Copy Is Right

Tuesday, August 01, 2006

Tipah Tertipu

Bukannya aku bernekad tidak mahu pulang ke kampung halaman, tapi di kampung itu terlalu banyak kenangan. Setiap sudut kampung itu ada terselit ribuan memori yang indah. Memori yang terpaksa aku lupakan demi kebahagiaan orang yang tersayang. Gadis itu terlalu cantik untuk ditinggalkan. Gadis itu terlalu baik untuk dilukakan. Ketulusan hatinya berterus terang padaku membuat aku rasa bersalah kerna menyintai jejaka idamannya. Biarlah ku tanggung segala keperitan ini. Biarlah aku yang menjadi mangsa keadaan. Biarlah aku mengalah dari berebutkan seseorang yang bergelar lelaki. Bukan itu prinsip hidupku. Aku rela kan segalanya.

Ah! Itu hanyalah alasan untukku melangkah lebih jauh. Dari terus terperuk di kampung itu, masa depanku juga harapan mak dan ayah akan terkubur di situ sahaja. Walaupun tidak henti-henti airmata mak mengalir sewaktu berpisah denganku, perjalanan tetap di teruskan. Cita-citaku tidakkan terhenti separuh jalan. Korbankan sesuatu yang terindah ku yakin beri pulangan yang berbaloi.

Apa yang aku kecapi kini, ku kira sudah cukup berbaloi. Sudah lebih dari apa yang di harapkan. Mak dan ayah sudah boleh menarik nafas lega dengan apa yang ku miliki kini. Namun aku masih lagi kuli!. Orang suruhan yang makan gaji. Aku masih lagi anak mak dan ayah. Anak bongsu kesayangan keluarga dan aku juga masih anak jati Kampung Permai.

***
Kereta ku pandu laju mencari Kampung Permai. Mencari deruan air di kali, mencari bendang yang terbentang luas, mencari kecipan burung pipit, mencari pohon nyiur yang melambai-lambai menggamit kepulanganku. Mak pasti menanti kepulanganku bersama sesuatu yang istimewa khas untukku. Begitulah mak ku saban waktu. Namun aku tahu itu hanyalah alasan mak agar aku dapat pulang segera. Lagipun dah terlalu lama aku tidak pulang ke kampung.

Keretaku meluncur lagi, melepasi pintu gerbang 'Selamat Datang'. Sekuatnya aku pejamkan mata hatiku agar tidak bisa melihat tempat-tempat keramat bagiku. Agar hatiku tidak bisa lagi mengenang sesuatu yang terindah nan kian berubah. Ah.. biarkanlah. sudah terlalu lama peristiwa itu berlalu. Tak salah jika mengenang memori yang indah.

Aduuhh!!! Mengapa hatiku bergetar lagi? Entah dari mana datangnya kekuatan, tanganku lancar memusing stereng kereta membelok ke kanan di mana lorong yang akan membawa aku terus ke puncak bukit. Tiba di bukit itu aku memberhentikan kereta ku. Ku lempar pandanganku di hujung sana. Ah. saujana mata memandang. Alangkah damainya suasana. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar tubuhku nan sayu.

"Ira. Ira sayang Mir tak?"

"Em... entahlah!" kataku sengaja.

"Ira tak sayang Mir ke?"

Aku tersenyum. "Em.. sayang kot," jawabku acuh tak acuh.

"Ira.. cakaplah betul-betul.. Amir serius ni.."

Ops! Alamak marah pulak buah hatiku ni. "Sayanglah. kalau Ira tak sayang Mir.. tak mungkin hubungan kita kekal hingga ke hari ini."

"Ira. Mir ada sesuatu nak bagi kat Ira.."

"Apa dia?" Aku tak sabar pulak!

Perlahan Amir menggenggam jemariku, lantas menyarungkan sebentuk cincin suasa bertatahkan mutiara hitam miliknya ke jari manisku. Aku kaget! Ait! Biar betul!! Hehehe ... gaya Amir seperti melamar ala-ala orang putih pulak! Uik?? Amir melamar ke?? Alamak?? Tapi.. apapun terima kasih sayang..

"Intan Shahira, sudikah awak menjadi permaisuri di hati saya? Sudikah awak menjadi suri di mahligai impian saya? Sudikah awak sehidup semati bersama saya?"

