Camar Yang Pulang
"Cepatlah! Dah lama dia tunggu aku ni," gesa Karina. Tanganku sudah ditarik menuju ke pintu bilik. Minah ni kalau bab menggesa bagilah kat dia. Tak menyempat-nyempat.
"Kalau ye pun, bagilah aku pakai tudung dulu. Takan nak turun macam ni! Nanti orang ingat aku dah lupa diri pulak," rungutku geram. Karina tersengih melihatku.
"Sorry lah. Aku lupa. Aku excited sangat ni. Dah lama aku tak jumpa abang sepupu aku tu," sambutnya lalu melepaskan tanganku. Merah tangan aku digenggamnya.
"Apa tercegat lagi. Cepatlah!" sergahnya. Eeee....... minah nilah. Bagai nak luruh jantung aku.
"Yelah!......Yelah!.......Aku pergilah ni," protesku lalu mencapai tudung yang tergantung di belakang kerusi. Aku memakai ringkas. Yang penting tutup aurat. Aku biarkan lenganku sekali lagi menjadi mangsa tarikan Karina menuju ke tempat menerima tetamu. Dari balik dinding aku melihat seorang jejaka berkulit cerah sedang membelek majalah yang terletak di sudut dinding.
"Abang Long!" jerit Karina lalu duduk di sebelah abang sepupunya. Manja betul minah ni. Mengalahkan bebudak.
"Lambatnya Rina turun. Abang ingat nak balik dah tadi," jawabnya. Suara itu seperti biasa kudengar. Tapi, di mana ye?.......Dalam radio kot?........Mungkin tidak. Aku memberanikan diri berdiri di hadapan Karina dan abang sepupunya. Mata kami bertentangan. Kelu lidahku untuk menyapanya.
~~~~~~~~~~
"Antasya!" tanpa sedar namaku disebutnya. Aku hanya berdiri kaku. Antara percaya dan tidak. Dia kini sudah berada di hadapanku.
"Abang Long kenal Tasya?" tanya Karina pelik. Aku duduk di hadapan mereka.
"Macamana Abang Long boleh kenal Tasya? Rina baru cadang nak kenalkan dia dengan Abang Long. Did I missed something?" soal Karina bertalu-talu.
"Sorry, Rina. Aku naik dulu." Aku bangun dari duduk namun tangan Karina lebih pantas meragut lenganku.
"Abang Long berbual dengan Tasya dulu. Rina nak naik atas sekejap nak salin baju. Lepas ni, Abang Long bawa Rina keluar makan ye?” pinta Karina lalu beredar meninggalkan kami berdua sebelum sempat aku menahan. Aku kembali duduk menghadap lelaki yang Karina panggil Abang Long itu.
"Tasya apa khabar? Lama abang tak dengar berita," tegur Imran setelah lama kami membisu.
"Baik, alhamdulillah," jawabku pendek. Selebihnya aku masih terkejut dan malu.
"Tasya dah tak macam dulu. Abang rasa macam tak kenal Tasya pula kali ni,” keluhnya. Aku hanya tersenyum.
"Abang pun dah nampak lain," sambutku cuba berlagak tenang. Dalam hati, Tuhan saja yang tahu. Imran hanya tersenyum mendengar kata-kataku. Lucu sangat ke?
"Bila abang balik sini?"
"Bulan lepas. Abang ada ke rumah lama Tasya. Tapi, mereka kata Tasya dah pindah. Sekarang keluarga Tasya tinggal di mana?" kali ini perbualan kami sedikit mesra.
"Balik kampung ayah di Kedah. Ayah dah pencen tahun lepas. Mak pula minta pencen awal. Tasya mengikut saja."
"Sampai hati Tasya tak beritahu abang dah pindah rumah. Nasib baik abang jumpa Tasya kat sini," rungutnya.
