Badai Di Hati
Jam 3.30 petang, 19 April 2002
Alissa mengelap peluhnya yang berguguran. Bertungkus-lumus dia mengayuh basikalnya. Sebentar tadi, dia berhenti di hadapan kedai runcit kepunyaan Pak Longnya, kemudian dia berhenti pula di bendang sawah.
"Mak, ooo... mak!" laungnya.
Hampir waktu solat Asar, Alissa mengayuh basikalnya menuju ke terataknya. Tudungnya berayun mengikut alunan angin. Mata bundarnya kelihatan resah. Nasib baik dia memakai seluar. Sebelum ke rumahnya, dia singgah sekali lagi di kedai runcit Pak Longnya.
"Pak long, mak Lisa tak ada datang ke?" nafasnya turun naik bertanyakan soalan itu.
"Tak adalah, Lisa. Mak kau merayau lagi ke? Cuba tengok dekat kubur ayah kamu pula," cadang Pak Mail.
Jangkaan Pak Mail tepat. Emaknya sedang menangis teresak-esak di hadapan kubur ayahnya.
"Mak, mari kita balik. Nak Asar ni," pujuk Alissa sambil menarik lembut lengan emaknya.
"Tak mau!" jerit Mak Piah.
"Mak, mak marah Lisa ke?" tanya Alissa lembut.
"Memang mak marah! Penat-penat mak cari peluang untuk kahwinkan kau dengan Leman, kau pergi tolak Leman tu senyap-senyap," jerit emak lagi. Kecil hati Alissa.
"Mak sudahlah. Lisa dah balik nak tolong mak selesaikan hutang Harun," pujuk Alissa lembut.
"Ah, sudah! Aku boleh selesaikan sendiri. Kau balik saja KL, lagi senang hati aku!" herdik Mak Piah. Terguris hati Alissa. Bukan sengaja dia menolak pinangan itu. Ketika itu, dia baru hendak melanjutkan pelajarannya. Tambahan pula, dia masih sayangkan Faiz, teman sepermainannya dahulu. Dengar khabar, Faiz sudah melanjutkan pelajaran ke Jordan.
Malam itu, Alissa masak ikan tenggiri dengan daging kicap sahaja kerana hanya dia dan Aliya sahaja yang akan bermalam di situ. Emaknya bermalam di rumah Mak Senah, isteri Pak Long.
Selepas sembahyang Subuh Alissa mula berkemas kerana dia akan pulang ke KL petang itu. Dia menerima pelawaan Leman untuk meredakan keadaan dingin di antara emaknya.
Leman tersenyum melihat Alissa. Alissa membalas senyumannya acuh tidak acuh. Leman berasa serba salah. Perubahan air muka Leman membuat Alissa juga serba salah.
"Apa kata kita pergi shopping kompleks dulu," cadang Alissa. Leman tersenyum senang.
Leman kelihatan tercungap-cungap mendapatkan Alissa.
"Maaaflah, parking full tadi," jelas Leman. Alissa yang melihat jadi serba salah.
"It’s ok," jawab Alissa ceria.
"Jom kita pergi bookshop," ujar Leman. Alissa mengangguk. Leman terlalu baik dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
Alissa terpaksa berlari untuk mendapatkan bas kerana kesesakan lalu lintas.
Mei, 2003
Gadis berumur 23 tahun itu kelihatan resah menunggu.
"Hai, Lisa," sapa Faiz. Alissa tersenyum. Dia gugup.
"You nampak lagi kacak sekarang," puji Alissa.
"Oh, terima kasih."
Kelihatan seorang wanita ayu bertudung labuh menuju ke arah mereka.
"This is my fiancee, Salimah," ucap Faiz. Hati Alissa retak seribu. Kalau bukan kerana Faiz, mungkin dia telah bergelar isteri kepada Leman. Mungkin juga emaknya tidak akan menghalaunya.
"I think I better go," ucap Alissa lalu berlalu pergi.
Jun, 2003
Faiz dan Salimah sah bergelar suami isteri.
Alissa duduk di suatu sudut terpencil.
"Lisa," kedengaran halus suara Leman. Leman kelihatan bersemangat. Alissa ingin menangis ketika itu.
"Mak Piah beritahu Leman, Lisa sayang Faiz," beritahu Leman sebal.
" Leman tahu Leman tak boleh paksa Lisa tapi jumpalah mak dekat kampung. Mak Piah rindu Lisa," beritahunya.
Alissa memeluk Leman secara tiba-tiba, kemudian dia menangis teresak-esak. Leman tersentak. Alissa terharu dan malu. Malu kerana meninggalkan Leman dan malu dengan perbuatannya tadi.
Mak Piah memeluk Alissa seeerat-eratnya apabila Alissa berdiri di hadapannya.
"Mak tak kisah dah kamu nak kahwin dengan siapa," beritahu emaknya.
Leman mula mengatur langkah. Alissa yang sedar dengan kelakuan Leman menjerit, "Leman, jangan pergi! Lisa sayang sangat dekat Leman."
Dia berlari mendapatkan Leman dan disambut oleh rangkulan erat Leman.
Kedua-duanya terkejut. Namun cepat-cepat kedua-duanya mengukir senyuman.
"Kalau dah berkenan sangat, panggil aje tok imam," usik emaknya. Leman tersenyum nakal. Pipi Alissa merona merah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home