"Amir." Aku mati kata.

"Ira.. Mir tahu bukan begini caranya dan bukan sekarang masanya. Tapi Mir tak mahu kehilangan Ira. Mir sayangkan Ira! Mir cintakan Ira! Anggaplah cincin ini sebagai cincin pertunangan kita yang tidak rasmi. Mir janji suatu hari nanti Mir akan melamar Ira dengan rasmi. Percayalah. itu janji Mir!" katanya.

"Tapi Mir..." aku ragu-ragu.

"Ira sayang. jika Ira benar-benar cintakan Mir, tolong jangan sesekali Ira tanggalkan cincin ini dari jari Ira, kecuali Ira sudah berubah hati. Selagi cincin itu tersemat di jari manis Ira, pada Mir, Ira masih menyayangi, menyintai dan mengingati Mir walau di mana Ira berada."

"Terima kasih Mir. Ira berjanji cincin ini akan menjadi bukti cinta Ira pada Mir. Cincin Mir ini tidakkan terpisah dari jari Ira. Tapi.. jika Mir pula yang berubah hati, Ira mahu Mir sendiri yang menanggalkan cincin ini dari jari Ira. Selagi Mir tak tanggalkannya, pada Ira Mir masih lagi menyanyangi, menyintai dan mengingati Ira."

"Terima kasih Ira.. jom!"

T iba-tiba handphoneku berbunyi. Aku tersentak!! Lantas terkeluar dari memori semalam. Dengan pantas ku jawab panggilan. Em seperti yang sudah ku jangka.. mak aku yang call.

"Hello Ira.."

"Saya ma.. Ira on the waylah ni.." aku tipu sunat.. keke aku kat kampung lah ni maaa..

"Sorry... oo... jadilah Ira balik ni.."

"Iya. Kejap lagi Ira sampailah.."

"Em.. oklah.. ma nak sambung masak.. ma nak confirmkan je.."

Peeehh.. ma aku pandai cakap org putih. "Orait! Bye ma.."

"Bye.. assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

Aku lontar pandanganku sekali lagi. Ku lihat cincin mutira hitam di jari manisku. Mengapa cincin ini masih kekal di di jari? Sedang aku dan Amir dah terlalu jauh terpisah. Mengapa Amir masih tidak mahu menanggalkan cincin di jari ini? Adakah dia masih sayang padaku? Atau dia sengaja membiarkan aku terus begini.

****

"Wah... nampaknya Cik Intan kita ni nak ada pembantu baru ye. Lepas ni kalau masih tak ada masa nak berbual dengan kita, aku tak tahulah nak cakap macam mana lagi.." kata Farah sahabat karibku.

"Iye ke?! Baru nak bagi?? Aku mintak tahun lepas, tahun ni baru dapat??"

"Oi! Cik adik.. bersyukurlah sikit. Mujur orang tua tu nak bagi.. kalau tak bagi langsung baru kau tahu!"

"Yelah.. yelah. Nanti aku say thanks lah kat dia. Dah interview ke? Kenapa tak panggil aku?"

"Dah semalam, kau kan pergi discussion kat Setapak?"

"Em... lupa lak. Ok ke orangnya? Boleh buat kerja ke?"

"So far.. so good.. aku dah test dah.. dia boleh draw, berkeyakinan bila buat presentation dan yang paling penting.. dia handsome!!" jelas Farah panjang lebar.

"Handsome??? Lelaki ke?? Aku nak perempuan lah."

"Banyak pulak cekadak budak nih! Orang dah pilihkan tu.. terima kasih pun tidak.. banyak pulak dia punya complaint!" Farah menjelingku.

"Sorrylah.. Pn. Farah oii.. thanks sebab bagi pakwe handsome tolong aku.. thank you the very-very dewberry, strawberry, blueberry and the bery-bery."

"Small matter!" jawab Farah ringkas sambil tersenyum puas.. lantas bingkas bangun menuju tempat duduknya
.
"Eh! Farah.. bila pakwe handsome aku tu nak start kerja? Aku dah tak sabar nak membuli nih!"

"Ait!! Tak sabar pulak? Next week.." jawab Farah..

