Copy Is Right

Wednesday, August 16, 2006

Reina , Danial dan Seri Utama

2003

“Assalammualaikum,cikgu”.

“Waalaikummussalam, masuklah Nora.” Reina melihat gadis comel itu menapak masuk ke dalam bilik kaunseling. Reina tersenyum, insan kecil di hadapannya seperti iras kawan lamanya.

“Cikgu, Puan Gaya suruh ambil borang lawatan ke Langkawi.”

Reina menyerahkan 20 keping borang kepada Nora. Selepas mengucapkan terima kasih lantas kembali ke kelas. Suasana Sekolah Menengah Sri Utama masih sama seperti dulu. Cuma bezanya,dulu Reina adalah pelajar kini dia bergelar guru kaunseling. Reina sendiri tidak menyangka akan di hantar bertugas ke daerah yang telah lama ingin dia lupakan. Namun,setelah berfikir Reina pasti insan istimewa itu sudah berpindah. Kalau masih wujud di bandar Kajang pun, Reina berdoa dia tidak akan dipertemukan dengan insan yang bernama Muhammad Danial b Haiqal. Reina merenung kertas kerja minggu orientasi tingkatan 6 Rendah. Otak Reina rasa sungguh serabut. Perlahan-lahan semua kertas kerja ditolak ketepi.

“Penatnya..”Reina mengeluh.



Ogos 1995

Reina berjalan pantas, dia mengomel sendirian. Masuk ni dah 2 kali dia ditinggalkan mak cik Sal. Reina menyumpah-nyumpah jam loceng Doremonnya.

“Ehem,ehem..”

Reina menoleh ke arah empunya suara.

“Selamat pagi bos,” Razi memerlinya. Reina malas ingin melayan kereneh Razi. Reina melangkah pantas ke tempat duduknya. Aira tiada di sebelahnya.

“Toiletlah tu.”

“Haiya,Reina apa pasal lambat?”soal Billy pakwe Aira.

“Jam loceng aku buat hal la.” Reina mencari-cari wajah seseorang.

“Reina, Danial date ngan Sar la.. tu kau tak nampak ke?”Aira yang muncul entah dari mana memuncungkan mulutnya.

“Bila aku cari Danial?” Reina terus menghadap kerja Puan Rosnah. Puan Rosnah cuti bersalin. Sebelum tu, Puan Rosnah dah tinggalkan sebeben kerja pada budak kelas 6U1.

“Hi, assalammualaikum. Muka tu kalau tak macam belacan tak boleh ke?”

Reina kenal suara yang menyindirnya. Reina menoleh ke arah Danial dan melemparkan senyuman selebar-lebarnya dan menjeling. “Satu hari tak kacau orang tak boleh.” Reina membebel sendirian.

“Kalau senyuman tu tak ikhlas baik tak payah senyum.” Danial terus berlalu. Danial geli hati melihat Reina. Kadang-kadang dia pelik, komunikasi antara Reina dan dia dalam kelas jarang dilihat. Reina dan Danial seperti tidak berminat untuk duduk bersama dan berbual seperti orang lain. Di dalam kelas, Danial rapat dengan Sar. Tapi kenyataannya, Reina adalah best friend Danial. Danial memandang Reina yang sedang tekun menghabiskan kerja Puan Rosnah. Danial sering memerhati perkembangan Reina dari jauh. Danial menyayangi Reina seperti dia menyayangi Alia.

Aira sudah beralih dan duduk bersama Billy. Danial memerhati Addy mengambil tempat Aira. Tiba-tiba mood Reina berubah.Reina kembali senyum seperti biasa. Danial berasa sungguh cemburu tapi dia memendamkan sahaja. Cuba tanya dekat semua pelajar 6U1, apa hubungan Addy dengan Reina. Pasangan kekasih! Tapi Reina tidak pernah mengaku. Ke hulu hilir dengan Addy, just friends konon.

“Reina, jom la pegi Cyber café.”

“Encik Danial, rumah saya ada komputer la.” Reina pelik akan perangai Danial yang tak reti duduk diam dari pagi tadi. Rimas. Macam dah buang tebiat. Tak pun semalam gayut dengan Alia. Alia.. Reina sudah naik hafal nama kekasih hati Danial. Danial and Alia, couple of the year.Yer la tu, aku jumpa dengan Alia pun tak pernah. Wek.. nak muntah. Sabar jer la.

