Copy Is Right

Wednesday, August 16, 2006

Cinta,Kasih,Sayang

19 Januari 2002. Tarikh aku mendaftar masuk ke sekolah idamanku, MRSM Pontian. Tercapai juga hasrat aku ya. Pertama kali menjejakkan kaki di sini, terasa ada satu perasaan aneh menyelinap ke seluruh tubuhku. Aku rasa macam takut, cemas entah apa-apa perasaan yang aku tak suka semua memburu aku. Tapi, form 1 mengajar aku hidup sebenar tinggal di asrama penuh.

Masuk form 2, aku merasakan ada perubahan pada diriku. Kawan-kawan pun begitu. Kami bertambah rapat dan mesra [walaupun ada juga yang jadi 'hantu buku']. Di sinilah bermulanya kehidupan riang ria remaja kami. Cinta? Bukan... tak semestinya cinta sahaja boleh buat manusia bahagia. Aku gembira dengan persahabatan kami. Atika, Ecah, Angah, Along, Ummul, Timah, Ika, Ogy dan tak lupa budak-budak bilikku yang cute lagi lincah... Ikin, Zilah dan ratu kebaya : Enon.

Usik mengusik, gurau senda antara kami mengukuhkan lagi keakraban. Aku sering terfikir bagaimanalah nanti andainya kami berpisah. Ingatanku merebak mengenangkan minggu aktiviti pada semester kedua...

"Eh, ko gi cari buluh." Arah rakan ku yang sedang sibuk membuat gadget, maklumlah pertandingan, beb. Masa tu, perkemahan antara persatuan. Aku pergi mengambil gergaji dan meredah kebun bersama Ika. Setelah lebih kurang 1 minit kami berjalan, kami terjumpa buluh besar yang dah tumbang.

" Ish, besarnya, " aku mengeluh.

"Alah, cuba aja potong." Ika memberiku sedikit semangat. Aku memotong buluh itu dengan gergaji tapi tersekat-sekat.

Seorang budak lelaki form 1 lalu di situ. "Kak, nak buat apa ni ?" soalnya.

"Nak potong buluh ni. Susah sangat nampaknya," ujar Ika sambil tersenyum sinis kepadaku. Cinabeng ko Ika.

"Alah, aku nie KH bukannya terror sangat. Eh ko cuba pulak," suruhku kepada budak tu. Budak itu pun memotong lebih kurang macam aku.

"Dahlah kau nie, buat lemah semangat aku jer. Meh sini aku potong." Aku kesian tengok muka budak tu. Dahlah badan kecik. Buluh tu dengan badan dia pun lebih kurang aja. Aku ni suka juga kutuk orang. Hai... kalau sehari tak kutuk, tak sah. Kesian budak tu. Lastnya, terpotong juga benda tu. Setengah nyawa aku taruhkan. Kitorang pun bawak balik benda tu. Belum sempat kitorang melangkah, budak tu bersuara.

"Kak, nak sikit buluh tu, boleh?" katanya sambil tersengih cam kerang [busuk tak leh cakap, nanti kata aku kutuk dia lagi].

"Ha... yalah. Sikit je. Kitorang nak guna banyak ni. Ko nak, ko potong sendiri " aku mengenakan syarat kepada budak tu. Lepas dia amik, aku blah.

Penat wo... Ajak Enon balik asrama. Kiranya kitorang pontenglah, yek... Nasib baiklah tak de sesapa check. Kalau tak, tandatangan kitorang pasti akan tertera pada saman kesalahan buat kali keempat. Jangan tak caya, aku nie nampak jer baik tapi, nakal gak hehehe [bukan nak perasan, tapi kenyataan]. Kalau classmate aku yang lain tau, mesti diorang tak caya.Itu yang best masa camping. Yang lain, ha... masa kitorang berzapin untuk pertandingan keceriaan kelas [masih dalam minggu aktiviti]. Punyalah aku, Ogy, Zilah ngan Angah berlatih sampai terseliuh tulang femur, ingatkan menang... tapi, tau-tau jerlah ya. Malam masa latihan tu...

"Aku tak suka tengok kau berzapin," kata-kata Hanif yang melalui corong telingaku tetap dalam ingatan.

"Okey, aku tak akan berzapin. Nanti, aku suruh makwe kesayangan ko tu menari. Ko tengok je lah nanti." Aku berlalu dengan perasaan tak puas hati.