Aku kembali ke tempat dudukku. Kembali seperti sedia kala. Nampaknya kerja-kerja yang menimbun ni taklah aku uruskan sendirian. Siaplah kau junior ku. nanti kau tahulah siapa aku sebenarnya. Ini Intan Shahira.. darah keturunan Tun Teja.. hehehehe lebih-lebih pulak. Aku tersenyum sendirian. Tiba-tiba! Berkumandang lagu 'all the thing she said' -tatu- Samsung true eye ku menjerit minta diangkat.. em.. potong stim betullah!!
Ops!! Ma la. Apa lagilah mak aku nih. mesti nak suruh balik kampung lagi.

Aduuuh. Sudah ku jangkakan.. kononnya ada something nice for me. Nak tak nak aku terpaksa balik kampung jugak hujung minggu ni. ala.. balik lagi!!!!

***

Minggu seterusnya di pejabat.

"Apa yang special ma kau nak bagi Intan? Cincin lagi ke?" tanya Farah..

"Em.. pandai pun kau!" jawabku ringkas.

"Abih kau reject kan jugak ke?"

A ku senyum, senyuman yang Farah memang faham maksudnya. "Terima sajalah.. kau ni memilih sangat la.. kau ada tunggu someone special ke? Atau kau tunggu Sultan Selangor yang baru tu pinang kau?" Farah menyindir.. ish.. budak Farah nih karang!!

"A'ah.. dia dah janji nak pinang aku, tu yang aku tunggu tuuu!!" jawabku lantas menuju ke kitchen office untuk bancuh milo sekaligus membiarkan Farah tersenyum sendirian.

Aku kembali semula bersama segelas milo panas. Dari jauh ku lihat Farah sedang berbual dengan seorang lelaki yang membelakangiku. Em.. pembantuku barangkali. Perlahan aku menghampiri mereka....

"Ok! Let me introduce you, this is Intan Shahira, you punya boss."

Terpandang sahaja wajah lelaki itu, jantungku bagai nak gugur dari tangkainya. Tanganku hilang kekuatan lantas gelas yg masih berada di genggaman hampir terlepas. Nasib baik sempat kawal, kalau tak buat malu kaum jerk!. Mataku masih terpaku melihat wajah itu. ah!! Hatiku bergetar lagi! Jantung berdegup kencang. Kurang asam punya Farah!! Apasal budak ni jugak yang kau pilih?? Takkanlah aku nak jadik boss dia? Aku tenggelam dalam gelodak perasaan. Gembira! Suka! Sedih! Kecewa! Geram! Sayang! Cinta! Benci! Datang silih berganti!

"Hello.. hello you all ni dah lama kenal ke? Atau ex boyfriend you Intan?" tegur Farah.

Aku tersentak!! "Ops! Sorry.. kawan sekampunglah.. this is so.. surprising!!"

"Cik Ira apa khabar?"

Panggil aku 'cik' lah pulak.. "Ira sihat alhamdullilah.. Amir pula?" Aku cover gelabah.

"Alhamdullilah sihat."

"Wait.. wait.. you all ni macam tengah bercinta jerk.. cakap penuh dengan sopan santun, tak macam kawan biasa pun?"

"Hey! Shup up Farah.. sorry Mir, budak Farah ni memang gila sikit!"

"It's ok.." jawab Amir sambil tersenyum.

"Farah you tolong bawakan Amir ni jumpa staff yang lain dan tunjukkan tempat duduknya," pinta ku.

"Eh! Youkan boss dia, youlah bawak.."

Ala Farah ni pulakkkk. "Boleh.. but not now, I kene jumpa En Hafiz ni."

"Ok.. but! Lunch nanti kau belanja aku makan."

Banyak pulak cekadak si Farah nih!! "Jadik.. So! Mir.. you ikut Farah ok, Ira nak pergi mengadap big boss kejap."

"Ok thanks.." katanya tersenyum..

Aduhh. Senyuman itulah yang buat aku terasa macam nak pengsan. Amir.. mengapa kau muncul lagi??!! Mengapa kau datang lagi? Tak cukup lagikah kelukaan yang lepas? Entah begaimana pula untuk aku berdepan dengan kenyataan ini? Kehadiran Amir sudah cukup membuat aku gementar dan terkeliru. Amir kini betul-betul berada di depan mataku.