Reina membuka kasut sekolah dan terus naik ke biliknya. Sakit betul hatinya dengan sikap Danial.

“PENIPU!” Reina menekup mukanya dengan bantal Reina tidak dapat menahan sebak.

“Reina, saya kenalkan Alia.” Danial tidak pasti adakah tindakannya memperkenalkan Reina dan Alia adalah tindakan yang betul. Danial dapat melihat perubahan air muka Reina tapi Reina bijak menutup segala-galanya. Danial harap selepas pertemuan ini, Reina akan faham bahawa betapa pentingnya Alia.

Reina mengelap air matanya. Reina menghadap cermin dan merenung dirinya. Kau dah kalah, kalah teruk.. Nurul Adreina.


Reina melemparkan pandangan ke padang sekolah. Terasa angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut wajahnya. Tiada senyuman menghiasi dirinya hari ni. Reina rasa sunyi mencengkam diri. Reina berpaling ke depan.Aira sedang sibuk memadu kasih dengan Billy.

“Bosannya,”Reina mengeluh perlahan. Perlahan-lahan diselak buku tamadun dunia. Reina menatap gambar-gambar di hadapannya. Kosong dan hambar seperti perasaannya sendiri.

“Reina, kenapa monyok je hari ni?”Aira memerhati kawan baiknya. Sejak semalam Reina banyak berdiam diri. Perasaan bersalah menerpa.

“Aku ok Aira.”

“Aira kau jadi masuk asrama?” Reina mengubah tajuk perbualan. Reina malas untuk bersoal jawab kerana moodnya memang lari sejak seminggu kebelakangan ni. Bebanan tugas yang tidak berhenti amat memenatkan. Peristiwa seminggu lepas pun turut membawa impak kepada dirinya.

“Aku masuk la.. kau dah berubah fikiran ke?” Aira mengambil tempat di sisi Reina. Reina terus mendiamkan diri. Fikirannya melayang jauh. Reina memalingkan mukanya apabila melihat Danial menapak masuk bersama Sar.

Danial berjalan ke tempat duduknya.Danial rasa bersalah. Sudah seminggu Reina mendiamkan diri. Sekali-sekala Reina akan berbual kosong dengan Aira, Billy dan Addy. Apabila terserempak dengan dia, Reina pasti membuat pusingan 180 Darjah. Danial rasa tercabar akan sikap Reina. Lagipun ramai lagi perempuan ingin mendampingi dirinya. Mohd Danial Haiqal, sekali aku petik jari sepuluh yang datang. Reputasi Danial memang hebat. Dengan ketinggian 180 cm, mempunyai susuk badan model dan kulit yang putih bersih cukup membuatkan dirinya seorang lelaki idaman ramai. Danial juga dianugerahkan Tuhan dengan sepasang mata yang cantik. Hilang satu Reina,10 Reina akan menawarkan diri. Danial memandang ke tempat duduk Reina. Diam-diam dia mencuri pandang kepada kawan baiknya itu.

“Hi sayang.” Perlahan dikucup pipi Alia. Danial memandang kekasih hatinya penuh dengan kasih sayang. Danial berpimpinan tangan dengan Alia menjelajah bangunan Sogo. Masalah antara dirinya dan Reina diketepikan terus. Reina tidak penting sekiranya Alia ada di sisi.

“Danial, you masih kawan dengan sape tu, Reina?” Alia mencebik dan tersenyum menyindir. “I tak suka Reina, better leave her.” Alia tahu dia akan menang. Danial hanya miliknya. Tidak sia-sia dia menanti Danial. Sudah 5 tahun Danial menjadi miliknya. Bukan senang untuk melepaskan Danial. Tapi Alia tahu Danial mencintai dirinya, Alia Nadia Bt Kamal. Hanya Alia seorang.

Danial mendiamkan diri. Baginya semua perempuan sama. Bezanya di hadapannya sekarang adalah teman wanitanya dan perempuan yang Alia suruh dia lupakan adalah sahabat baiknya tatkala duka dan gembira. Bukan semua dia mampu kongsi dengan Alia. Jadi dia akan mencari Reina. Melalui Reina dia mengenali apa itu perempuan sebenarnya. Melalui Reina dia menjadi lebih mencintai Alia. Melalui Reina dia belajar mengenai pengorbanan. Perlahan-lahan muncul rasa rindu untuk mendengar suara manja Nurul Adreina. Memanggil Reina dengan panggilan sayang. Kadang-kadang Danial keliru akan permainan yang dimain antara dirinya dan Reina. Sudah seminggu Reina menyepi tanpa khabar.

