Copy Is Right

Wednesday, July 19, 2006

Aku Dan Identitiku

Dilahirkan sebegini memang bukan pintaku. Aku hanya pasrah kerana dilahirkan begini. Namun, kepasrahanku sering diuji dengan cacian dan hinaan manusia. Dah lumrah dunia sebegini. Aku redha dengan ketentuanmu Tuhan. Namun, aku tetap berdoa agar ujian yang hadir darimu agar diringankan sedikit.

"Yan... hari ni sihat ke?" Tanya Wan teman sebiliknya.

"Aku takde masalah Wan. Kenapa kau tanya macam tu..?" Balasnya.

"Bukanlah.. Aku tengok kau lately asyik murung aje. Ada masalah? Aku bukan semalam kenal kau Yan. Kita dah hampir tiga tahun duduk sebilik ni.

“Kalau aku ada masalah, kau tempat aku mengadu. Begitu juga sebaliknya Yan. Aku tahu kau memang ada masalah ni. Aku tengok reaction shot kau aku dah tau. Cerita kat aku Yan," pujuk Wan.

"Takde apa-apa Wan. Masalah aku tetap sama. Yang itu jugak. Aku tau niat baik kau. Tapi kau hanya dapat menambahkan simpati kau. Bukannya mengurangkan kesedihan aku ni," balasnya dengan nada yang cukup sedih.

"Aku faham Yan. Setiap kejadian Tuhan tu ada hikmah dan keistimewaannya. Aku tau engkau. Aku kenal kau. Walaupun kejadian fizikal kau kurang, tetapi naluri dan hati kau cukup istimewa. Dahlah.. aku risau tengok kau macam ni. Exam tinggal sebulan aja.

”Baik kau lupakan masalah kau dengan bercakap dengan aku ni. Mana Yan yang aku kenal. Yang becok dan kepoh... Dah tiga hari kau macam ni. Aku pun dah jadi macam kau ni. Murung aja. Aku rindu kau yang dulu," pujuk Wan lagi.

"Kau memang best Wan. Kau pandai ambik hati aku. Okaylah.. Malam nanti aku nak gi library, ko nak pi jugak ke...?" Tanya Yan.

"Mestilah. Kitakan best student kat sini. Mana boleh lupakan jasa baik library," balas Wan.

Yan kembali di pembaringannya. Dia kembali mengingati masalah yang dia hadapi selama ini. Tinggal beberapa hari saja lagi dia menetap di kolej ni. Dia akan cuba mengatasi masalahnya.

"Woi.. Bangun.. Dah senja ni. Kejap lagi masuk waktu maghrib. Cepat sikit siap. Kita pegi makan lepas sembahyang maghrib. Dah pegi mandi," jerit Wan.

"Yelah pakcik oi.. Membebel pulak..Dah lama ke aku tidur..? Tak sadar plak aku," balas Yan yang tidak sedar dia tertidur.

Selesai mengerjakan solat Maghrib, mereka bersiap untuk ke library. Suasana malam yang sunyi itu cukup menyamankan. Cukup sesuai untuk studi.

"Alamak, pasangan kekasih sedang menjamu selera di sini. Sehati dan sejiwalah korang nih. Yan, bila kau dah clash ngan Wan, kau call aku eh.. Dah lama aku idamkan kau. Patutlah kau reject aku, kau ada affair dengan roomate sendiri rupanya."

Yan menghalang Wan dari melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Yan memberi isyarat supaya diam dan jangan melakukan apa-apa kerana dia berpendapat bahawa berdiam adalah jalan yang terbaik.

"Hai sayang. Dah nak balik? Tak takut ke jalan dengan Wan? Nanti kalau apa-apa yang terjadi, Wan tak boleh nak tolong punya," tegur satu suara yang cukup membingitkan. Yan hanya diam dan memberikan senyuman sahaja.

Setibanya di bilik, Wan marah marah dengan tingkah laku Yan yang hanya berdiam diri dan membiarkan dirinya dipermainkan.

"Kenapa kau biarkan si Zainal dengan Hakim mempermainkan kau. Kalau aku jadi kau, aku sepak-sepak muka dia. Mulut takde insurans. Aku yang bingit dengar diorang buat kau macam tu. Nasib baik tak aku yang jadi kau. Kalau tak, dah lama mengucap dah. Dia ingat orang takde maruah agaknya. Kurang hajar betul setan tu," marah Wan.