Untuk jangka masa terdekat ini, mungkin aku boleh sorok segalanya, tapi untuk jangka masa panjang?!! Bagaimana untuk aku sembunyikan gelodak perasaan yang semakin meribut ni? bagaimana pula dengan belenggu yang kian mencengkam jiwa ini? Ah!!! Tidak!!!!

Hatiku semakin gentar tatkala Amir datang menemuiku untuk berbincang mengenai kerja. Aku takut untuk menjawab soalannya yang berbau personal. Aku juga takut untuk bertanya mengenai kehidupannya juga hatinya.

Tapi segala telah terjawab sewaktu NAZIRA datang mencari Amir di pejabat. Dari jauh aku lihat Amir begitu mesra dengannya. Ah.. Amir!! Tak ku nafikan hatiku terbakar melihat kemesraan itu. senyuman yang terukir di bibir gadis itu jelas menunjukkan yang dia bahagia. tapi sekurang-kurangnya aku tahu Amir kini bahagia dan aku masih lagi menanti saat kemusnahan cinta itu. datanglah! Lucutkanlah cincin dari jariku ini.

*****

"Oi!! Cik Intan! Tak reti-reti nak makan tengahari ke? Kerja pun kerjalah jugak, melantak pun melantak jugak.. " tegur Farah.

"Hehehehehe.. kau ni kan, tak boleh tengok aku senang sikit tau! " kataku geram

"Jom la.. perut aku dah buat konsert heavy metal nih!!"

"Heavy metal?? Fuh ganas tuuu.." aku ketawa, lantas mendapatkan Farah yang masih menanti di depan pintu bilikku. Kami berjalan beriringan..

"Amir jom lunch together?!"

Ish.. gatal betul mulut Farah nih mempelawa Amir makan bersama.

"Tak kisah ke?" Amir menjeling padaku.

"Why not? Jom lah.." kataku dalam keterpaksaan. Dengan muka tak malu Amir sudilah pulakk.

Perjalanan kami ke café terhenti seketika bila bertembung dengan Man suami Farah. Farah terpaksa keluar bersama suaminya kerana ada perkara yang perlu dibereskan. Macam dirancang pulak.. ish! Kebetulan kot! Maka tinggallah aku berdua dengan Amir. Ah! Sudah!! Cemana ni?

Seperti biasa aku pesan nasi ayam dan air suam, Amir pula ikut sahaja. Ish... memang dari dulu dia suka makan apa yang aku makan.. tapi..

"Selera cik Ira masih tak berubah lagi?"

Uik?? Ingat lagi?? "Mir.. tak payah ber cik-cik dengan Ira. Janggal betul rasanya."

"Cik Ira kan boss saya. Kenelah hormat sikit."

"Pada Ira, tak ada istilah bos dengan anak buah ni. kita sama-sama makan gaji. Sama-sama kuli. Panggil sahaja Ira atau Intan, kerna kat office mereka panggil Ira 'Intan'."

"Oklah.. tapi Mir tak biasa panggil Intan, Mir panggil Ira boleh?"

"Tak kisah." Aku suap nasik secepat yg boleh, lantaklah apa dia nak kata. Aku nak balik office cepat!!! Tak sanggup lagi duduk semeja dengan Amir.. pedihnya hatiii!!!

****

"Hello.. Ira! Ayah ni.."

Ha?? Ayah??!! Mimpi apa pulak orang tua ni? "O.. ayah.. ada apa hal yah?"

"Ira ayah nak kamu balik segera! Ayah ada hal penting nak cakap."

"Hal apa yah? Bunyi macam serius je?"

"Memang serius! Esok balik segera!"

"Insya Allah.."

Apahal pulaklah bapak aku nih.. jangan-jangan nak pakse aku kawen! Ish.. tak boleh jadik nih!! Esok kene balik jugak! Aku terus apply cuti.


* di kampung..

"Ira.. mari sini, ayah nak cakap sikit" dari anjung ayah memanggilku.

Sebelum melangkah mendapatkan ayah, sempat aku menjeling pada mak. Mak pula hanya mengangkat bahu. Ish.. ini yang buat aku risau ni!!!

