Copy Is Right

Thursday, July 27, 2006

Nada Cinta Kita

Faizal menyarungkan cermin matanya. Tersenyum sambil melihat ke sekitar kawasan. KLIA masih seperti dulu. Sama seperti ketika dia ingin terbang ke negara yang mempunyai 4 musim dulu. Terasa bagai baru sebentar tadi dia menjejakkan kaki ke negara itu tapi kini dia sudah berada di bumi Malaysia. Memang betul kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Matanya masih tidak lekang dari melihat kawasan KLIA. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang! Seorang gadis yang memakai baju kurung dan berjilbab labuh. Air yang dibawa gadis itu tumpah, mengenai baju gadis tersebut dan terpecik sedikit ke atas bajunya.

“Awak…! Awak…! Mata awak, awak letak kat mana, ha? Jalan tak tengok kanan kiri,” muka gadis itu menjadi merah padam dengan sekelip mata. Faizal terpinga-pinga.

“Kalau mata saya tak tengok kanan kiri, habis mata awak? Tuhan dah letak elok-elok mata tu dekat muka ni awak letak dekat lutut pulak, kenapa?” Faizal segera membalas. Dia tidak tega jika kesalahan diletak ke atas bahunya seorang.

“Ingatkan Malaysia aje yang berubah, rupa-rupanya perempuan dekat Malaysia pun berubah jugak. Langsung tak ada adab. Main terjah aje,” Faizal berkata lagi.

“Ha’ah elok sangat la tu. Awak, kalau nak cakap, mulut tu biar ada insurans. Karang, ada yang kena penampar free!” Gadis itu melihat tepat ke anak mata Faizal. Faizal tergamam. Teringatkan renungan tajam seorang gadis yang dia pernah kenal dulu. Gadis itu mengerutkan keningnya melihat reaksi Faizal. Segera berlalu pergi setelah melihat ke arah bajunya.

Faizal berjalan sambil mengelengkan kepala. Entah, kenapa memori di kepalanya itu sukar melupakan gadis cinta pertamanya. Benarkah kata orang yang cinta pertama begitu sukar untuk dilupakan. Mungkin, ya mungkin kerana cinta pertama banyak mengajar kita apa itu rindu, apa itu siksa.

“Abang!” tiba-tiba seorang anak kecil menerpa ke arah Faizal. Terpinga-pinga dan tersenyum.

“Lily….” Si ibu memanggil. Faizal segera mendukung anak kecil tersebut.

“Eei, masa abang pergi dulu Lily baru baby sekarang dah besar pun,” Faizal memandang ke arah ibu dan ayahnya. Adik-adiknya yang lain turut ada.

“Abang ni semakin hensemlah. Mesti ada minah salih yang tangkap leleh ni.” Seroja, adiknya yang kedua menegurnya. Ibunya mengulum senyuman, menyerlahkan lesung pipitnya yang hanya diwarisi oleh dia dan adiknya, Lili.

“Hai, Faizal!” Faizal berpaling.

“Eh, kau? Kau Reza?” Reza mengangguk.

“Kau apa khabar?”

“Fine, kau?”

“Aku okay aje. Cuma adik aku aje yang kurang okay.”

“Adik kau? Mana dia?”

“Somewhere in this airport.”

“Reza, aku memang banyak nak cakap dengan kau tapi not today. Family aku dah tunggu ni. Aku pergi dulu. I’ll call you, ok. I!” tanpa sempat Reza berkata apa-apa, Faizal sudah hilang dari pandangan.

“Abang Rez, mana family Faizal.” Muncul Laila dengan tiba-tiba. Reza berpaling.

“Dah balik.”

“Dah balik? Habis Faizal?”

“Balik dengan famili dialah.”

“Ha? Bila dia sampai?”

“Baru aje. Laila pergi mana tadi, lambat sangat?”

“Hmm, Laila jumpa dengan sorang mamat gila. Tengok baju Laila habis basah.”