"Alah Wan, makin dilawan, makin menjadi diorang tu. Dia orang sendiri yang tak tau malu. Mengaku macam tu. Aku yang jijik. Dahlah... Baik kau pegi ambik air sembahyang. Isyak dah lama dah ni. Jom sembahyang sekali," balas Yan.

Malam tu mereka studi sambil bergurau senda. Almaklumlah.. Best student. Study smart, not hard.

Sebulan dah berlalu. Dan tiba pula final exam. Yan dan Wan pulang dengan muka yang gembira setelah habis setiap kertas yang mereka duduk. Hanya tunggu keputusan sahaja.

"Yan.. aku harap, kita taklah lost contact. Kita dah habis exam ni. Nanti bila dah kerja, kau jangan lupakan aku pulak okay..," dengan nada sedih Wan berbicara.

"Yelah Wan, aku pun harap macam tu," balas Yan.

"Aku pergi dulu Yan. Kau kalau ada masalah, jangan lupa call aku. Lagi pun kalau nak jumpa bukannya jauh. Aku kat Kota Tinggi, kau kat Pontian. Boleh jumpa kat JB," tambah Wan lagi.

"Yelah Wan. Nanti kalau kau kawin, kau jangan lupa jemput aku pulak. Aku mesti pergi rumah kau," Yan menambah.

***

Lima tahun sudah berlalu. Wan sudahpun mendirikan rumah tangga dan mempunyai kerjaya yang baik. Dan Yan juga begitu. Dia kini menjadi seorang Eksekutif Akaun di sebuah syarikat di Johor Bahru. Dia cukup berbangga dengan apa yang dikecapinya kini.

"Hai.. Dah lama duduk sini Yan," sapa Wan tiba- tiba.

" Eh...Wan, kau buat apa kat JB nih..? Wife kau mana..?" Tanya Yan.

"Aku ada business kat sini. Biasalah. Wife aku kat rumah. Dia kirim salam kat kau. Kau macam mana sekarang? Aku tengok makin kurus. Dah lima tahun tak jumpa. Kau kat JB, aku kat KL. Susah nak jumpa. Raya pun aku balik kejap je," balas Wan.

"Biasalah Wan. Kerja macam aku ni. Penat tau. Asyik balik malam je. Makan pun tak tentu. Hari ni kau memang beruntung sebab selalunya, orang nak jumpa aku kena buat appointment. Aku senang sikit hari ni," jawab Yan.

" Hm.. Yelah. Bila kau nak apply CPA kau. Rugi tau kalau kau takde CPA. Gaji susah nak naik," tanya Wan lagi.

"Aku tengah applylah ni. Aku ni tengah interview orang, department aku nak pakai orang. Ni yang aku pening ni. Macam-macamlah. Aku paling malas nak interview orang kau tau. Bosan beb," jawab Yan.

"Biasalah Yan.. Aku lapar ni. Kau tak nak makan ke? Aku belanja," tanya Wan.

"Aku dah order," balas Yan.

Tiba- tiba......

"Alamak, kekasih lama dah jumpa baliklah. Patutlah dia nak tak nak aja bila aku call dia. Orang dah kawin pun dia tak kisah. Nak lagi. Aku ni masih lagi solo dia reject Sham. Aku nak kata hodoh, hensem aku dari Wan tu. Nak kata macho, aku lagi macho. Kuat betul cinta diorang tu. Sejak dari ITM kau tau. Fuyyoo.. mantap beb. Siap kenalkan kat isteri lagi tu," Hakim mengembalikan kisah lama Yan.

"Hei.. Hakim. Kau ni nak apa sebenarnya. Kau ni tak serik- serik lagi eh. Insaflah Hakim oi..Awak tu bukan muda lagi. Tak malu ke?" Marah Wan.

"Aku bukan apa Wan. Aku jeles tengok kau dengan Yan. Aku dari ITM lagi suka kat dia. Tapi last-last, kau yang dapat dia. Aku tak pahamlah. Apa yang ada dengan kau," balas Hakim menyinga.

"Kau nak tau Hakim. Sebab Wan ni bukannya binatang macam kau. And for your information, aku ngan Wan ni just friends. Tak lebih dari tu," balas Yan yang menahan kemarahan.

"Well..well..well.. At last.. Janganlah marah sayang. Aku tau kau hidup selama ni pun dengan sponsorship yang kau dapat dari Wan. Sebab tu pakaian yang kau pakai ni pun branded. Kereta yang kau pakai tu pun duit Wankan. Bukan aku tak tahu. Dari dulu sampai sekarang kau hidup bergantung dengan Wan. Almaklumlah sugar daddy kau," fitnah Hakim.