"Ira.. ayah dah penat melayan kerenah kamu, selama ini ayah turutkan saja apa yang kamu mahu. Termasuklah menolak 7 pinangan."

Alamak!! Nak cakap pasal kawen kee????

"Kamu dah ada kawan lelaki ke? Cakap betul-betul dengan ayah."

"Em.." aku ragu-ragu

"Ira, ayah ni dah tua. Entah esok entah lusa ayah akan pergi. Sebenarnya ayah tak senang hati biarkan kamu duduk sorang-sorang di bandar tu. Kamu tu anak dara. Kalau apa-apa berlaku sapa yang susah??"

A lahai ayah.. Ira tahulah jaga diri.. aku masih lagi mendiam diri.

"Macam nilah! Ayah dah buat keputusan, ayah beri tempoh 2 minggu untuk kamu mintak keluarga buah hati kamu tu masuk meminang. Kalau tak.. pinangan budak Rashid tu ayah terima."

Rashid??? Alamak!!!! "Ayah. tolong jangan paksa Ira"

"Ayah tak paksa. Dah berkali-kali ayah beri peluang, tapi kamu tetap begini jugak. Macam-macam alasan yang kamu pakai. Muka ayah ni dah tebal nak tolak pinangan orang lagi."

"Tapi..."

"Sebagai ayah.. ayah tau orang yang bagaimana sesuai menjadi menantu ayah. Budak Rashid tu baik orangnya. Kerja pun bagus di bandar. Bersopan, pandai ambil hati orang tua.. apa yang kamu nak lagi? Ayah dah berkenan dengan budak Rashid tu.."

Isy... menyesalnya balik kampung!! Kalau aku tahulah apa yang ayah nak cakap, NEVER!! Aku takkan balik!! cemana nak buat ni??!! Nak tolak takut hati ayah terluka, silap hari bulan menjadi balik sakit jantung bapak aku nih! Nak terima entah sesapa ntah si Rashid tu.. alahai badai datang lagi..

Terduduk ku di birai katil. Mungkin itu pilihan terbaik dari ayahku. Mana mungkin ayah sampai hati kahwinkan aku dengan sebarang orang. Haruskah aku menerimanya??!! Aku terpandang cincin Amir yang masih tersemat di jari manisku. Cincin ini?? Ah.. mungkin sudah tiba masanya untuk aku melucutkannya dari jari sekaligus dari hati. Selamat tinggal Amir..

Tempoh 2 minggu? Kalau ayah beri aku tempoh 2 tahun pun belum tentu aku dapat beri menantu seperti yang ayah minta. Terserahlah.. mungkin itu yang terbaik untukku. Sudah jodoh barangkali atau pun sudah sampai seru. Kali ini aku tiada alasan lagi untuk menolak, aku terima dengan rela siapapun pilihan ayah.

Amir?? Aku seperti pungguk yang rindukan bulan. Mampukah pungguk terbang ke langit?? Sanggupkah bulan turun ke bumi?? Ah. MUSTAHIL!! Amir sudah pun bahagia.. tiba giliran aku pula untuk menikmati kebahagiaan. Itulah nekadku..

***

Hari pertunanganku tiba..

"Cantiknya menantu mak."

Aku tersipu malu. Makcik Leha rupanya. Eh Mak sedara Amir.. oh! My god!!! Bakal suami aku ni sedara-mara Amir ke?? Rashid??? Siapa Rashid ni?? Entah-entah.. abang Rashid sepupu Amir!

Ha!!!?? Ala!!!! Aduhhhh ayah ni dah tak ada orang lain ke?? Kenapalah sedara mara si Amir ni jugak yang Ayah pilih?? Aku bagai nak pitam! Rasa macam nak pengsan! Macam nak mati pun ada!! Makkk tolongggg!!!

Tapi.. cincin berlian sudah pun tersarung di jari. Tepak sirih bertukar tuan. Sudah terlambat untuk aku menolak. Terlambat!!! Lambat laun aku kan menjadi sedara Amir jugak!!! Tak mooooo!!!!!

***

Berita pertunangan ku tersebar. Mesti Farah yang sebarkan.. ah.. biarlah.

Tuk... tuk.. tuk..

"Come in!!" jeritku dari dalam.

"Ira may I come in?"

