Hatiku Milikmu
13 Februari 2003.
Esok 14 Februari, tarikh bahagia buat sekalian pencinta agung di seluruh dunia. Jika esok digelar ‘Hari Kasih Sayang’, hari ini apa pula gelarannya? Bagi aku hari ini adalah hari yang paling memeritkan. Pedih. Pilu.
Hari ini cinta telah pergi dari hidupku setelah tiga tahun kutaburkan baja kasih dan kusiramkan titisan setia. Akhirnya, bunga-bunga cintaku layu dan berguguran menyembah bumi. Mati.
Sepertimana nadiku yang cuma berdenyut tetapi tidak bernyawa. Aku ibarat manusia yang hidup tetapi telah kehilangan roh. Seluruh semangat yang dahulunya meresapi setiap rongga tubuh, bagai tercabut dan berterbangan pergi.
Fahamkah wahai pencinta-pencinta agung di luar sana? Pernahkah kalian melalui episod-episod duka ini dan pulih daripadanya?
Cinta....
Air mata ini bagaikan tidak mahu berhenti dari terus mengalir dan mengalir. Kata orang, air mata adalah senjata wanita, tapi kini senjata sedang memakan tuannya. Aku jadi nanar. Empangan air mataku mungkin sudah pecah dan tidak boleh dibaiki lagi. Seperti juga hatiku yang telah bocor ditusuk jarum perpisahan yang maha perit ini. Aku tidak tahu kenapa aku harus melepaskanmu. Kenapa aku biarkan kau pergi dari hidupku? Walaupun aku tahu betapa kusutnya hidupku tanpamu, mengapa mesti aku relakan ia berlaku?
14 Februari 2003
Sehari selepas kita berpisah....
Dunia hari ini seperti mengejekku. Radio tidak henti-henti mendendangkan lagu-lagu cinta yang kurasakan seperti sengaja menyindir keputusanku. Setiap lagu, tiap bait lirik dan kata semakin ghairah menyiksaku. Melodi yang dialunkan telah memutarkan semula semua kenangan ketika bersamamu.
Kotak fikiranku beroperasi bagaikan sebuah projektor yang ligat memaparkan satu demi satu memori yang dilakonkan oleh kau dan aku. Lantas radio itu kumatikan.
Suasana jadi sepi dan aku tidak rela dibaluti walau sekelumit pun rasa itu. Aku hidupkan televisyen. Ya....! Tayangkan semua filem cinta yang ada.
Siarkan filem-filem cinta terhebat yang pernah dihasilkan itu di semua stesen TV di Malaysia. Ucapkan dialog-dialog yang meruntun jiwa seperti yang pernah aku ucapkan dulu. Lakonkan semula detik-detik kebahagiaan yang pernah aku kecapi. Hidupkannya semula. Ejeklah aku! Ketawakanlah aku sepuas-puasnya.
Cinta....
Bukan aku yang meminta perpisahan ini. Tapi kau yang selalu mendesak aku membuat keputusan. Keputusan apa? Aku memahami keadaanmu. Alasanmu, kau belum mampu untuk menjadikan aku milikmu yang sah. Tidak mengapa....kan sudah kukatakan, aku sanggup menunggumu. Aku akan bersabar. Aku percaya nilai kesabaran akan dibayar dengan kejayaan. Tetapi kenapa kau memaksa aku membuat keputusan? Kenapa kau meminta aku meninggalkanmu? Kenapa kau menyuruh aku beralih kasih pada yang lain? Kenapa? Sedarkah kau bahawa tindakanmu membuatkanku rasa terhina. Sangat terhina.
Aku seolah menagih kasih pada yang tak sudi. Ikhlasnya cintaku seperti tidak bererti bagimu. Kehadiran atau ketiadaanku umpama tidak memberi apa-apa makna dalam hidupmu. Sepertinya, kau tidak pernah menghargai, bahkan tidak menyedari langsung akan ada atau tiadanya aku di sisimu. You just take me for granted. Thank you so much.
13 March 2003
Genap satu bulan perpisahan cintaku yang pertama....
Aku perlu bangkit semula. Kehidupan mesti diteruskan. Ada dan tiada cinta, bukanlah satu-satunya kepentingan dalam hayat ini. Aku mohon kekuatan dari Maha Pencipta. Binakanlah kembali tembok ketabahan hatiku yang telah roboh. Tegakkan semula tiang kesabaranku yang telah patah. Dan bentangkanlah lantai ketenanganku yang pernah retak. Aku perlu meneruskan perjalanan di dalam terowong hidup ini kerana aku percaya di penghujungnya ada nur yang menanti.
Cinta....
Sebulan meninggalkanmu mengajar aku erti rindu. Aku tidak pasti dari mana datangnya sedangkan luka yang kau tinggalkan dulu masih belum sembuh. Aku tidak patut merinduimu kerana pemergianmu dan perpisahan kita adalah atas kerelaanku. Jadi mengapa rasa rindu itu perlu hadir? Aku keliru.
Telah kulakukan segalanya untuk melupakanmu. Tidak ada walau sesaat pun waktuku terbuang begitu saja. Segenap ruang dan masa aku penuhkan dengan pelbagai aktiviti sebagai penghalang dari aku mengingatimu. Aku menjadi satu-satunya manusia yang paling rajin di bumi ini sehinggakan kalau boleh ingin kutambahkan waktu biar melebihi 24 jam supaya kerja-kerjaku berterusan tanpa henti.