“Kalau macam tu, jom baliklah.”

“Erm, okay!” Laila berkata lemah.

* * * *

“Laila, aku nak masuk toilet jap. Kau tolong pergi ambil air aku, boleh?” Suhana berkata sambil meletakkan makanannya di atas meja.

“Okay!” Suhana tersenyum dan bergegas menuju ke tandas. Laila segera menuju ke arah tempat menjual air. Perutnya sudah berkerut, minta di isi. Dia membawa air tersebut dengan berhati-hati. Tiba-tiba…. BUB! Air yang dipegang Laila terlepas dan tumpah mengenai bajunya. Dia mengangkat mukanya yang sudah merah padam menahan marah.

“Awak? Awak lagi? Awak tahu tak, saya dah naik fobia ni. Setiap kali bawa air mesti kena langgar, lepas tu tumpah dan orangnya tak lain tak bukan mesti awak. Apa, memang awak akan langgar ke kalau orang bawa air? Dah tak reti nak berhati-hati ke? Habis semua manusia dilanggarnya!” Faizal tergamam.

“Ya, Allah! Perempuan ni rupanya. Apa, dah tak ada perempuan lain ke dalam Malaysia ni? Atau awak ni upah detektif intip saya, ha?”

“Eei, perasannya mamat ni. Macamlah hensem sangat muka dia. Setakat muka macam awak ni, dekat Chow Kit pun berlambak.”

“Ishy, lasernya mulut perempuan ni. Harap muka aje cantik, perangai… ya rabbi. Tuhan sahaja tahu.” Laila mencerlangkan matanya dan berpaling. Terus mengayunkan kaki menuju ke tandas.

“Eh, Laila… kenapa ni?” tanya Suhana setelah bertembung dengan Laila di muka pintu tandas.

“Tak ada apa-apa.” Suhana hanya mengangkat bahu. Tiba-tiba matanya tertacap pada Faizal.

“Faizal? Is that you?” Faizal tersenyum dan mengangguk.

“What a big surprise? Wow, you’ve change a lot! Bertambah-tambah hensem kau sekarang ni yer.” Kata Suhana sambil berjalan menuju ke arah Faizal.

“Kau pun apa kurangnya. Beruntung Reza dapat awek macam kau.”

“Hey, kau tak tahu lagi ke, aku dengan Reza dah broke up.”

“Ye ke? Sorry! Aku betul-betul tak tahu.”

“Tak apa, relakslah. Aku tak marah pun. Lagipun kita orang putus cara baik.”

“Kau datang sorang je ke?”

“Tak lah, dengan Laila.”

“Laila? Mana dia?”

“Dalam toilet. Baju dia basah.”

“Yang kau bertembung depan pintu tu ke?”

“Ha,ah. Kenapa?”

“Macam ni…” Faizal berbisik di telinga Suhana. Suhana menganguk beberapa kali sambil tersenyum.

“Boleh tak?”

“Aku okay aje. Not a big deal!”

“Aku chow dulu. Laila dah keluar tu. Ingat apa yang aku cakap tadi tau!”

“Ingat..” Faizal bergegas keluar dari restoren tersebut. Suhana berpaling ke arah Laila. Laila memandangnya dengan pandangan yang pelik.

“Siapa tu?”

“Kawan lama aku.”

“Kawan lama? Siapa nama dia?”

“Is, Iskandar.”

“Erm, okay. Jomlah makan. Aku dah lapar gila ni.”

“Aku pun..”

* * *

“Assalamualaikum Papa!!!” Laila menerpa ke dalam bilik pejabat Papanya dengan tiba-tiba. Encik Naza hanya tersenyum melihat telatah anak bongsunya itu.

“Waalaikumussalam. Apa hal tiba-tiba aje datang ke ofis Papa ni?”

“Kan Papa dah promise nak lunch dengan Laila hari ni.”