"Yeah.. and have a seat.." pelawaku

"Ira.. I love you!! I love you!! I love you Intan Shahira!!!"

"Amir!! What the hell are you talking about??"

"I'm telling the truth!"

"Kenapa baru sekarang??"

"Amir tak sangka begitu mudah Ira buat keputusan. Terlalu cepat berpaling tadah! Tuhan sudah beri kita peluang untuk bertemu dan jernihkan kekeruhan, tapi.. Ah! Sudah terlambat."

"Mir.. bukan masa yang tercepat menjadi masalah, dan bukan Mir yang terlambat menjadi punca. Bukankah Mir punya NAZIRA?"

"Nazira?? Bukankah Nazira itu sepupu Mir? Memang dia admire kat Mir. Tapi itu tidak bermakna dia berjaya curi hati Mir. Ira yang ego kerna tidak mahu berterus terang. Ira yang menghilang tanpa sepatah kata! Sia-sia usaha Mir menjejaki Ira di sini. Ira ingat mudah ke untuk Amir merayu pada Farah agar menerima Mir menjadi pembantu Ira? Ah! Ira takkan faham.."

Ah!! Farah?? Amir!! Jadi semua ini bukan kebetulan?? Aku terjelepok di kerusi. Hatiku berdarah lagi!! Kesilapan besar yang aku lakukan! Kesilapan yang tidak mampu dimaafkan oleh Amir..

"Nampaknya kehadiran Mir di sini tidak bermakna lagi.. ini surat perletakkan jawatan Mir.. semoga Ira bahagia.. thanks for everything." Perlahan Amir melangkah pergi. Di muka pintu langkah Amir terhenti. Dia berpaling padaku.

"Ira." Amir mendekatiku. Perlahan dia melucutkan cincin miliknya dari jariku. "Cincin ini sudah tidak bermakna lagi Ira.. selagi cincin itu ada di jari Ira, selagi itu hati Mir pedih.." terus Amir mencampakkannya ke luar tingkap pejabatku lantas meninggalkanku.

"AMIIIRRRRRRR!!!!!! Jeritku.

Eh!!! Astagfurullahalazim. Aku bermimpi rupanya.. ku lihat cincin Amir masih di jari..

Tuk tuk tuk... Sekali lagi aku terkejut! Pintu ku di ketuk. Amir..

"Ira marah Mir ke?"

Aku hairan.. uik?? "iye ke? Bila Ira marah?" tanya ku

"Tadi! Ira jerit nama Mir! Semua orang dengar."

Ha!! Semua orang dengar??? Alamak!!! "Sorry.. sebenarnya tak ada apa-apa.. sorry again.."

"Ira ni buat Mir suspen ajalah.."

"Sorry."

"Em.. kalau macam tu Mir keluar dulu ye.."

"Ok.." kataku lancar. "Eh.. Mir!" panggil ku. Amir kembali ke meja ku. "I'm sorry," kataku perlahan sambil menanggalkan cincin dari jariku. Lantas ku letak cincin itu di hadapannya. Jelas kelihatan wajah Amir berubah.

"Amir dah agak Ira. Mir hormati keputusan Ira. Em.. can I go now?"

Aku hanya mengangguk dan membiarkan Amir pergi. Pergilah Mir.. maafkan aku.
tanpa diminta-minta airmataku jatuh lagi. Berakhirlah sudah lagenda cintaku terhadap Amir. Reaksi Amir tadi jelas bertentangan dengan mimpi tadi. Ah.. dia memang sudah lupakan ku.

****

Tempoh pertunanganku dipendekkan atas kehendak pihak lelaki. Ayah mengikut sahaja. Tapi sepanjang tempoh pertunangan ini tidak pernah sekalipun aku menemui tunangku itu. Aku takut! Setiap pelawaannya ku tolak mentah-mentah. Aku tidak bersedia menerima kenyataan itu. Biarlah di hari pernikahan itu menjadi pertemuan pertamaku. Harap-harap akan wujud cinta pandang pertama untuk ku. Mudah-mudahan. Mujurlah tunangku itu tidak pernah memaksa. Mungkin dia faham dengan situasiku..

Ah!! Hari tu muncul juga!!! Aku takut!!

"Aku terima nikahnya Intan Shahira Binti Rahman dengan mas kahwin 80.00 ringgit tunai.." jelas kedengaran suara bakal suamiku melafazkan akad nikah..