Tetapi tiada sesiapa pun dapat menipu teman yang paling akrab iaitu diri sendiri. Mulutku bisa mengucapkan biar seribu ayat menyatakan aku telah melupakanmu. Hakikatnya, hatiku tidak mampu mengungkapkan walau pun satu ayat mengatakan kau telah kulupakan. Aku seakan masih mengharapkan suatu keajaiban akan berlaku di hari-hari mendatang.
Ogos 2003
Enam bulan setelah ketiadaanmu...
Seorang lelaki budiman datang mengetuk pintu hatiku. Sudah puas kukatakan padanya bahawa aku belum bersedia menjalin cinta kedua, tetapi dia seorang lelaki sejati yang tidak kenal putus asa.
Pada mulanya dia hanya kawan yang sudi menadah telinga dan menjadi pendengar yang paling setia. Aku tahu, di kala itu dia juga sedang menurunkan mata kailnya tanpa mengetahui betapa dalamnya lubuk hati yang ingin diduga. Aku simpati. Lalu, dek kerana hanyut dengan layanannya, aku menyambut juga cinta yang dihulurkan.
Cinta....
Seteguh manakah kasih yang dipaterikan atas dasar simpati? Seperti itulah aku dan dia. Dua bulan dia cuba menyemai benih cinta baru, malangnya batas jiwaku tetap kering-kontang. Tidak mahu subur dengan cinta itu.
Aku mohon mengundur diri. Aku tidak mahu dia menjadi mangsa keadaan. Aku belum sembuh sepenuhnya, dan dia tidak akan kujadikan galang-ganti. Dia seorang teman yang baik dan biarlah ia kekal begitu. Aku tidak mahu mengubah nya menjadi sepertimu hanya kerana aku pernah menyintaimu.
1 Januari 2004
Aku masih sendiri. Sepi. Tetapi di tahun baru ini aku tidak mahu lagi dibelenggu kesedihan dan kesepian lalu. Aku mesti berusaha. Everything will be wonderful someday! Aku mempercayainya.
* * * * *
“Cinta...!!”
“Alissa...!!”
Dua pasang mata yang telah lama merindu bertatapan semula. Terpegun.
Terpana. Tiada kata yang dapat menggambarkannya.
“Apa Yus buat kat sini-”
“Apa Lis buat kat sini-“
Kedua-duanya meluahkan kata yang sama bagai menggambarkan perasaan yang tidak pernah berubah.
“Lis dulu....”
“Lis datang untuk derma darah. Yus pulak, buat apa kat sini? Derma darah jugak ke?”
Yusmadi menggeleng. Tetapi Alissa tahu jawapannya apabila terpandang pakaian pesakit yang membaluti tubuh Yusmadi.
“Yus sakit....”
* * * * *
Cinta....
Baru kini ku tahu kenapa kau mendesak aku membuat keputusan dulu. Kenapa kau menyuruhku mencari yang lain dan meninggalkanmu. Inikah jawapannya?
Kau sakit, Yus. Benarlah seperti coretan lirik lagu yang kau dedikasikan buatku...
‘....maafkan aku meninggalkanmu...itu kulakukan kerana cintaku padamu...ku tak sanggup melihat kau tersiksa....’
* * * * *
“Betul ke Lis sanggup nak teruskan hubungan kita? Lis tak takut? Yus nak Lis tinggalkan Yus dulu kerana Yus tak nak susahkan Lis. Yus nak masa depan Lis terjamin dan bukannya hanya membuang masa dengan Yus yang sakit ni. Lis, jatuh dari bangunan tingkat 2 tak sama dengan jatuh dari tingkat 8,” Alissa merenung dan mendalami maksud di sebalik kata-kata Yusmadi.
“Maksud Yus, jika kita teruskan hubungan ini dan berpisah sekali lagi, kecewanya akan bertambah berkali-kali ganda? Lis sedar dan Lis dah tak takut lagi. Ajal dan maut tu kuasa Allah. Setiap penyakit ada ubatnya, Yus. Sabarlah!”
Cinta....
Benarlah kata-kata Dr. Tuah di dalam bukunya, ‘cinta adalah motivasi terbaik manusia. Orang yang tiada perasaan cinta ialah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya.’
Setelah kita jalinkan semula cinta yang terputus dahulu, hidupku kembali bererti. Hatiku lebih tenang dan bahagia. Diriku semakin dekat dengan Pencipta. Ibadahku semakin khusyuk dan doaku makin panjang. Aku sentiasa mendoakanmu. Semoga kau akan menemui penawar sakitmu dan kembali sihat seperti dulu.
Cinta....
Kau juga kulihat semakin tabah dan bersemangat melawan penyakitmu. Kau tidak lagi mengeluh atau meratapi nasib malang ini. Malah kau bersyukur kerana Allah memilihmu untuk diuji.
Mac 2004
Doktor mengesahkan hati ku sesuai untuk didermakan kepadamu. Akulah insan yang paling gembira kerana dapat sama-sama meringankan penderitaanmu.
Allah telah makbulkan doaku. Maha Suci Allah....
* * * * *
“Al-fatihah...”
Selesai membacanya, Yusmadi meraupkan kedua tapak tangan dan menyapu seluruh wajahnya. Air mata yang masih bersisa juga dikesat bersama-sama.
* * * * *
13 Mac 2004
Hari ini adalah hari penyatuan hati kita. Tidak kira sama ada pembedahan ini berjaya atau tidak, Cinta, hatiku kini menjadi milikmu abadi.
Yusmadi melipat warkah ungu dan meyelitkannya di dalam diari Alissa yang ditinggalkan buatnya sebelum dia dijemput Ilahi selepas pembedahan mereka. Aku yang menderita tapi kau yang pergi dulu akhirnya, Alissa. Allah Maha Kuasa....
-T a m a t-

0 Comments:
Post a Comment
<< Home