"Abang yang tak bagi alamat pada Tasya, macam mana nak balas surat abang. Nak berahsia sangat, tulah padahnya!" sambutku berani. Kali ini aku rasakan kemesraan dulu kembali menjelma. Imran tergelak mendengar jawapanku.
"Abang lupa!" celahnya setelah ketawanya reda. Aku hanya tersenyum. Aku mencebik.
"Maknanya abang lagi teruk dari Tasya. Sekurang-kurangnya Tasya mencuba juga tanya pada kawan-kawan abang tapi abang tu perahsia sangat. Kawan baik sendiri pun tak tau abang dah berlepas ke UK," aku mengenakannya. Imran menggaru kepala yang tak gatal.
"Tapi, lebih baiknya, abang sampai hari ni tak pernah lupakan Tasya dan kata-kata abang dulu," katanya berjaya mengenakan aku balik. Alamak!
Terhantuk kat dinding hidung aku.
~~~~~~~~~~
Pokok di luar pagar sekolah menjadi tempat persinggahanku. Abang Imran sudah berjanji akan datang hari ini. Katanya ada hal penting. Bunyi loceng penamat waktu pelajaran yang seterusnya bagi sesi petang kedengaran nyaring. Abang Imran tua tiga tahun dariku. Kami mula rapat semenjak aku menjadi pengawas perpustakaan ketika di tingkatan tiga. Abang Imran pula di tingkatan enam rendah.
Kini, dia baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan STPM. Aku pula di tingkatan lima. Bakal menduduki peperiksaan pada hujung tahun ini.
"Lambatnya dia ni. Janji pukul dua. Ni dah lebih pukul dua suku. Kalau balik awal tadi, dah kenyang perut aku ni ha," omelku sendiri. Perutku dah mula berdendang sayang. Lapar. Aku duduk di akar pokok yang timbul di permukaan tanah. Tanganku mula menguis tanah dengan ranting tanah.
"Apa yang mengomel tu?" tegur suara seorang lelaki. Aku buat bodoh.
Rasakan. Biar dia tahu macamana jadi macam orang bodoh tunggu bawah pokok. Macam cerita zaman dulu-dulu lak.
"Tasya," panggilnya lembut. Aku mendongak ke atas pokok. Idea untuk mengenakannya tiba-tiba datang.
"Alamak! Pokok ni boleh bercakaplah. Takutnya!" tegurku sambil berlakon seperti sedang geli-geleman. Tiba-tiba, aku terasa tocangku seperti ditarik ke belakang.
"Sakitlah!" jeritku.
"Main-main lagi," balasnya. Aku mencebik mengejeknya.
"Apasal lambat? Janji pukul dua, tapi datang dua setengah. Ingat orang akar kayu ke nak dok kat sini," marahku. Abang Imran tersengih sambil menghulur sebungkus kotak yang sudah berbalut cantik dengan kertas pembalut berwarna biru. Warna kegemaranku.
"Apa ni?" tanyaku pelik sambil memandang ke wajahnya yang masih tersengih macam kerang busuk. Hilang marahku sewaktu menyambutnya dari tangan Abang Imran.
"Sebab benda nilah abang lambat. Istimewa untuk Tasya," jelasnya pendek.
"Birthday Tasya dua bulan lagi. Kenapa bagi sekarang?" soalku tidak puas hati.
"Maknanya, Tasya kena buka hadiah ni dua bulan lagilah," sambutnya selamba. Dua bulan lagi? Berkerut dahiku memikirkan jawapan darinya. Kenapa lambat lagi?
"Kenapa pula? Sekarang tak boleh ke?".
"Tak boleh!" tegasnya.
"Kenapa pula tak boleh?" tanyaku lagi tidak puas hati. Abang Imran mengetap bibirnya menahan geram dengan sikapku. Salahkah aku bertanya?
"Eeeeee.....Tasya ni. Ada yang kena cium ni karang," rungutnya. Terkedu aku. Cium aku? Nak mampus ke mamat ni? Dah buang tebiat ke abang aku ni?