“Nak telefon ke tak nak, nak ke tak nak..” Reina melihat jam di sudut katilnya.Jam sudah hampir ke angka 11 malam. Akhirnya Reina nekad untuk menelefon Danial.


Ramadan 1995…

Ramadan muncul lagi..Reina menyambut bulan ramadan dengan penuh kesyukuran. Hubungannya dengan Danial kembali pulih semula. Penat Reina memujuk diri. Reina bersiap.Sebentar lagi Aira akan menjemputnya ke Kajang. Danial sudah berjanji untuk berjumpa dengannya di Metro. Dengan menaiki motosikal dua orang gadis merentasi highway Kajang. Sejuk pulak. Menyesal Reina tak pakai sweater tadi. Niat di hati nak pakai lepas tu kelam kabut lewat langsung terlewat. Reina kalau tak bangun pukul 10 pagi tak sah. Reina perasan macam dirinya yang lewat. Padahal Danial lewat 1 jam setengah.

“Pantang betul aku orang lembab ni!” Reina mengomel sendirian. Billy dan Aira dah hilang. Bosan menunggu. Reina menyabarkan diri sendiri.

“Sorry lambat.” Danial menegur. Reina berlaglak biasa dan mengukir senyuman untuk lelaki di hadapannya.Reina tidak mahu mencacatkan moodnya sendiri.

Aira merenung Reina. Aira tahu betapa Reina terluka akan sikap Danial. Danial balik dengan alasan mahu menolong ibunya. Aira tahu Reina berpura-pura gembira. Aira sedih melihat Reina diperlakukan seperti itu. Pulang dari Kajang, Reina berceloteh bercerita kepada mamanya.

“Mama, tadi keluar dengan Danial seronok, kelakar ma.”

“Danial hantar orang sampai naik motor, very sweetkan mama.”

Reina mendaki tangga. Dadanya sebak. Reina berbisik sendiri. “Maaf ma, Reina tipu, Danial macam tak happy je tadi. Kalau aku tahu tak nak aku keluar dengan Danial. Baik jalan sorang-sorang. Tak sakit hati.



2003

Reina mengesat air matanya. Tidak ada gunanya mengenang kisah lama. Sudah 8 tahun Reina kehilangan Danial. Selepas peristiwa itu, Reina sedaya-upaya menjauhkan diri dari Danial. Reina malu kerana Danial seperti mahu membuktikan kepadanya bahawa Danial tidak mencintainya tetapi Alia. Reina kesal akan sikap Danial. Bukankah, soal hati dan perasaan telah lama mereka bincangkan. Reina sendiri tahu dia tersilap kerana mencintai seorang sahabat. Tetapi Reina tidak berdaya. Reina kecewa kerana Danial menganggap dirinya merimaskan, membosankan dan tidak penting.

Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Reina mengemas beg dan menuju ke kereta Wira kesayangannya. “Macam kenal je, Nora tu.”

Reina memberhentikan kereta. “Nora, kenapa tak balik lagi?” soal Reina lembut.

“Papa lambat.”

“Mari cikgu hantarkan.”

Nora menolak dengan alasan takut papanya akan datang mengambilnya.

“Berapa nombor telefon papa?”

“Cikgu nak telefon papa ye.. 017-3456778.” Nora tersenyum.

Reina yang baru ingin mendail dikejutkan dengan jeritan Nora. “Papa datang.”

Kereta Perdana V6 Maroon, berhenti di hadapan mereka.

“Maaf, papa lambat.” Danial melangkah keluar.

Reina tidak percaya apa yang sedang dilihatnya.Reina mahu berlari dan memeluk Danial, tetapi ditahannya. Dosa! Danial tampak tampan dengan uniform polis. Reina berdoa semoga Danial tidak mengenalinya.

“Nora, cikgu balik dulu.” Reina berlalu. Lagi lama dia di situ, lagi bahaya.

Danial memerhati cikgu di hadapannya beredar.Nampak macam tergesa-gesa.