"Ecah, ko boleh menari zapin, kan? Ko gantikan tempat aku." Cam tegas aja aku bagi arahan kat orang. Kawan-kawan aku yang lain dah mula pujuk-pujuk aku.

"Alah, korang rileks la... biar si Anep tu tau sikit. Cuba kalau dia yang menari. Geram aku."

Saat itu aku rasa cam ada air yang mengalir dari kelopak mataku. What the hell is going on? Aku menangis, no ... no way! Aku lap airmataku secepat mungkin mengelakkan orang lain nampak. Aku keluar dari kelas dan tolong Enon bersihkan luar kelas. Suara nyaring Zilah membelah kesunyian.

"Dahlah, kau je yang buat. Dia tak reti tu."

Aku berjalan kehadapan kelas. Marah lagi. "Sorry ya, Cah." Aku tengok Ecah tak kisah. Aku ni teruk betul la. Permainkan orang macam tu. Tapi, aku terdesak. Aku jeling Anep. Dah nampak? Kononnya itulah yang cuba aku sampaikan.

Dua hari seterusnya, keputusan diumumkan. Bukan setakat tempat pertama, apa-apa pun kami tak dapat. Tapi tak mengapa. Asalkan kami enjoy. Lepas Minggu Aktiviti, kami mulai sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan semester 2 yang hampir tiba. Cemas juga, yalah budak class lain dah siap study bab 5 sejarah form 3 tapi, kelas kami, macam bergantung pada diri sendiri. Kononnya kelas terbaik. Tahi kucing. Kalau baik sangat kenapa ada budak kelas aku kena buang sekolah? Kenapa? Kononnya malu memperkatakan keburukan pada sekolah kanak-kanak terpilih. MRSMlah katakan. Pada aku, tak ada apa pada nama. Yang penting disiplin dan semangat.

Malam sebelum peperiksaan, Angah datang ke bilikku. Bukannya study, tapi berborak. Yalah, minah novel jumpa ngan minah novel apa lagi ceritanya melainkan hasil karya terbaru novelis Norhayati Berahim, Cinta Pertama. Maklumlah, Angah salah sorang monyet gak kat class aku tu [jangan marah...]. Punyalah syok bercerita ditambah lak ngan kedatangan special effect dari Ecah. Tambah seronoklah ceritanya. Tak sedar dah sampai masa light off. Hm... cakap pasal light off, teringat aku saman pertama kami. Punyalah syok-syok study Math, tiba-tiba datang sorang warden ayu sambil membawa saman merah untuk kami. Apa, lagi, seronoklah kami menandatangani buku autograph dari peminat baru. Suwey betul.

Hari pertama peperiksaan aku lalui dengan tenang. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya. Nak kata confident tu, tak le sangat. Dapat 3 A 5 B pun cukupla asalkan dapat 3.5 . Aku nak juga naik pentas sekali lagi amik anugerah. Sekali jer mana cukup. At least, setahun sekali. Kalau form nie tak dapat, alamatnya form depan kenalah usaha keras dapatkan anugerah pengetua sem 5 ngan sem 6. Pening gak mana nak pikir PNG mana nak pikir TPNG. Bukan senang nak jadi pelajar cemerlang kat MRSM ni. Dahlah stop citer pasal tu.

Lepas habis exam, semua bersorak gembira walaupun PMR bakal menjelang setahun lagi. Kertas soalan yang dikumpulkan entah aku campak kat mana. Seronok la kononnya. Kata kawan aku seronok nie tak lama sebab, bila balik cuti semester nanti, mesti dia postkan result. Tu yang berdebar-debar tu.

Bulan Ramadhan yang mulia menjelang tiba. Bila dah nak waktu berbuka, semua mula sibuk. Aku maintain je...

"Ummul, nanti tunggu aku tau," ujarku kepada Ummul yang sedang mandi di shower room sebelahku.

"Aku maybe gi cepat sikit kot..."

Biasalah jawapan dari Ummul. Kitorang biasanya gi D.S [dewan selera] cepat sebab nak nengok citer Cina pukul 5.30 masa tu. Kalau tak silap tajuknya Country Spirit. Kitorang dah berpuasa kat sana lebih kurang seminggu kot. Tak pastilah. Kadang-kadang berbuka ikut kelas, kadang-kadang ikut homeroom. Sehari sebelum hari lahirku yang ke-14...

