Copy Is Right

Wednesday, July 19, 2006

Episod Cinta ANNYSS AMYLIEA

"Aku cintakan kau Amy. Sudikah kau menjadi kekasih aku?" Dia melutut di hadapan aku dan menghulurkan sekuntum bunga mawar merah. Aku tidak menyangka dia sanggup melakukan perbuatan seperti ini di hadapan semua pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sedang menjamu selera. Sebelum ini dia hanya mengusikku sahaja, tak sangka pula sampai macam ni sekali.

Semua pelajar yang sedang menjamu selera sedang memandang ke arah kami. Ada yang bersorak dan ada juga sesetengah pelajar yang memandang jijik melihat adegan yang sedang berlaku.

Aku terasa seperti minyak panas menyimbah ke mukaku. Pipiku menjadi kemerah-merahan menahan malu. Aku tergamam dan tidak dapat berkata-kata.

Aku yang sedang bertugas di kantin menjadi gelisah takut-takut dilihat oleh ketua pengawas. Dia masih melutut dan menghulurkan sekuntum mawar merah kepadaku. Aku tidak tahu apa yang aku harus lakukan. Aku cuba untuk berlagak tenang.

"Haris, boleh tak kita bincangkan perkara ni lain kali? Aku tengah bertugas ni."

"Tidak Amy. Aku nak kau beri keputusannya sekarang juga. Aku nak kau menjadi kekasih aku, Amy."

Dia masih melutut dan menghulurkan sekuntum bunga mawar merah kepadaku. Aku berasa kasihan melihatnya. Aku manyambut huluran bunganya. Dia bangun dan berdiri tegak di hadapan ku.

Aku turut terasa deruan nafasnya yang membuatku terasa ingin melafazkannya secepat mungkin agar dia tidak berasa gelisah. Aku tersenyum memandangnya. Dia membalas senyumanku.

"Kita bincang perkara ni kejap lagi yer," kataku.

"Tidak Amy, sekarang jugak kau beritahu aku keputusan kau."

"Haris.." jerit kecilku." Kalau betul kau suka kat aku, kejap lagi kita bincang."

"Baiklah, aku tunggu kau lepas rehat."

Dia mengukirkan senyumannya yang manis. Kelihatan lesung pipitnya di kedua-dua belah pipinya.

"Tak bolehlah Haris... waktu balik ok?"

"Tapi lambat sangatlah Amy."

"Takkan tak boleh tunggu kot."

Tiada lagi senyuman di bibirnya. Mungkin kecewa dengan jawapan yang aku berikan.

"Baiklah, lepas sekolah..dekat kantin." Akhirnya dia mengalah.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah berakhir. Dia berlalu pergi. Sebelum itu, sempat lagi dia mengukirkan senyuman kepadaku. Aku membalas senyumannya. Kawan-kawan aku mula bertanya macam-macam tentang adegan yang berlaku sebentar tadi. Aku hanya diam dan tersenyum. Tiada apa yang harus kukatakan.

Semenjak kakiku melangkah ke dalam kelas, aku menjadi tidak keruan. Aku tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Nasib baiklah tiada guru yang menyoalku, kalau tidak pasti aku akan berdiri di luar sepanjang hari.

Aku gelisah memikirkan jawapan yang harus ku berikan kepada Haris. Samada setuju ataupun tidak. Aku terkejut semasa loceng berbunyi. Aku melihat jam di pergelangan tanganku. Sudah pukul 1.10 petang. Ramai pelajar telah meninggalkan kelas masing-masing.

Aku mengajak Shirah untuk menemaniku berjumpa dengan Haris. Dia bersetuju. Shirah ialah kawan baikku di sekolah selain Zack. Aku melangkah longlai menuju ke kantin. Shirah sudah jauh ke hadapan meninggalkan ku di belakang.

"Cepatlah Amy, aku ada kelas Biologi pukul 2.00 karang."

Aku mempercepatkan langkahku. Kelihatan kelibat Haris yang sedang menungguku di kantin.Dia kelihatan gelisah. Haris mengukirkan senyuman kepada aku. Aku membalas senyumannya. Kini, aku berdiri dihadapannya.

******

"Nak makan?” kataku. Amy hanya menggeleng.

"Minum??"

"Tak pelah, tak nak."

"Aku nak milo ais,” Shirah menyampuk.

"Shirah!" aku memarahinya.

"Aku hauslah." Shirah ni memang terkenal dengan perangainya yang sporting dan gila-gila.

"Awak tak nak minum ker?" Dia masih meminta kepastian aku. Aku menggeleng.