"Macam ni. Abang nak Tasya simpan hadiah ni. Masa birthday Tasya nanti baru buka. Lepas tu, abang nak pesan pada Tasya. Jangan nak mengada-ngada mengorat lelaki lain. Nanti abang dah habis belajar, abang balik sini lepas tu kita kahwin," pesannya panjang. Kahwin? Bila pula aku kata nak kahwin dengan dia? Sekolah pun tak lepas dah nak kahwin. Eee......gelinya aku!
"Tapi.....," potongku pendek apabila tangan Abang Imran memberi isyarat untuk diam.
"Abang tak habis cakap lagi," potongnya. Aku hanya mengangguk.
"Malam lusa ni, abang akan berangkat ke UK selama empat tahun. So, sebelum abang berangkat abang nak Tasya tahu, abang sayangkan Tasya. Lebih dari seorang adik yang abang selalu cakap dulu," luahnya. Nak terbeliak mata aku dengar. Aku silap dengar ke ni? Rasanya aku belum pekak lagi. Aku menunduk kepala. Bukan apa. Malulah beb! Maknanya selama ni aku tak bertepuk sebelah tanganlah. Yes!
"Apasal senyum?” tegurnya. Alamak! Dia perasan ke aku senyum. Masam muka balik.
"Habis tu? Takkan Tasya nak menangis dengar abang dapat belajar kat oversea?" balasku tak mahu kalah.
"Degil!" Kemudian, dia menghantar aku balik sehingga ke simpang jalan ke rumahku. Selepas itu aku tidak lagi menemuinya. Sekadar menerima kiriman surat yang tidak beralamat. Manusia manalah yang mampu nak balas surat kalau tak ada alamat. Kalaulah ada memang aku tabik gila dekat dia!
~~~~~~~~~~
Hari ini ulangtahun aku yang ke-17 tahun. Mak dan abah bawa aku pergi bercuti. Kebetulan pula tengah musim cuti sekolah. Tapi, sebenarnya hadiah yang paling aku tak sabar ialah kotak hadiah yang Abang Imran bagi dua bulan lepas. Aku tinggalkan di rumah. Takut tercicir nanti menangis tak berlagulah aku.
Dua hari kemudian, aku pulang ke rumah. Kotak hadiah dari Abang Imran kubuka perlahan. Sebuah kotak muzik dengan sepasang patung pengantin lelaki dan perempuan sedang menari dengan diiringi lagu Love Story, lagu kegemaranku. Kusyuk aku mendengar iramanya yang mendayu. Sekeping nota ringkas kucapai.
Tasya Sayang,
Selagi irama muzik ini berdendang, selagi itu irama kasih sayang abang sentiasa mengiringi sayang. Biar jauh di mata namun dekat di hati. Nantikan kepulangan abang seperti camar yang pulang.
Salam sayang,
Abang Imran
Aku membaca berulangkali sehingga aku mampu menghafalnya. Inilah hadiah yang paling bermakna di dalam hidupku selama tujuh belas tahun di dunia ini. Aku letak kotak muzik itu di atas meja di sisiku agar aku akan sentiasa melihatnya melepaskan rindu dendamku pada Abang Imran.
~~~~~~~~~~
Siapa sangka cepat masa berlalu. Aku baru selesai menjalani ujian semester akhir. Bermakna sudah empat tahun aku di universiti ini bersama Karina.
Aku dan Abang Imran kembali mesra macam dulu. Cuma aku selalu main tarik-tarik tali. Bukan apa. Aku nak capai dulu cita-cita aku menjadi seorang pereka dalaman. Abang Imran sudah bergelar peguam setelah menamatkan latihan sebagai peguam pelatih selama sembilan bulan.
Karina! Kawan aku tu bakal bergelar raja sehari sebulan dari hari ini. Dah ada orang yang berkenan apa lagi yang ditunggu kecuali akulah. Walaupun aku sayangkan Abang Imran tapi aku tidak mahu terlalu menaruh harapan.