“La… Papa lupalah Laila. Papa dah janji dengan peguam baru nak I bersama,” Encik Naza menepuk dahinya. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

“Come in!” pintu bilik terbuka dan kelihatan seorang pemuda berjalan masuk. Laila tergamam manakala pemuda itu hanya tersenyum.

“Perkenalkan ini anak saya, Laila. Laila, ini peguam baru di firma ayah….”

“Tahu, nama awak Iskandar kan?”

“Laila dah kenal ke dengan Iskandar ni?”

“Kawan lama Sue.”

“Nice knowing you, Miss Laila.”

“No, just Laila,” suara Laila kedengaran agak tegang.

“Okay, Laila.” Faizal mengangkat keningnya.

“Erm, Iskandar do you mind if Laila join us for lunch?” Laila berpaling ke arah ayahnya. Dia menjadi berang dengan tiba-tiba. Mengapa Iskandar yang ditanya? Sepatutnya ayahnya perlu bertanyakan dia. Kini, seolah-olah dia yang ingin mengacau mereka makan.

“Papa tak apalah…”

“Why not? I’m glad to.” Faizal segera memintas percakapan Laila.

“Oh, no. I don’t want to bother you. Papa, next time we lunch together, okay.” Hati Laila benar-benar mendidih. Jika bukan ayahnya yang lupa akan janji itu pasti dia akan melenting. Bersusah payah dia ke situ, terperangkap di dalam kesesakan jalan raya, berpusing berkali-kali di lot parkir kereta untuk mencari ruang kosong dan akhirnya dia terpaksa pulang begitu sahaja. Tiba-tiba tangannya disambar seseorang. Dia segera merentap tangan itu kerana dia tahu siapa empunya tangan.

“Laila, could you please do me a favour?” Faizal berbisik di telinga Laila.

“What?”

“Please… don’t make your daddy feel guilty because of your behavior.”

“What do you mean?”

“Turn around and see your daddy’s face.” Laila segera berpaling. Memang betul seperti yang dikatakan, muka ayahnya kelihatan murung. Dia menjadi serba-salah. Antara ego atau perasaan seorang ayah.

“Okay, I’ll join you all.” Ayahnya mengulum senyuman. Laila membalas dengan senyuman yang hambar.

“Excuse me…Laila, Papa nak pergi bilik air sekejap.” Laila memberhentikan suapannya. Memandang ke arah ayahnya lalu mengangguk.

Menoleh ke arah Iskandar, dan lelaki itu hanya tersenyum ke arahnya. Laila kembali meneruskan suapannya.

“Well, Laila study dekat mana sekarang ni?”

“Saya tak suka bercakap ketika makan.”

“Tu awak bercakap tak apa pulak.”

Laila mendengus perlahan. Mencapai gelas dan meneguk air beberapa kali.

“Ikut kajian tak elok, minum masa makan. Nanti perut kenyang sebab air. Ikut Islam pun tak elok jugak. Sunnah Rasulullah, minum air selepas beberapa minit kita makan.”

Laila meletakkan tangannya di atas meja sambil memandang ke arah Iskandar. “Saya minum air sebab saya nak jawab soalan awak. Saya tak suka jawab masa tengah makan. Takut tercekik. Kan Rasulullah sendiri tak galak bercakap ketika makan.” Laila memulangkan paku buah keras. Faizal terkena. Menyesal pula kerana bertanya, Laila berhenti makan semata-mata kerana dia.

“Sebelum saya sambung makan, biar saya bagi tahu awak. Saya sekarang berada di tahun akhir di UIAM dalam course Business Administration. Okay, puas hati?”

“Laila tak habis makan lagi ke?” Encik Naza muncul dengan tiba-tiba.

“Tak, Laila dah kenyang. Anyway Papa, Laila kena pergi dulu. Ada class.” Laila segera menyaut begnya. Dia lebih rela menipu ayahnya dari bersoal jawab dengan Iskandar. Selera makannya juga sudah terbantut.Padanya, Iskandar adalah seorang lelaki yang cerewet dan banyak tanya.