Dia pergi ke kaunter untuk membeli air. Selepas beberapa minit, dia kembali dengan membawa 3 bungkus milo ais. Sebungkus dihulurkan kepada Shirah dan sebungkus lagi dihulurkan kepadaku.

"Tak nak, " kataku.

"Ambiklah. Nanti mati kehausan siapa yang susah? Abang jugak yang susah," kata Haris.

Aku tergelak kecil mendengar kata-katanya. Terasa terhibur apabila berada di sampingnya. Dia menunjukkan mimik muka yang kasihan.

"Minum ye!" katanya. Dia menghulurkan milo ais kepadaku. Aku menyambut hulurannya.

"Terima kasih," kataku.

"Kasihmu ku terima," Haris berkata perlahan.

"Shirah, boleh tak aku cakap ngan Amy jap?" kata Haris.

"Boleh, no problem. Lagipun aku nak pergi kelas Biologi ni. Oklah, aku pergi dulu."

Shirah melangkah pergi. Kini hanya tinggal aku dan Haris sahaja. Aku hanya menunggu dia untuk berkata-kata.

"Amy, apa keputusan kau?" Haris memulakan perbualan.

"Keputusan apa?" Aku buat-buat tidak tahu.

"Aku sukakan kau. Sejak kali pertama aku tengok kau aku terus jatuh cinta kat kau, Amy. Kalau aku tak dapat tengok kau, aku jadi tak keruan Amy," kata Haris.

Alangkah bagusnya kalau Zack yang mengungkapkan kata-kata tersebut.Tapi apakan daya, hanya aku seorang yang bertepuk sebelah tangan. Sedangkan Zack hanya menganggap aku tidak lebih dari seorang kawan baik sahaja.

"Kau suka kat aku tak? Sudikah kau jadi kekasih aku?" kata Haris.

Dia masih menunggu keputusanku. Aku mengangguk setuju. Dia tersenyum seakan memahami jawapanku.

"Betul ker?" Haris menyoalku sekali lagi.

"Betul. Awak ni, sudi ke jadi pakwe saya?" aku berkata kepadanya.

Dia menjerit keriangan.

"Baiklah. Mulai saat ini, iaitu pada 10 Mei 2004, hari Selasa, pukul 2.03 minit petang, awak telah menjadi kekasih saya yang sah."

Aku tergelak kecil mendengar kata-katanya. Kini, aku dan dia telah menjadi pasangan kekasih yang bahagia. Kami berjalan seiringan meninggalkan kantin. Haris menghantarku pulang sehingga ke rumah. Aku menjemputnya masuk, tetapi dia menolak. Alasannya, banyak kerja sekolah yang harus dibuat.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik, aku terus mencapai gagang telefon untuk menelefon Zack. Orang pertama yang harus aku beritahu mengenai kisah cinta aku dan Haris ialah Zack. Aku mencapai gagang dan mendail nombor telefon Zack.

"Hello, Zack ada?"

"Sebentar yer."

"Hello."

"Zack, ni Amy lah."

"Erm Amy, apahal?"

”Aku nak bagitau kau ni, aku dah couple ngan Haris."

"Hah! Eh.. bila?"

"Baru jer, pukul 2.03 minit tadi."

"Erm.. tahniah! Aku dah tak boleh ngorat kau lagi lahkan.Yelah siapalah aku ni nak dibandingkan dengan Haris. Haris tu handsome.. aku ni bukannya handsome sangat."

"Hek eleh.. sejak bila kau jadi sensitif ni hah. Kau pun handsome apa. Kau jauh lebih handsome daripada Haris. Kau pun baik gak. Lagipun, bagi aku handsome ker tak handsome ker belakang kira."

"Alah Amy, aku sensitif pun dengan kau. Dengan orang lain aku tak. Aku takut nanti aku jadi orang kedua bagi kau."

"Kau jangan risau, kau tetap orang yang pertama bagi aku. Petang ni kau datang rumah aku yeh."

"Pukul berapa?"

"Macam selalulah. Aku nak tanya pasal subject Kimia. Kita studi sama-samalah."

"Ok, no problem. Bye Amy."

"Bye.."

Kalaulah kau tahu bahawa aku sangat mancintaimu Amy. Aku pasti akan membahagiakan kau, Amy. Zack berkata sendirian. Hancur luluh hatinya apabila mendapat tahu Amy sudah menjadi kekasih orang.

Dia amat menyesal kerana tidak meluahkan rasa cintanya kepada Amyliea. Dia semakin pasti yang cintanya terhadap Amyliea tidak akan kesampaian. Amy pula menganggap Zack tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya. Kini, hanya jodoh yang akan menentukannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home