Copy Is Right

Friday, September 01, 2006

Sekeping Hati

Pagi itu Shafiq telah menerima panggilan dari Kay… setelah hampir 3 tahun Kay menyepikan diri. Shafiq keliru kerana tiba-tiba Kay ingin kembali ke pangkuannya. Itu yang telah diberitahu oleh Shafiq pada Elisa apabila Elisa menelefonnya pagi tadi. Elisa dan Shafiq merupakan 2 orang sahabat yang tidak pernah berjumpa… perkenalan mereka bermula dengan sekeping email yang kemudiannya berlanjutan dengan perbualan telefon.. Tapi keduanya tidak pernah mendesak untuk berjumpa.

Pagi itu Shafiq menelefon Elisa…,”Assalamualaikum Cik Elisa…. Shafiq ni…., boleh ke kita bercakap sekarang…?” Shafiq bertanya.

“Boleh, En Shafiq,” Elisa berkata sambil tersenyum. Mereka sering memulakan panggilan telefon dengan panggilan Encik dan Cik… Shafiq memberitahunya yang dia akan ke Leeds atas urusan kerja… dan memberitahunya juga yang dia mungkin akan pergi berjumpa dengan Kay. Elisa menggalakkannya tanpa ada rasa cemburu pun kerana dia tahu bahawa Kay adalah bekas kekasih Shafiq dulu…dan di antara dia dan Shafiq pun tidak ada apa-apa hubungan istimewa.

Sebulan berlalu…. tiba-tiba telefon berdering. Kedengaran suara Shafiq. Elisa gembira mendengar suaranya kerana telah lama juga dia tidak mendengar berita dari Shafiq. Banyak yang mereka bualkan tetapi perbualan itu terpaksa dihentikan kerana ada banyak kerja yang perlu mereka berdua uruskan… lagipun waktu pejabat.

Dalam perbualan yang ringkas itu sempat juga Shafiq memberitahunya bahawa Kay pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengannya. Memujuknya. Tetapi Shafiq masih lagi dengan egonya... tidak mahu menerima Kay semula dalam hidupnya. Kay pulang ke Leeds dengan hati yang lara. Elisa berasa kasihan juga pada Kay... tetapi dari perbualan dan luahan hati Shafiq selama mereka berkawan… Elisa tahu bahawa Shafiq masih lagi menyintai Kay.. Cuma kerana prinsipnya dia tidak mahu menerima Kay semula dalam hidupnya dan juga kerana lukanya yang masih lagi terasa sehingga kini.

Shafiq dan Kay adalah merupakan pasangan kekasih sewaktu mereka berdua menuntut di Leeds University beberapa tahun yang lalu…. tetapi Kay mengambil keputusan supaya mereka berpisah sewaktu tamat pengajian dan ingin kembali ke Malaysia.

Usia perkenalan Shafiq dan Elisa pula sudah hampir 2 tahun. Apabila difikirkan, kelakar juga rasanya…. kerana persahabatan antara Shafiq dan Elisa bermula dengan email. Shafiq selalu bercerita dan meluahkan perasaan suka dan dukanya kepada Elisa…. sebagai teman berbual Elisa merupakan seorang pendengar yang baik. Semakin lama hubungan mereka semakin rapat, tetapi mereka tidak pernah bersua. Bagi Elisa ada sesuatu yang menarik mengenai Shafiq dan Elisa juga percaya bahawa takdir telah menemukan mereka atas suatu sebab. Elisa merasakan seoalah-olah dia sepatutnya membantu Shafiq. Di dalam hatinya bukan perasaan cinta tetapi lebih kepada kasih…. kasih kepada seorang teman.

Suatu hari Shafiq menelefon Elisa, suaranya kedengaran begitu tertekan sekali, “Kay kemalangan, Lisa. ”

Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Elisa. Tetapi Shafiq hanya diam.

“Apa yang patut Shafiq buat Lisa?”

“Sabar Shafiq, pergilah jumpa Kay…. dia perlukan Shafiq di sisinya,” Elisa mencadangkan.

Malam itu juga Shafiq terbang ke Leeds. Elisa tidak putus-putus mendoakan keselamatan Kay dan juga Shafiq….


2 bulan kemudian…….

Telefon bimbit Elisa dengan nada dering ‘Negaraku’ tiba-tiba berbunyi….. Eh… Shafiq, Elisa berkata sewaktu melihat ke arah telefon bimbitnya.

“Lisa, I need to see you,” suara Shafiq kedengaran serius.

“Hai Shafiq, lama tak dengar berita at least bagilah salam dulu… tanya khabar ke, janganlah serius sangat. ” Elisa bergurau.

“Please Lisa, I need to see you.”

“Tapi Shafiq…. why now…?”

“Please Lisa, I really… really need to see you, URGENT!”

“Oklah Shafiq, mungkin dah tiba masanya pun. But let me choose the place… hmm… kita jumpa dekat Coffee House Holiday Villa between 5 - 5.30 petang ni… Ok with you?”

“Ok,” Shafiq menjawab.

“Tapi… macam mana I nak kenal you Shafiq….?”

“You will know,” itu sahaja yang Shafiq jawab. Hati Elisa berdebar-debar.


Petang itu di Holiday Villa…

Elisa sampai awal… lebih kurang jam 4.45. Dia terus ke Coffee House. Dia bercadang untuk duduk di meja yang hujung sekali tetapi apabila hampir di sana kelihatan seseorang sedang duduk di situ. Elisa berpatah balik.