“Nak Papa hantar?”

“Tak payahlah, cab pun banyak. Laila pergi dulu.” Laila segera menyambut tangan ayahnya lalu diciumnya.

“Dengan saya tak nak bersalam ke? Saya lagi tua daripada awak tau,” Faizal masih sempat mengusik.

“Haram!” kata Laila sebelum berlalu pergi.

* * *

Walaupun mencuba untuk melupa
Namun ku tidak berdaya
Terasa gelisah bila kau tiada
Oh kasihku
Inikah debaran cinta…

Laila berdiri di depan cermin. Dia tersenyum. 2 bulan telah banyak mengubah hidupnya. Lebih-lebih lagi hatinya. Yang dulunya kosong dan sepi kini sudah berpenghuni. Penghuni yang langsung tidak dijangkanya. Seorang pemuda yang sering bertengkar dengannya. Iskandar, lelaki itu.

Lelaki kedua yang mengajarnya apa itu erti cinta, apa itu erti rindu. Ah, dunia ini betul-betul di luar jangkaan. Faizal, sudah berjaya dia lupakan sedikit demi sedikit. Dan malam ini Iskandar telah mengajaknya keluar.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Laila segera membuka pintu biliknya. Kelihatan abangnya berdiri di muka pintu.

“Cukuplah bersolek, Sue dah tunggu kat luar.”

“Sekejap, Laila nak ambil handbag.” Reza hanya mengelengkan kepala. Laila menguntum senyuman ke arah abangnya lalu berlari menuruni tangga. Dia mengucupi tangan ayahnya dan berlari mendapatkan Suhana yang berada di dalam kereta.

“Lamanya kau bersolek, hampir 10 minit tau aku tunggu kau.”

“Aku tertidurlah, sebab tu lambat.” Laila segera mencari helah.

Memang dari dulu lagi, Suhana akan menemaninya setiap kali dia pergi berjumpa Iskandar. Dan Suhana tidak pernah merungut tentang itu.

“Ha, kali ni kau orang nak bertemu kat mana?”

“Atas bukit.”

“Atas bukit? Nak buat apa malam-malam buta ni? Nak kena tangkap basah?” Suhana mencerlangkan matanya.

“Ishy, kau kan ada. Mana boleh kena tangkap basah. Orang tangkap basah bila berdua-duaan, tapi aku bertiga.” Suhana mengelengkan kepalanya.

“Jauh ke bukit tu?”

“Taklah, kau belok kanan, naik atas sikit. Dah pun sampai.”

“Hmm, mana dia tak nampak pun?”

“Entahlah, dia tak cakaplah pulak tempat spesifiknya.”

“Eh, tu ada kereta. Dia la tu kot.”

“Erm, betullah. Aku dah cam kereta dia. Aku pergi dulu. Kau tunggu dalam kereta okay,” Laila segera membuka pintu kereta dan berjalan mendapatkan Iskandar.

“Assalamualaikum, Is,” Faizal menoleh. Laila terpegun. Iskandar kelihatan kacak walaupun hanya dengan memakai kemeja yang disinsing lengan berwarna putih dan seluar slack berwarna coklat. Rambutnya pula walaupun tidak terurus tapi masih kelihatan tampan. Cermin mata yang dipakai menyerlahkan lagi kematangannya.

“Waalaikumussalam.”

“Dah lama sampai?”

“Baru juga, habis kerja Is terus ke sini.”

“Oh, patut pun.”

“Laila ingat tak siapa Faizal?” Laila mengerutkan keningnya.

“Faizal? Faizal mana?”

“Lelaki yang meluahkan perasaannya pada Laila tapi Laila tolak dia.” Hati Laila berdegup kencang dengan tiba-tiba. Terasa sesuatu perkara buruk yang akan berlaku.