Mungkin juga aku masih ego untuk mengakui hakikat sememangnya di hatiku sudah lama terpahat nama Abang Imran. Lagipun, aku nak tengok sejauh mana kesungguhan dia terhadap aku. Kalau dia beralah bermakna dia tak cukup tabah. Tapi, silap-silap haribulan aku yang melopong kalau dia cari lain. Nasiblah aku!
"Jauhnya mengelamun?" tegur Karina. Aku menoleh sekilas ke arahnya yang sedang mengemas barang. Petang nanti tunangnya akan datang menjemput. Aku tunggu ayah datang petang ni juga. Lepas tu kami akan balik ke kampung. Rindu aku pada kampung.
"Sayangnya nak tinggalkan bilik ni," jawabku sayu. Aku renung sekeliling bilik. Empat tahun aku ditakdirkan menetap di bilik yang sama. Susah senang aku di sini, bilik inilah yang menjadi saksi segalanya selain Karina.
"Sayang nak tinggalkan bilik ni ke, sayang nak tinggalkan Kuala Lumpur?" usik Karina. Aku mencebik.
"Macamlah aku tak boleh datang KL balik. Tapi, bilik ni sampai mati pun aku tak ada peluang masuk balik," balasku. Karina bangun lalu duduk di depan aku sambil tersengih panjang.
"Apasal kau tersengih macam kerang busuk ni?" tegurku. Karina memintal hujung lengan bajuku. Tak ubah macam budak tak betul.
"Kau ni apahal? Dah buang tebiat ke pintal baju aku," marahku lalu menarik lengan bajuku.
"Bila kau nak jadi kakak sepupu aku?" tanyanya selamba. Memang sah minah ni tak sayang mulut.
"Bila pula aku kata nak jadi kakak sepupu kau? Makcik ke pakcik yang kau nak aku rekomenkan kat saudara kau?” balasku sengaja ingin mengusik Karina. Karina mengetap bibirnya geram lalu menampar lenganku sekuat hatinya.
~~~~~~~~~~
Pantas masa berlalu. Aku rasa macam baru semalam aku tinggalkan universiti. Lusa aku akan berangkat ke UK melanjutkan pelajaranku selama dua tahun. Hanya keluarga terdekat yang tahu. Karina dan Abang Imran pun aku tidak beritahu. Tak sanggup aku nak hadapi saat-saat sedih tu.
KLIA agak sesak. Aku dikelilingi ahli keluarga. Ayah dan mak terutamanya jangan cakaplah. Kalau tak sebab ramai orang aku rasa mahu sebaldi air mata mereka tumpah. Aku pun tak kurang juga. Yelah, sejak lahir aku tak pernah berpisah jauh dengan mereka. Paling jauh pun empat jam perjalanan. Tak sama dengan berhari-hari perjalanan.
"Tasya!" suara Karina kedengaran nyaring di sebelahku. Aku menoleh. Wajah sembabnya sudah tidak terlindung lagi. Aku hanya tersenyum. Dah jadi bini orang pun manjanya tak hilang lagi kawan aku ni.
"Sampai hati kau ye. Nak pergi tak bagitau aku. Nasib baik aku sempat telefon rumah kau pagi tadi," rungutnya.
"Aku bukan sengaja. Aku ingat kau pergi honeymoon lagi," usikku. Syazman, suaminya hanya tersenyum.
"Yelah tu. Macam kau baru dapat offer seminggu lepas nak rahsiakan dari aku. Apalah punya kawan. Tak nak ngaku saudara karang baru kau tau," ugutnya. Kami berpelukan. Aku bakal kehilangan kawan baik sepertinya.
"Abang Long kau tau tak?" tanyaku gelisah. Karina membulatkan matanya.