Tiba-tiba… “Elisa” Kedengaran namanya dipanggil.

Elisa terhenti… dan kemudian menoleh. “Shafiq?” Lelaki itu mengangguk. “Awal sampai,” Elisa bertanya.

“I tak sabar nak jumpa you Lisa, rindu.”

Elisa ketawa. “Buat lawak pulak Shafiq ni,” kata Elisa di dalam hatinya. Elisa seperti biasa… tetapi dalam diam dia mengamati Shafiq. Tinggi juga orangnya, tegap, berkulit sawo matang. Matanya sungguh cantik sekali. Hazel.

“Ok, back to why we are here. Apa yang urgent sangat ni Shafiq, risau Lisa dibuatnya.”

Shafiq pun menceritakan segalanya. Apa yang berlaku sewaktu dia di Leeds melawat Kay sehinggalah di kembali ke Malaysia semula. “I’m here coz I want to confirm my feelings for you Lisa, I want to make sure that you are the same person with whom I’ve talk to all this while, and I can see that you are.”

Elisa terkejut. Dia yang selalunya banyak bercakap hanya diam mendengar.

“Selama I di Leeds, walaupun I bersama Kay, I hanya teringatkan you. I remembered our conversation, talking to you comes naturally…. I missed our talks Lisa. Walaupun selama ini kita hanya berbicara tanpa bersua muka I rasa seperti telah banyak yang kita kongsi. I rasa I dah jatuh cinta pada you Lisa. You tak pernah mendesak I, you tak cemburu pun bila I asyik bercerita tentang Kay… malah you asyik menggalakkan I supaya beri Kay peluang kedua. Lisa, kenapa senyap saja ni, say something.”

“I don’t know what to say Shafiq.”

“Please say that you have the same feelings for me too.”

“Give me some time Shafiq, this is so sudden.” Elisa membalas.

“Take all the time you need Lisa, I will always be here for you.”

“But Shafiq, please don’t have too high of a hope for me.”

Malam itu Elisa duduk berteleku di atas sejadah. Selepas solat sunat taubat dia mengerjakan sunat istikharah memohon petunjuk dari Allah. Dia inginkan kepastian. Dia belum pernah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Sekeping hati yang masih suci dari dunia percintaan. Selama beberapa malam Elisa memohon petunjuk dari Allah dan selama 2 minggu Elisa mengelakkan diri dari menjawab panggilan telefon dari Shafiq. Kadangkala dalam sehari lebih dari 15 missed call dari Shafiq. Mujur juga Shafiq tidak tahu di mana dia tinggal.

Akhirnya di pagi Jumaat Elisa menelefon Shafiq. “Assalamualaikum Shafiq, Lisa ni. Lisa nak jumpa Shafiq petang ni lepas kerja …. around 5.30, same place… Holiday Villa.”

Kali ini giliran Shafiq pula yang berdebar-debar kerana suara Elisa begitu serius sekali.

Petang itu kedua-duanya senyap memandang satu sama lain. Shafiq yang mula berkata-kata. “ Kenapa Lisa tak jawab call Shafiq? Are you avoiding me? Kalau Lisa tak sudi terima Shafiq, just tell me. Please don’t let me suffer Lisa,” sayu kedengaran suara Shafiq. Shafiq kelihatan tidak begitu terurus. Wajahnya keruh. Matanya seolah-olah sudah kehilangan sinar. Shafiq yang berada di depan matanya sekarang kelihatan seolah-olah sedang memikul suatu beban yang berat.

“Kan Lisa dah kata Shafiq, I needed some time,” Lisa menjawab. Pandangannya di tundukkan. Shafiq hanya diam membisu… menunggu kata-kata seterusnya dari Lisa.

“Lisa dah buat keputusan Shafiq,” Lisa berkata sambil mengangkat mukanya memandang Shafiq. Pandangan mereka bertaut. “ Maafkan Lisa, Shafiq… tetapi Lisa tak dapat memberikan hati Lisa pada Shafiq.”

“Tapi Lisa… kenapa…” Shafiq bertanya. Matanya kelihatan berkaca-kaca.

“Nanti dulu Shafiq, Lisa belum habis bercakap lagi.” Elisa terus memandang Shafiq. “Lisa tak dapat berikan hati Lisa ini pada Shafiq kerana hati Lisa sudahpun dicuri orang.”

Shafiq kelihatan terkejut. “ Tapi Lisa…. siapa… siapa orangnya?

“Shafiq Aiman.”

Shafiq memandang terus ke muka Elisa. Terkejut. Matanya kembali bersinar. Elisa tunduk malu.

“Please, don’t look at me that way Shafiq.”

“ Oh Lisa, is this true?” Lisa hanya mengangguk.

“Alhamdulillah...” Tidak putus-putus Shafiq mengucapkan syukur kepada Allah. “I love you so much Lisa,” Shafiq akhirnya berkata kepada Lisa. Wajahnya kelihatan begitu tenang dan gembira sekali.

“I love you too Shafiq”, Elisa membalas sambil tersenyum. Dalam hatinya dia bersyukur kerana Allah telah membuka hatinya untuk menerima Shafiq. Tidak lupa juga dia memohon agar Allah memberkati perhubungannya itu. Hatinya kini telah dimiliki.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home