“Ya, ingat. Kenapa?”

“Percaya tak kalau Is kata, Is adalah Faizal.” Faizal membuang cermin matanya. Laila tergamam. Baru dia ingat, nama penuh Faizal.

“Ingat tak nama penuh Faizal?”

“Mohd Faizal Iskandar Shah.” Laila berkata antara sedar.

“Well, I’m Iskandar and I’m also Faizal.” Laila tunduk. Dia tidak tahu sama ada dia perlu gembira atau sedih. Gembira mungkin kerana lelaki yang dicintai selama 7 tahun sedang berdiri di depannya dan sedih mungkin kerana lelaki itu jugalah lelaki yang dicintainya selama 2 bulan ini.

“Kenapa tunduk? Takut or sedih? Lelaki yang 7 tahun lepas Laila tolak cintanya, datang kembali untuk membalas dendam.” Laila tersentak.‘Balas dendam’?

“Balas dendam?” Laila berkata perlahan.

“Ya, balas dendam. Is tackle Laila balik sebab Is nak balas dendam. Kan Is pernah kata kat Laila, suatu hari nanti Is akan buat Laila tunduk pada Is. Dan sekarang Is dah berjaya. Buat pengetahuan Laila, Reza, Encik Naza, dan Sue. Semuanya berkomplot dengan Is tapi dia orang tak tahu niat sebenar Is. Dia orang ingat Is masih sukakan Laila. They’re really stupid for thinking that.”

“Enough! Enough Mohd Faizal Iskandar Shah. Okay, dah cukup kau buat aku tersiksa kan? Dah cukup kau balas dendam kan? Just leave me alone! Hubungan kita cukup sampai di sini sahaja.” Laila mengangkat mukanya. Air matanya sudah merembes keluar.

“From this moment, between you and I are over. Nothing! Sekarang kita 0-0. Aku tak berhutang dengan kau dan kau tak berhutang dengan aku.”

Laila segera berlari menuju ke arah kereta. Suhana keluar dari kereta, cuba mendapatkan Laila namun gadis itu terlebih dahulu memasuki kereta di kerusi pemandu dan memandu laju ke jalan raya. Suhana tergamam dengan tindakan drastik Laila. Segera mendapatkan Faizal.

“Faizal! Apa kau dah buat?”

“Apa aku dah buat? Kau tanya aku apa aku dah buat? I did nothing, okay.”

“Kalau kau tak buat apa-apa, habis kenapa Laila jadi macam tu. Faizal, tell me. Tolong, jangan buat muka bodoh kau tu.”

“Aku tak buat apa-apa, aku cuma balas dendam aje.”

“Balas dendam? Balas dendam untuk apa?

“Balas dendam atas ego aku dulu. Dia reject aku mentah-mentah aje dulu. Aku nak buktikan pada dia yang dia kena bayar balik atas apa yang dia pernah lakukan.”

“Faizal, kau dah salah faham..”

“Salah faham?”

“Laila tolak kau dulu bukan sebab dia tak cintakan kau. Dia cintakan kau. She loves you more than anybody else does. Tapi… dia terpaksa korbankan perasaan dia. Dia nak kejar cita-cita dia terlebih dahulu. Masa tu pun aku pun marah kat dia, tapi dia tak cakap apa-apa pun.

“Dia kata dia tak cintakan kau tapi dia tipu. Dia tak mahu kau tahu. Dia mahu kau putus asa. Tapi lepas dia pergi ke Australia, baru dia bagi tahu aku.”

Faizal tergamam. Sememangnya rasa kasih dan sayangnya pada Laila masih menebal dihatinya namun egonya menghalang setiap kali dia teringatkan peristiwa Laila menolaknya dahulu. Dan kini, dia terasa begitu bodoh. Bagaimana dia boleh begitu bodoh menilai cinta Laila.

“Sue, kau tak tipu ke?”

