CharmedX
Aku hanya memandang Baby dan Azie berjalan-jalan di tepi pantai. Dari beranda chalet kami, aku masih dapat melihat perbualan mereka agak serius dan kadang kala ketawa sambil bertepuk tampar. Aku tersenyum seorang diri melihat telatah dua orang sahabatku bergurau senda.
Ini merupakan percutian kami yang pertama. Aku sudah lama mengenali Baby lebih kurang empat tahun melalui dunia siber. Tetapi perkenalanku dengan Azie hanya berlaku lebih kurang dua minggu sebelum kami mengambil keputusan untuk bercuti bersama-sama.
Tiba-tiba aku lihat mereka berdua hilang entah ke mana. Telefon Baby berdering berpuluh kali. Pada mulanya aku tidak endahkan sangat, tetapi nombor yang sama kerap berulang aku berpendapat berkemungkinan ianya penting.
Aku mengenakan seliparku dan menuruni anak tangga menuju ke arah pantai. Puas aku mencari ke mana arah pergerakan mereka. Hari makin gelap, matahari mula hendak terbenam. Saat yang indah pasti tidak akan aku lepaskan untuk melihat cahaya jingga yang berkilauan di permukaan pantai.
Aku mencari-cari di manakah tapak kaki mereka berdua. Akhirnya aku berjumpa dua tubuh yang terbujur baring mengadap langit yang hampir gelap. Aku tersenyum, berlari aku mendapatkan mereka berdua. Azie tersenyum sambil mentertawakan aku.
“Orang dah lama tunggu dia, tu lah apsal tidur,” perli Baby kepadaku.
“Entah… baru sampai dah membuta, puas aku call handphone kau, hampeh… tak berangkat” sambung Azie sambil memberi ruang tengah kepadaku untuk berbaring sama.
“Letihlah… KL sampai Desaru, mana pernah aku sampai Johor,” aku mula berbicara.
“Eleh… Azie, penat dia kata… bukannya dia drive pun membuta kat belakang… berdengkur lagi ada… tension aja kitorang tadi tau,” Baby seakan marah apabila aku memberikan alasan yang tidak munasabah.
“A`ah… pantang berhenti jaga, kereta gerak mata diapun pejam balik,” Azie mencelah sambil memukul tanganku.
“Eh… aku lupa, handphone kau berpuluh kali bunyi, hampeh betul… dah tu volume dia punyalah kuat,” aku menghulurkan telefon kepada Baby.
“Biarkan aja lain kali… malas aku nak bawa tadi,” kata Baby menambah.
“Baringlah… yang kau tercegat duduk tu kenapa… tengok langit sambil berbaring… best, bukan selalu dapat tengok langit,” kata Azie yang merupakan penuntut di UPSI dan bakal bergelar guru tahun hadapan.
Pada mulanya aku agak sukar menerima Azie, bukan kerana perangai atau lakunya. Tetapi profesionnya kelak iaitu guru. Memandangkan dia sahabat Baby dan aku adalah sahabat Baby juga, maka pengecualian kepadanya seorang dibenarkan seumur hidup.
Aku merebahkan diriku di pasir pantai, sambil mendengar deruan ombak. Aku lihat Azie bangun dan menuju ke pantai untuk bermandi manda. Sememangnya kami menyesal memilih Desaru sebagai destinasi percutian yang pada mulanya ingin pergi ke Pulau Tioman. Entah mengapa, kami berpaling arah dan bersetuju untuk ke Desaru sahaja.
Aku terleka seketika memandang langit yang luas terbentang. Rasanya seperti semua masalahku hilang dan kembali ke langit yang terbentang hebat keindahannya.
“Cantikkan… kat KL dulu, aku tak perasan langit ini cantik pula,” kata Baby seolah-olah cuba memperliku.
“Iyalah…” kataku lemah.
“Kitorang berdua dah lama tengok langit dah dekat dua jam dah… kau tunggu sini, kitorang nak mandi kejap,” kata Baby sambil memandang ke arah Azie yang terjerit-jerit memanggil namanya dari tadi.
Aku hanya perhatikan Baby dan Azie, mandi seperti budak kecil. Tak ubah seperti ikan duyung naik ke pantai. Mungkin sebab air dah pasang, ombak agak besar dan kuat. Hampir setengah jam kemudian, air laut naik dan sampai ke arah tempat pembaringan aku tadi.
“Kau tengok Yana, ombak ini sepak kitorang sampai sini gamaknya,” kata Baby tergelak besar melihat aku terkedek-kedek bangun apabila kakiku mula terasa dicecah oleh air.
“Hak… hak… hak… mandi kat sini tak bestlah, asyik mandi kat tepi pantai aja… tengok takat lututpun tak sampai,” Azie melafazkan rasa tidak puas hatinya.
“Dahlah… jom naik, dah nak maghrib dah ini. Orang kata time camni setan banyak lalu lalan,g” aku cuba menakut-nakutkan mereka berdua.
“Alah… mak aku bilang, kalau anak dara baring tanpa bumbung, dia sebenarnya dah kena ehem-ehem ngan setan,” kata Baby melawak.
“Oh… maknanya kita bertiga dah di ehem-ehemkanlah ya… aku kena kejap aja… koranglah lama dua jam baring tengok langit,” kataku serius sambil memandang mereka berdua.
