Copy Is Right

Wednesday, August 16, 2006

Aku Dia Abadi

Setiap kali tiba tarikh 8 haribulan, pasti aku akan menangis. Entah mengapa aku alah pada kesedihan sendiri. Tetapi yang pasti semuanya bermula kerana dia. Hari ini, 8 Januari 1999, aku bersekolah seperti biasa setelah sesi persekolahan dibuka tiga hari lepas. Sekarang aku dalam tingkatan dua. Boleh dikatakan aku ni seorang gadis yang lincah di kalangan rakan-rakan sekolah.

Sedang aku dan teman-teman berbual di balkoni depan kelas, datang seorang budak junior menegurku. Katanya, temannya ingin berkenalan denganku. Aku pula jenis sporting, jadi aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

Hari demi hari aku tempuhi dengan pelbagai aktiviti. Dalam masa yang sama juga hubungan tak bernama ini terjalin. Pada aku, dia sekadar kawan biasa atau paling tidak boleh menjadi adik angkatku. Aku berharap dia pun begitu juga. Memang seronok dapat adik angkat yang gila-gila ni. Nama dia, Azilman Azahar. Orangnya taklah kacak, cuma sesedap mata memandang. Dia ni jenis happy go lucky, sporting dan slumber. Kira sama kepala dengan aku.

Namun makin lama mengenali dia, entah mengapa semacam ada perasaan lain di hati ini. Bila dia lalu di sebelah kelas aku (kelas dia belakang kelas aku) aku takkan lepas nak pandang dia. Mmm... macam dah timbul rasa sayang dan rindu. Malah kalau sehari tak jumpa, aku bagaikan tercari-cari kelibatnya. Inikah yang dinamakan cinta?? I'm in love? Gila!Tapi kalau betul apa salahnya?

Tapi semuanya tak kekal lama. Genap enam bulan hubungan lami, dia mula jauhkan diri. Apa salah aku?? Bila aku ajak berbincang secara bersemuka, dia mengelak. Apa yang jadi sebenarnya?? Aku keliru. Berbulan-bulan kami macam tu. Setiap kali bertembung, masing-masing buat tak faham. Macam tak kenal. Dalam pada tu, timbul pula cerita dia ada perempuan lain. Tapi, siapa aku nak halang? Ahh... ini tak boleh jadi. Aku kena tahu juga.

Suatu hari aku suruh rakan sekelasku Shasha, bertanya pada adik angkat dia, Ameer Faiz yang juga kawan Azahar. Cerita yang Shasha dan Ameer khabarkan pada aku buat aku tergamam.

"Azahar dah ada girl baru."

Aku masih musykil. Siapa girl lama dia?

"Kak Ayu."

Ayu mana pulak ni?

"Ayu Azryn, kawan Kak Shasha."

Aku? Aku yang tengah pening terus bertanya pada Ameer. "Mana Ameer tahu?"

"Masa Kak Ayu berjalan dekat tepi padang, Ameer tunjukkan Kak Ayu pada Azahar, tapi dia hanya diam," ujar Ameer. "Tiba-tiba Azahar beritahu Amer, dia dah putus dengan kak Ayu," sambung Ameer dengan nada simpati.

Sejak aku tahu cerita tu, aku jadi seorang yang pendiam, sensitif dan mudah menangis. Patutlah bila aku telefon atau ajak jumpa nak sembang, selalu dia mengelak. Setiap kali terdengar suara ku dia akan terus letak telefon. Rupanya dalam diam aku pernah jadi milik seorang insan bernama Azilman Azahar dan tanpa aku sedari, kami putus tanpa sebab. Aku memang ada niat nak luahkan segalanya,tapi semua sudah terlambat.

Biarpun sudah 5 tahun berlalu, sehingga kini aku masih mencari-cari jawapan punca perpisahan kami. Walau apapun, akan tetap kukenang hingga ke akhir hayat bahawa dia dan aku pernah bersama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home