"Dasyat betullah kau ni! Ada ke patut orang sepenting dia kau nak rahsiakan juga," marah Karina lalu mencubit lenganku. Aku hanya tergelak kecil menahan perasaan. Janganlah dia datang. Silap-silap mahu banjir KLIA ni.
Pengumuman sudah bergema. Aku bersalaman dengan saudara-mara dan ahli keluargaku. Karina mengiringiku sehingga ke pintu balai berlepas.
"Jangan lupakan aku. Dalam sebulan kalau aku tak dapat e-mail dari kau, siap aku kerjakan kau bila kau balik nanti," ugut Karina. Aku hanya mampu tergelak.
"Tasya," aku menoleh perlahan. Dia datang. Alamak! Macamana ni?
"Aku tau banyak yang nak dikatakan. Aku balik dulu. Selamat jalan. Make sure kau ingat jalan balik ke Malaysia," pesannya sebelum kami berpelukan dan aku hanya mampu melihatnya beredar bersama suaminya.
"Sampai hati Tasya tak bagitahu abang," kesalnya. Aku beratus kali lagi kesal.
"Maafkan Tasya." Ni yang aku tak suka. Dialog mesti macam drama swasta. "Bukan Tasya tak nak bagitahu. Cuma, Tasya tak nak sedih-sedih macam ni."
"Ni untuk Tasya," katanya sambil menghulur sekotak bungkusan berwarna biru. Aku sambut juga walaupun rasa serba-salah. Dulu masa dia tinggalkan aku, dia bagi aku. Kini, aku nak pergi pun dia bagi aku. Agak-agak kalau aku balik nanti, dia bagi aku apa-apa tak? Kita tunggu dan lihat sajalah.
"Abang doakan Tasya akan selamat pergi dan balik. Semoga Tasya akan berjaya bawa balik ijazah. Bukan bakal suami tau!" pesannya sempat mengusik. Aku tersenyum. Sempat lagi tu buat lawak.
"Alah! Kalau ada pun apa salahnya," sambutku selamba. Bulat mata Abang Imran memandangku. Lantas tangannya menyeluk kocek seluarnya. Spontan sebentuk cincin belah rotan sudah tersemat di jariku. Terkedu aku.
"Apa ni?" tanyaku.
"Ini namanya cincin. Tanda yang Tasya bakal jadi tunang abang. Kalau Tasya tak sudi, pulangkan balik bila Tasya rasa memang Tasya dah tak boleh nak terima abang langsung," jelasnya. Aku jeling mak dan ayah yang dah tersenyum dari jauh. Sukalah tu dapat tengok drama swasta aku dengan Abang Imran. Ayah mengangguk. Maknanya permohonan Abang Imran dah lulus. Aku tak tahu nak cakap apa. Jadi, aku diamkan diri. Pengumuman bergema buat kali terakhir. Aku harus segera beredar kalau tak nak kena tinggal dek kapal terbang.
"Tasya kena pergi dulu," pintaku. Abang Imran hanya tersenyum mengangguk.
"Seperti camar yang terbang mencari makanan, suatu hari akan pulang semula ke sarangnya. Abang akan tunggu camar yang akan pulang itu bila sudah tiba masanya untuk dia pulang. Lepas tu, abang tak akan izinkan dia terbang sendiri lagi. Kalau nak terbang juga, abang akan ikut ke mana saja dia nak terbang," pesan Abang Imran penuh simbolik.
Syahdu pula aku rasa. Buat kali pertama, aku salam dan cium tangan Abang Imran memohon restu. Sebak hatiku terpaksa meninggalkan sesuatu yang penting dalam hidupku beribu batu jauh jaraknya. Sekurang-kurangnya aku ada kekuatan dan aku harus pulang ke Malaysia secepat yang boleh.
Aku melangkah perlahan ke balai berlepas. Aku toleh ke belakang sebelum berlalu ke pintu yang akan memisahkan kami selama dua tahun ini. Seperti camar yang merantau, aku memang akan pulang kerana di sini segalanya untukku.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home