“Tipu? Buat apa aku nak tipu kau? Tak ada faedah pun. Aku ingatkan Laila dah bagi tahu kau sebab tu aku tak bagi tahu.”

“Damn!” Faizal segera berlari memasuki kereta.

“Eh, Faizal jangan tinggal aku kat sini.”

“Masuk cepat!” Faizal bertempik.

Faizal memandu laju ke jalan raya. Muka Suhana pucat, ketakutan.

Tiba-tiba dia berhenti di tepi jalan. Kelihatan sebuah kereta telah melanggar bahu jalan. Kereta bomba dan ambulans turut ada.

“Laila!” Suhana menjerit. Dia kenal kereta itu. Kereta yang dipandu Laila. Kelihatan para jurumedik sedang membawa seseorang memasuki ambulans. Faizal segera berlari ke arah Jurumedik tersebut. Dia tergamam.

Laila! Laila sedang terbaring dengan badan yang berlumuran darah.

“Sue! Kau tolong bagi tahu famili Laila, aku nak naik ambulans ni.” Suhana hanya sempat mengangguk kerana ambulans sudah pun bergerak pergi.

Encik Naza mundar-mandir di depan dewan pembedahan. Faizal hanya tertunduk lesu. Reza pula hanya menunggu dengan hati yang berdebar-debar bersama Suhana. Tiba-tiba pintu yang tertutup selama beberapa jam tadi, terbuka. Kelihatan seorang doktor dan 2 orang jururawat keluar. Encik Naza segera mendapatkan doktor tersebut.

“Maaf, kami dah cuba sedaya upaya…” tanpa sempat Doktor menghabiskan ayatnya Suhana sudahpun menangis.

“Laila….” Encik Naza menundukkan kepala.

“Doktor! Boleh saya jumpa dia?”

“Boleh, tetapi jangan terlalu lama.” Faizal menolak pintu tersebut. Dia berjalan menuju ke arah Laila yang sedang terbaring di atas katil. Menyelak kain untuk melihat wajah Laila.

“Hai, sayang. Awak dah mati. Tak sempat saya nak belanja makan.”

Faizal tersenyum.

“Cukuplah tu Laila, saya tahu awak berlakon. Nak berlakon tapi kantoi. Lain kali control sikit kalau nak bernafas.” Laila membuka matanya. Geram kerana tidak berjaya mempermainkan Faizal.

“Macam mana awak boleh tahu?”

“Laila, Laila… awak dah lupa ke, saya pergi ke U.K ambil course apa?” Laila mengerutkan kening. Kemudian, dia memuncungkan bibirnya.

“Saya bukan Lawyer, saya doktor. Kan saya berkomplot dengan papa awak. Masa atas ambulans saya dah periksa kecederaan awak. Awak hanya patah tulang dan cedera sikit kat perut. Masakan awak boleh mati.”

“Masa awak ‘berjanji’ dengan saya pun boleh periksa saya lagi. Amazing! Saya sendiri tak sedar.” Faizal tersenyum lagi mendengar perkataan ‘janji’ dari Laila.

“Perkara lain saya boleh lupa tapi janji saya tu saya tak akan lupa.” Mereka saling berpandangan. Tersenyum.

“Ehem! ehem!” mereka berdua berpaling.

“Kau orang berdua ni takutkan Papa saja. Nasib baik doktor tu bagi tahu hal sebenar kalau tak erm, papa dah tempah keranda tau tak?”

“Faizal!”

“Ya!”

“Esok, suruh Mak dan ayah kamu datang ke rumah.”

“Ha? Apa maksud papa?”…..

“Laila, saya janji pada awak, lepas awak sembuh saya akan berkahwin dengan awak. Saya akan menyayangi awak seumur hidup saya. Menjaga dan menyintai awak sepenuh jiwa. Saya cintakan awak, Nur Laila Ilyana.”

0 Comments:

Post a Comment

<< Home