"Untuk pengetahuan kau Hakim Iskandar, aku punya kerjaya sendiri dan semua barang aku adalah hasil titik peluh aku sendiri. Yang kau fitnah aku macam tu kenapa? Kau ni memang busuklah Hakim," balas Yan.

"Dahlah Yan, kau jangan layan orang macam tu. Makin menjadi-jadi dia," Wan memujuk.

"Sham.. Kau tengok tu. Betul tak cakap aku. Diorang ada affair. Nampak tak tu," Hakim seakan menjerit. Yan dan Wan hanya melepaskan keluhan sahaja. Mereka membiarkan sahaja apa yang dicakapkan Hakim.

****

"Encik Shah, ni application form. Diorang ada kat luar sekarang ni," beritahu setiausahanya.

"Terima kasih Shidah. Awak panggil diorang in ten minutes time. I nak kemas meja ni dulu. Okay," balas Yan.

"Hakim Iskandar. Sila masuk," panggil Shidah.

"Terima kasih," jawab Hakim.

"Encik, ini applicant kita yang last. Encik Hakim sila duduk," beritahu Shidah lagi.

Sebaik sahaja Hakim duduk, dia seakan terkejut bila terpandang wajah yang sering dia hina. Orang yang selama ini dia caci menjadi orang yang akan menemuduganya. Dia seakan hendak pitam.

"Apa khabar Encik Hakim?" tanya Yan.

"Baik Encik," jawab Hakim.

"Baiklah. Boleh anda ceritakan mengenai diri anda pada saya," beritahu Yan sambil menyemak butir- butir peribadi Hakim dan sijil-sijil yang disertakannya.

"Okay Hakim. Sebentar lagi saya akan berikan anda ujian bertulis dan anda dikehendaki menyiapkannya dalam masa 20 minit. Semuanya ada 50 soalan. Dan awak boleh duduk di sebelah sana. Shidah, bawa soalan untuk ujian bertulis," arah Yan.

"Terima kasih Encik," balas Hakim.

Dua bulan telah berlalu dan Hakim dipanggil kembali untuk sesi temuduga yang kedua.

"Baik Encik Hakim. Saya ingin mengucapkan tahniah kerana berjaya menjadi ahli keluarga kami dan Encik Hakim boleh memulakan tugas Encik pada Isnin ini. Dan kami akan bayar gaji Encik Hakim sebanyak RM1,300. Dah nanti, Shidah akan tunjukkan tempat duduk Encik Hakim dan surat perjanjiannya nanti. Shidah, ambil alih tugas saya ni. Awak bawa Encik Hakim ke tempatnya," beritahu Yan.

"Terima kasih Encik," beritahu Hakim.

"Saya ambil awak bekerja berdasarkan kebolehan awak dan pencapaian yang awak tunjukkan dalam ujian bertulis tersebut. Saya tiada hak untuk menolak awak mentah-mentah kerana masalah peribadi saya dengan awak. Lepas ni saya nak awak bertaubat dan berjanji dengan diri awak sendiri supaya tidak mengulangi perbuatan awak yang dulu.

"Bukan itu sahaja, saya mahu awak jaga tingkah laku awak kerana mulai Isnin ini, saya adalah bos awak. Dan sekiranya awak melanggar perintah dan arahan saya, awak akan digugurkan dari syarikat ni. Faham," terang Yan panjang lebar.

"Faham encik. Saya pergi dulu," balas Hakim.

Semenjak dari itu, Hakim tidak lagi mengejek dan mencaci Yan kerana dia malu pada dirinya sendiri kerana dia sekarang menjadi orang bawahan Yan.

Dan yang lebih memalukan lagi bila dia mendapat tahu gaji Yan empat kali ganda dari gajinya. Sejak itu, apabila ada orang yang cuba mencemuh kaum yang seperti Yan, dia tidak teragak- agak untuk mempertahankan mereka seperti mana yang dilakukan Wan dahulu.

Dia mulai menginsafi atas apa yang dilakukannya dulu. Dan Yan,seperti biasa menjalani kehidupan yang tetap sama. Tetapi dia bersyukur kerana dilahirkan begitu dan mempunyai keistimewaannya tersendiri yang tiada pada orang lain.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home