"Hihihi... esok sapa punya besday ya..." Ecah sengaja mengusik aku.

Aku cam biasa buat tak layan jer. Tiba-tiba, Saleh si mulut kecoh bercakap [dengan kuatnya], "Oh... esok hari jadi ..., kan " katanya.

Kecoh la ko Salleh, desisku. Lantaklah. Budak homeroom aku, semakin dilayan semakin menjadi-jadi. Hai.. teringat pula aku kat Gunung Ledang, tempat kami bercamping. Dahlah mandi ngan boyz. Tak kiralah adik beradik angkat ke apa ke, rasa janggal. Ada juga yang cuba amik kesempatan. Walaupun pegang tangan, tapi diorang kan bukan muhrim aku. Tak baik...berdosa. Aku bukanlah alim sangat. Tapi, maruah tu yang mahal. Ecah dengan selambanya bukak tudung kat kepala. Aku ? Sorry la beb. Masa mandi pun aku kerudung dengan kain batik. Biarlah apa orang nak kata. Malamnya kitorang buat barbeku. Entah apa-apa aja rasanya. Yang hangus pun tak kurang juga. Tapi, nak memilih tu, janganlah. Malam tu gak, aku suka usik-usik budak homeroom aku yang bercouple. Aku menoleh pada Zul dan menunjukkan Syazila lalu kudekatkan kedua-dua jari telunjukku menunjukkan yang diorang berdua ada internal affair.Aku rasa dia bukannya marah, suka agaknya. Entah apalah yang diorang suka sangat agaknya dengan bercouple.

Tak kurang juga yang bertikam lidah ngan aku pasal cinta-cinta nie. Jamal, contohnya. Bukan main lagi dia bermati-matian menegakkan pendapat dia. Yalah, mentang-mentanglah dah sangkut kat minah 202 yang cun tu. Habis aku dikutuknya. Egolah, nak jadi cam Ada Apa Dengan Cintalah. Entah apa-apa. Aku balas balik, biarlah kalau aku nak jadi cam AADC. At least, pakwe si Cinta tu good looking lah gak.

Sekarang nie, aku tengah kat rumah. Orang yang selalu call aku, Ummul. Katanya, dia dah dapat result. Okeylah gak. Tapi tak masuk top 10. Aku dah tepon Kak Azwa pasal result tu. Salah alamat katanya. Ada tak ada, terpaksalah tunggu 4 Januari.

Ha... kenangan last kelas 201-03. Jamuan kelas malam Ahad. Timah tukang buat award. Hai... apalah nasib orang yang kena kutuk disebabkan award tu. Yang elok, best la... kalau yang mengutuk... habis la. Apapun, syok juga mengenakan monyet-monyet dalam kelas. Bila lagi, kan? Ada kesempatan ni.

"Bacakan denda Angah," kata Ikin. Masa tu, Angah kena denda main kotak beracun.

"Bagi sesuatu yang bermakna kepada orang yang anda sukai [lelaki]," Ogy membacakan denda. Apa lagi, merah padam muka Angah. Bagi bunga kat Amy. Tapi, dalam malu-malu tue, dia kata malam tu syok juga. Hai.. apalah nak jadi. Aku selalu juga nampak Angah dan Zatie mencantumkan nama mereka dengan boyfriend masing-masing. Angah AZ menandakan Amy dan Zulaikha [Angah], Zatie FAZ menandakan Farghali [Jamal] ngan Zatie. Entah apa-apa je.Tak kurang juga ngan nama manja Zatie, Nur dan Jamal, Lee. Kelakar gak nengokkan gaya diorang nie. Bukannya aku nak ngutuk. Tapi, kenyataan.

Waktu berjalan dengan Ummul, untuk round-round maktab, kitorang berbual panjang. Antara cinta, kasih dan sayang. Apa yang penting bagiku, cinta, kasih sayangku hanyalah untuk keluarga, persahabatan dan MRSM Pontian yang menyimpan 1001 kenangan yang sukar diungkap. Kiranya diceritakan dengan buku setebal 1000 muka surat macam Lord Of The Ring sekalipun, takkan cukup untuk menceritakan betapa gembiranya kami berada di sini. Sekalipun gembira tak kurang juga saat suka dan duka yang kami layari bersama. MRSM Pontian... memori dikenang dan perjalanan diteruskan untuk mencapai impian.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home