Apa lagi tergelaklah kami…
“Tak baik tau korang cakap macam tu, tahyul aja tu…” tambah Azie yang agak sofisikated berbanding dengan kami berdua. Walau apapun perangai dan sifat kami yang agak gila-gila dan sedikit berbeza, erti persahabatan hanya mempunyai satu maksud dan definasi.
Tiba-tiba pandangan Baby dan Azie buat aku tersedar. Kehadiran kami di Desaru ini bukan untuk termenung seperti yang aku lakukan. Aku ke sini untuk menenangkan fikiranku.
Zamri pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal untukku. Seminggu sebelum pemergianku ke Desaru, aku sebenarnya mendapat berita mengenai perkahwinan Zamri dengan kekasihnya yang lalu. Dan aku, hanya tempat persinggahan untuknya berteduh sementara kekasihnya menamatkan pengajian dan menjadi guru hari ini.
Walaupun aku cuba tersenyum pada Baby dan Azie, ternyata itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaan aku pada lelaki. Lima tahun bercinta dan aku ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang kata putus. Entah kenapa sakitnya bila lelaki yang kita cintai musnahkan impian kecil wanita seperti aku.
“Maaf ayang… abang dah kahwin dengan Naz…! Itu adalah pilihan mama,” katanya mengakhiri perbualan sehari sebelum aku ke Desaru.
Saat ini aku sudah mula mengenali lelaki. Sepanjang lima tahun perkenalan kami, dia langsung tidak mempelawa aku ke rumahnya di waktu hari raya… dan aku baru perasan mengenainya. Sepanjang perkenalan kami, dia tidak memberitahu aku ini kekasihnya kepada mamanya dan aku hanya perasan bila ianya berlaku.
Lelaki yang tidak pernah mengajak aku keluar berdating dan menghargaiku itulah pilihan hatiku dahulu dan kini aku menyesal kerana memberikan seluruh kepercayaan kepadanya… dan kini aku tahu perkenalan kami tidak ubah seperti perempuan simpanannya.
“Terimalah takdir kamu seadanya… dan jangan ganggu hubby aku lagi,” itulah kata-kata yang aku terima dari Naz. Kalau sungguh aku tahu dia sudah bertunang lima tahun yang lalu, pasti aku tidak akan jatuh cinta kepadanya.
“Oitt…! Jomlah mandi… kita simbah air kat dia Azie… hahahahaha...” kata dan jeritan gembira dari Baby buat aku terjaga dari lamunan yang singkat tetapi cukup buat aku menderita semula.
“Jangan macam ini… suatu hari nanti, pasti ada lelaki yang hargai kita sebagai seorang perempuan. Lelaki yang tidak mengikis duit perempuan. Lelaki yang tidak menipu dan bercinta lama dengan kita. Lelaki yang akan bawa kau melancong seluruh Malaysia sampai kau lebam dan tak nak pergi lagi. Lelaki yang terpaksa membawa kami berdua melancong bersama-sama… hikhikhikhik… dan kalau boyfriend kau tak nak kasi kami pergi… huhuhu kami iku belakang kereta kau… hahahahaha...” kata Azie sambil membuatkan aku tersenyum kembali.
“Kita tarik dia Azie… hahahaha...” kata-kata Baby membuatkan aku tidak sempat hendak lari dan menyelamatkan diri. Akhirnya kami mandi di waktu senja. Dan agak seronok bila tidak ada panggilan dari mak untuk memaksa kita balik ke rumah.
“Korang ini jahat tau…!” kataku.
Tiba-tiba dalam keriuhan kami bermandi manda muncul seorang lelaki yang menegur kami dan bertanyakan nama. Dan yang kelakarnya… Baby hanya menggelarkan dirinya sebagai Charmed-x. bila ditanya apa maksudnya… kesemuanya ada cerita tersendiri. Akhirnya kami berunggun api di tepi pantai.
Aku, pernah menjadi seorang wanita manis, seksi dan payah untuk senyum. Sementara Baby, pernah memiliki badan setembam aku sekarang ini… dan kini mengambil alih tempatku yang dulu. Kami berdua bertukar tempat sebenarnya. Sementara Azie, telah dapat melupakan kekasihnya diwaktu kolej dahulu.
Walaupun saat ini aku begitu bencikan guru atau cikgu atau apa juga perkataan yang sinonim dengannya tetapi aku tidak mungkin membenci Azie kerana kami bertiga adalah sahabat sejati.
Apapun yang telah terjadi kepadaku, nekadku hanya satu… tidak mungkin berpaling kepada manusia yang diciptakan sebagai lelaki. Walaupun keputusannya agak kasar dan selfish.. tetapi itulah jeritan batin dan itulah kata hatiku.
Naluri selalunya benar…
Dan kau yang bernama lelaki…
Telah hilang buat selamanya untuk hati…
Sampai satu masa Allah berkehendakkan lelaki hadir di sisiku…
Aku hanya meminta satu doaku dikabulkan…
Ya… Allah, hadiahkan aku lelaki yang menyayangiku lebih dari dirinya sendiri…
dan menyayangiMU lebih dari apa yang pernah KAU ciptakan.
Perjalanan hidupku masih kabur. Aku tidak dapat bekerja. Tekanan dari Zamri dan kisah silam percintaan kami benar-benar membuatkan aku mati dan tiada semangat untuk hidup. Setelah lapan bulan perkahwinan Zamri, aku masih seperti ini, beratku bertambah. Dan aku tidak seksi dan manis seperti dahulu.
Sebabnya… hanya yang memahami jalan cerita ini sahaja mengetahui mengapa aku mahu berkeadaan begitu.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home