"Sah! Sah!" kata saksi.

Nampaknya aku sudah sah bergelar isteri kepada Rashid. Aku sudah menjadi isteri orang, Amir!! Airmataku jatuh lagi. Pantas diseka oleh Farah.. "Intan.. usah begini." Aku mengangguk perlahan.

Dari luar mak bari isyarat supaya bersedia untuk acara pembatalan air sembahyang. Aku takuuutttt.

"Assalamualaikum.." kata suamiku.. aku tunduk setunduk-tunduknya! Jawab salam di dalam hati. Perlahan suamiku menyentuh jariku. Aku sedikit menggigil. Masih tak mampu mengangkat kepala. Sewaktu dia menyarungkan cincin ke jariku, aku terlihat cincin Amir di jarinya. Eh! Mengapa cincin itu ada di jarinya? Silih berganti andaian datang menjengah fikiran. Ah! Amir sengaja nak menyakiti hatiku!!

Tapi aku masih tidak mampu untuk bertentang mata dengannya. Ku kucup tangan suamiku. Sekali lagi airmataku jatuh berderai. Usikan saudara-mara telah memaksa suamiku mengangkat mukaku untuk mengucup dahiku. Dalam keterpaksaan.. aku mrelakannya. Sewaktu mata kami bertemu.. alamak!!!!!!!!

Degup jantungku seolah terhenti! Tubuhku menggeletar! Mukaku merah padam.
Aku ternganga. ku lihat sekeliling.. semua tersenyum padaku senyuman yang begitu bermakna. Seolah mereka tahu kisah cintaku dengan Amir..

Aku tak terkata apa!!! Aku tertipu!!!!!!!!

****

Selepas selesai kami solat magrib, aku menghampirinya.. dia tersenyum.. aku cubit pehanya sekuat hati!!!! "Cepat ceritakan macam mana semua rancangan awak berjalan lancar!!"

"Sorrylah sayang. Sebenarnya selepas Ira berpindah ke bandar, Nazira dah ceritakan segalanya. Dia minta maaf kerana dia, Ira mengalah.. dalam masa yang sama pak long Mir pelawa Mir kerja di syarikatnya kat bandar. Kebetulan pula sama bandar tempat Ira bekerja. Pertama kali Mir jumpa Ira sewaktu Ira makan di café dengan Farah. Masa tu Mir bersama Man suami Farah.. Man tu assistant Mir! Em.. dari Farahlah Mir dapat korek segalanya."

"Oooo.... komplot dengan Farah ye!!!!" Aku cubit dia lagi!!!!

"Aduuhhh. Lepas tu Mir kecek Farah untuk jadik assistant Ira."

"Abih kerja dengan Pak long tu..?"

"Lepas Mir balik keje kat office Ira, Mir balik opis pak long pulak, check apa yang patut. Kemudian baru Mir bawak keluarga Mir pergi pinang Ira bila Mir dah comfirm yang Ira masih sayang kat Mir. Buktinya masa tu Ira masih pakai cincin Mir ni."

"Mir sengaja suruh ayah Ira jangan sebut nama 'Amir'.. dan Mir dah cerita segalanya. Dengan ikhlas.. biasalah nak tawan hati bapa mertua.. mestilah tunjukkan keikhlasan yang jujur. Hehehehehe..."

"Abih Rashid tu???"

"Hey Ira sayang Amir. Ira lupa ke nama penuh Amir 'Amirul Rashid'? Sampai hati!!"

"Ya Allah!!!! TIPAH TERTIPU BANG!!!!!" Aku cubit Amir sekali lagi!!!!!

Amir mengaduh kesakitan lantas mendakap tubuh serapat-rapatnya. "Mir rindu Ira!!!! Rindu sangat!!"


* di meja makan

"Oo.. ayah dah komplot dengan Amir ye!!" Giliran ayah pula dapat cubitan dariku!!

"Adoii!!"

K akak dan abang-abang ku pakat ketawa beramai-ramai!! Aaa!!!! Geramnya!!!!!!

"TIPAH TERTIPU BANG!!!!" Mereka megajuk-ajuk kata-kataku. Apa-apa pun aku bahagia!!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home