“Itu cikgu kaunseling Nora papa, cikgu Reina.”

“Reina?” Danial mengeluh.



1995

“Awak, kalau awak nak jadi polis saya nak jadi cikgu tau,”Reina bercerita.

“Reina, bila saya jadi polis, orang pertama saya saman awak la..” Danial ketawa besar. Danial membayangkan wajah Reina semasa disaman.

“Hish, teruk. Saya tak buat salah la. Nanti la saya jadi cikgu, saya tak nak kasi anak awak markah tinggi-tinggi,” Reina membalas.

“Tak takut, orang tu nak jadi cikgu kaunseling rasanya, bukannya cikgu yang check paper exam kan.”

Reina tersenyum. Reina sendiri terlupa akan bidang pendidikan yang mahu dipilihnya.

“Senyum sorang-sorang.” Danial berlari meninggalkan Reina sebelum sempat Reina membalas.



2003

Danial membelok keretanya ke Sekolah Menengah Sri Utama. Bangunan SMSU masih tersergam megah. Hanya masa saja yang sudah lama berlalu. 8 tahun, satu tempoh yang cukup lama. Sepanjang malam, Danial tidak dapat melelapkan mata. Terngiang-ngiang kata-kata anaknya Nora.. “Cikgu Reina”. Nama itu muncul kembali. Danial mahu jawapan bagi soalan-soalannya. Bukan sedikit tapi banyak. Danial yakin Reina masih berada di sekolah. Semalam, Danial sudah mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Reina. Harap-harap kata hatinya tidak silap. Setelah penat bertanya, akhirnya Danial berada di depan bilik kaunseling SMSU. Banyak betul perubahan SMSU. Danial mengetuk pintu dan memberi salam.

“Waalaikummusalam, masuklah.”

Danial rasa sungguh tidak percaya setelah 8 tahun, dia masih berpeluang mendengar suara manja itu.

“Ya, boleh cikgu ban..” Reina terpaku. Ya Allah, Danial. Reina tidah tahu di mana mahu menyorokkan mukanya. Sudah terlambat untuk lari. 8 tahun dia mengelak kini Danial muncul di hadapan mata. Reina memaksa diri untuk senyum. Danial diam, lidahnya kelu.

Suasana sunyi berlarutan hampir 10 minit. Reina gelisah.Reina tahu dia akan berhadapan dengan satu hukuman daripada Danial.

“Reina, mana janji-janji awak?” Danial memulakan bicara. “Apa salah saya sampai awak buat saya macam ni?” Danial cuba menahan dirinya daripada marah.

“Janji, janji apa?”



1995

“Kita buat perjanjian nak Danial. Pertama, kalau awak kahwin saya nak jadi orang pertama yang tahu begitu juga sebaliknya, dan yang kedua kalau saya tak kahwin lagi umur 28, awak kahwin dengan saya yer.” Reina mengenyitkan mata. Danial tergelak mendengar permintaan Reina. Memang macam budak-budak.

“Boleh, dengan satu syarat, Reina dan Danial akan jadi kawan baik sampai bila-bila ok.”

“Danial, saya sayang awak sampai bila-bila..” Reina melambai tangannya kepada Danial. Reina melemparkan senyuman yang paling manis untuk Danial. Reina rasa pandangannya mula berbalam. Danial tidak mungkin tahu pertemuan ini adalah pertemuan terakhir mereka. Itu adalah perjanjiannya dengan Alia. Sebelum STPM, Alia menghubungi meminta Reina melupakan Danial. Dalam keadaan terpaksa Reina mengangguk dengan linangan air mata. Kemudian Reina telah mengambil keputusan nekad untuk memutuskan hubungan persahabatan dengan Danial. Reina yakin Danial pasti tidak dapat menjejakinya lagi.



2003

Reina masih jelas dengan janji-janji itu. Reina mengeluh. Hari itu mereka masih muda, hari ini mereka sudah dewasa. Tapi Reina tahu janji-janji itu adalah ikrar persahabatan mereka. Reina menghenyakkan punggungnya ke atas kerusi. Reina tahu Danial menanti jawapannya. Reina pelik kenapa perlu Danial ungkit peristiwa silam. Cukuplah.

