginya. Reina tidak mahu Danial bergaduh dengan Alia. Malah Danial membuang Reina kerana Alia. Semua tindakan Danial dipengaruhi oleh Alia. Semua kerana Alia. Danial akan menyisihkan Reina kerana Alia tanpa Danial sedari. Danial sanggup menikam Reina dengan kata-kata yang menyakitkan. Malah Danial pernah mengatakan dirinya tidak penting, merimaskan dan membosankan. Reina menyalahkan dirinya yang terlalu menyayangi Danial. Menyayangi Danial menyebabkan Reina begini.

“Sorry Danial saya terlupa kot.” Reina lebih rela menipu sebelum persoalan-persoalan yang sensetif timbul.Sikapnya yang terlalu berterus-terang menyebabkan Danial pergi. Reina tidak faham kerana dulu Danial terlalu berkira dengan setiap baris kata-katanya. Segala-galanya berkira. Kadang-kadang Reina terfikir ada logiknya kata-kata kakaknya. Kalau seorang lelaki mempunyai seorang kekasih dan seorang kawan baik, kawan baik akan sentiasa terluka. Kini kenyataan di hadapan mata.

“Kot?” Danial merengus. Danial tidak percaya Reina melanggar janji. Reina tidak tahukah hatinya terluka sejak 8 tahun yang dulu. Danial amat berharap Reina muncul di hari perkahwinannya. Tapi hampa yang kunjung tiba. Danial sedih melihat perubahan Reina. Danial seperti tidak mengenali Reina yang manja dan mengada-ngada. Mana sahabat baiknya? Reina tidak tahukah hatinya turut terluka selepas Reina mengambil keputusan menerima Addy. Danial tahu keputusan yang dibuat itu amat tergesa-gesa. Danial tahu Reina terluka tetapi dia tidak berdaya. Alia muncul sebelum Reina. Impossible dia curang kepada Alia. Danial memakai kasutnya. Ada air hangat mengalir di pipinya. Reina memandang Danial pergi.

“Danial...” Reina menangis sekali lagi. Reina silap kerana tidak berterus-terang. Reina tidak mampu. Tahukah Danial, Reina yang dulu sudah mati. Reina terpaksa bangkit sendiri tanpa bantuan orang lain. Mereka tidak tahu penderitaan yang ditanggung Reina. Reina penat berbohong. Reina benci akan dirinya. Reina melihat bayang Danial yang hilang dari pandangannya. Reina membuka komputer. Perlahan-lahan dia menaip surat memohon pertukaran sekolah.


Reina membuka diarinya.

Danial,

Setelah 8 tahun kita bersua kembali. Saya tidak mampu untuk berterus-terang. Biarlah apa yang dah berlaku.. berlaku…kerna masa tidak akan kembali.
Danial.. sekiranya saya tidak mengenali awak 8 tahun yang lalu, tidakkan ada sejarah hitam antara Danial.. Reina dan SMSU. Awak ruang yang saya pinta 8 tahun dulu sampai sekrang saya tak dapat memilikinya. Saya dipinggirkan kerana insan lain. Saya memang nombor 7 dlm hidup awak, tapi kenyataannya saya tidak layak mendapatnya. Saya berdoa kita takkan bersua lagi. Saya mahu kisah kita berkubur bersama-sama cinta saya. Saya masih kawan awak sampai bila-bila. Kira awak tidak pernah membezakan diri saya dengan Alia ini semua tidak akan terjadi. Saya kalah kerana tempoh waktu. Saya kalah kerana aset yang tiada iaitu kecantikan. Saya kalah kerana walaupun berkali-kali awak melukakan hati saya, saya tetap menadah tangan memohon kepada-Nya moga awak dan saya akan jadi kawan sampai bila-bila. Saya kalah bila awak berjaya mencuri hati saya. Dan awak tidak tahu saya kalah kepada awak yang bernama Muhammad Danial Haiqal. Danial…1 LELAKI.. 1 PERSAHABATAN.. 1 CINTA…1 KENANGAN.. I KELUKAAN.. DAN 1 PENGORBANAN.


Tiada lagi kisah Reina, Danial dan SMSU.