“Saya datang Danial masa awak kahwin. Saya hanya mampu memandang dari jauh Danial. Saya sampaikan ucapan tahniah melalui air mata Danial.” Reina tidak mampu untuk mengeluarkan isi hatinya. Reina tahu Alia tidak menyenanginya. Reina tidak mahu Danial bergaduh dengan Alia. Malah Danial membuang Reina kerana Alia. Semua tindakan Danial dipengaruhi oleh Alia. Semua kerana Alia. Danial akan menyisihkan Reina kerana Alia tanpa Danial sedari. Danial sanggup menikam Reina dengan kata-kata yang menyakitkan. Malah Danial pernah mengatakan dirinya tidak penting, merimaskan dan membosankan. Reina menyalahkan dirinya yang terlalu menyayangi Danial. Menyayangi Danial menyebabkan Reina begini.

“Sorry Danial saya terlupa kot.” Reina lebih rela menipu sebelum persoalan-persoalan yang sensetif timbul.Sikapnya yang terlalu berterus-terang menyebabkan Danial pergi. Reina tidak faham kerana dulu Danial terlalu berkira dengan setiap baris kata-katanya. Segala-galanya berkira. Kadang-kadang Reina terfikir ada logiknya kata-kata kakaknya. Kalau seorang lelaki mempunyai seorang kekasih dan seorang kawan baik, kawan baik akan sentiasa terluka. Kini kenyataan di hadapan mata.

“Kot?” Danial merengus. Danial tidak percaya Reina melanggar janji. Reina tidak tahukah hatinya terluka sejak 8 tahun yang dulu. Danial amat berharap Reina muncul di hari perkahwinannya. Tapi hampa yang kunjung tiba. Danial sedih melihat perubahan Reina. Danial seperti tidak mengenali Reina yang manja dan mengada-ngada. Mana sahabat baiknya? Reina tidak tahukah hatinya turut terluka selepas Reina mengambil keputusan menerima Addy. Danial tahu keputusan yang dibuat itu amat tergesa-gesa. Danial tahu Reina terluka tetapi dia tidak berdaya. Alia muncul sebelum Reina. Impossible dia curang kepada Alia. Danial memakai kasutnya. Ada air hangat mengalir di pipinya. Reina memandang Danial pergi.

“Danial...” Reina menangis sekali lagi. Reina silap kerana tidak berterus-terang. Reina tidak mampu. Tahukah Danial, Reina yang dulu sudah mati. Reina terpaksa bangkit sendiri tanpa bantuan orang lain. Mereka tidak tahu penderitaan yang ditanggung Reina. Reina penat berbohong. Reina benci akan dirinya. Reina melihat bayang Danial yang hilang dari pandangannya. Reina membuka komputer. Perlahan-lahan dia menaip surat memohon pertukaran sekolah.


Reina membuka diarinya.

Danial,

Setelah 8 tahun kita bersua kembali. Saya tidak mampu untuk berterus-terang. Biarlah apa yang dah berlaku.. berlaku…kerna masa tidak akan kembali.
Danial.. sekiranya saya tidak mengenali awak 8 tahun yang lalu, tidakkan ada sejarah hitam antara Danial.. Reina dan SMSU. Awak ruang yang saya pinta 8 tahun dulu sampai sekrang saya tak dapat memilikinya. Saya dipinggirkan kerana insan lain. Saya memang nombor 7 dlm hidup awak, tapi kenyataannya saya tidak layak mendapatnya. Saya berdoa kita takkan bersua lagi. Saya mahu kisah kita berkubur bersama-sama cinta saya. Saya masih kawan awak sampai bila-bila. Kira awak tidak pernah membezakan diri saya dengan Alia ini semua tidak akan terjadi. Saya kalah kerana tempoh waktu. Saya kalah kerana aset yang tiada iaitu kecantikan. Saya kalah kerana walaupun berkali-kali awak melukakan hati saya, saya tetap menadah tangan memohon kepada-Nya moga awak dan saya akan jadi kawan sampai bila-bila. Saya kalah bila awak berjaya mencuri hati saya. Dan awak tidak tahu saya kalah kepada awak yang bernama Muhammad Danial Haiqal. Danial…1 LELAKI.. 1 PERSAHABATAN.. 1 CINTA…1 KENANGAN.. I KELUKAAN.. DAN 1 PENGORBANAN.


Tiada lagi kisah Reina, Danial dan SMSU.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home