Cinta Utara Selatan
Aku tiba di Hentian Puduraya tepat pukul satu petang. Aku berdiri di depan kiosk Dunkin Donut. Mataku melilau mencari orang yang sepatutnya menjemputku. Mana pula Pak Long aku ni. Janji nak jemput. Takkan lupa kot? Jangan. Mahu aku bertapa kat sini sampai dia datang.
Aku menoleh ke arah deretan donut-donut pelbagai rasa dan warna tersusun indah di rak yang disediakan. Laparlah pula perut aku ni. Ish! Lambatnya Pak Long ni. Aku cuba lawan bau keharuman donut-donut tersebut.
"Ikin ke ni?" satu suara menegur. Aku mengangguk memandang jejaka di hadapanku yang masih tersenyum.
"Pak Long suruh abang jemput Ikin," beritahunya lalu mengambil beg di sisiku dan memintaku mengikutnya. Aku mengikut tanpa banyak soal. Betul ke Pak Long suruh dia jemput aku? Entah-entah dia nak culik aku tak? Dahlah sekarang tengah musim culik-menculik ni. Tak apalah. Aku ikut juga.
Kalau aku rasa tak selamat aku cabut sajalah. Apa susah. Kami menuju ke tempat letak kereta di tingkat atas. Penat aku mendaki tangga. Mengalahkah nak mendaki gunung dengan beg sandangku sarat kukendong di belakang.
Langkahnya laju menuju ke sebuah kereta Perdana V6 berwarna hitam. Sah! Itu memang kereta Pak Long. Betullah memang Pak Long suruh dia jemput aku. Tapi, siapa pulak dia ni? Bila masanya pula Pak Long ada anak lelaki? Anak angkat kot? Tak pun, suami Nida agaknya. Tapi, umur dia baru 18 tahun.
Belajar pun baru masuk semester pertama. Takan dah kena kahwin kot? Aku yang baru masuk 19 tahun pun tak lepas lagi ni. Ni dah kes langkah bendul ni! Tapi setahu aku, Pak Long selalu melebihkan pendidikan akademik pada Nida dan aku. Takan dia bagi anak dia kahwin awal? Pening!!
"Pak Long tunggu kat rumah sebab dia tak berapa sihat. Dia suruh abang jemput Ikin," jelasnya selamba sebaik sahaja kereta yang dipandunya keluar dari Jalan Tun Perak. Agaknya jelas sangat ada banyak kata soal kat muka aku yang cun ni. Perasan tak sudah!
"Sakit Pak Long datang balik, ke?" tanyaku cemas. Sudah dua tahun Pak Long disahkan menghidap sakit jantung. Sudah dua bulan Pak Long menjalani pembedahan di IJN. Sementara menunggu keputusan peperiksaan STPM, aku nak duduk rumah Pak Long. Saja nak temankan Mak Long dan Pak Long. Nida baru saja masuk UiTM Terengganu. Duduk rumah pun aku tak ada buat apa. Asyik makan dengan tidur je. Baik aku duduk dengan Pak Long. Bolehlah aku kerjakan perniagaan nurseri bunga mereka. Aku memang minat bab tanam-menanam ni.
"Kita dah sampai," tegurnya. Ternganga sejenak aku. Lamanya aku berangan. Tak sedar dah sampai rumah Pak Long. Aku segera keluar dari kereta menuju ke banglo setingkat milik Pak Long. Kelihatan di taman mini, Mak Long dan Pak Long sedang berehat menghadap air terjun buatan manusia.
"Assalamualaikum, Pak Long, Mak Long."
"Waalaikumsalam," jawab mereka serentak. Aku menyalami mereka berdua. Lalu duduk di sisi Pak Long yang sedang membaca suratkhabar.
"Pak Long sihat?" tanyaku risau. Pak Longlah satu-satunya bapa saudara yang aku miliki di dunia ini. Cuma dia yang Mama ada setelah Tok dan Opah meninggal dunia. Pak Long tersenyum.
"Kalau tak sihat Pak Long dah masuk hospital. Lagipun Ikin ada boleh tolong jaga," usik Pak Long lalu ketawa. Mak Long hanya tersenyum. Aku mengurut dada lega. Pak Long suka bagi aku suspen.
"Mak Long, Im letak beg Ikin dalam bilik tu, ye?" jerit jejaka tadi. Mak Long hanya mengiakan saja.
"Siapa tu, Mak Long?" tanyaku sebaik sahaja kelibatnya hilang. Berkerut dahi Mak Long dan Pak Long memandangku. Aku tersilap tanya ke?
"La..... dari tadi Ikin tak tau siapa tu? Im tak bagitahu dia siapa?" soal Pak Long terkejut. Aku hanya menggelengkan kepala.
"Tak. Dia cuma kata Pak Long suruh dia jemput Ikin. Tu je," jelasku bagaikan lurus bendul.
"Sebenarnya, tu anak saudara Mak Long. Orang tuanya dah meninggal. Dulu dia duduk rumah anak yatim. Kadang-kadang aje Mak Long jemput dia bila cuti panjang. Mak Long ajak duduk sini tapi dia tak mau. Lepas tu dia masuk USM. Baru grad. Pak Long ajak dia kerja dengan Pak Long. Mujur dia mau sebab kebetulan dia memang ambil kursus pertanian," jelas Mak Long.
"Ooooo.........," sambutku mula mengerti.
"Panjang sangat muncung tu, Ikin. Nanti bolehlah buat sangkut tali pasu," usik Pak Long. Aku mencebik geram. Pak Long memang suka mengusik aku dari kecil sampailah ke besar. Kalau ada Nida lagi teruk kami berdua dikenakan. Sebab itulah, aku rapat dengan Pak Long.
"Sudahlah abang ni. Merajuk pula budak tu nanti. Jenuh nanti saya nak kena pujuk," marah Mak Long lalu menampar lembut paha Pak Long.
"Tak apa. Im ada. Kita suruh dia pula pujuk. Boleh, Im?" tanya Pak Long tiba-tiba apabila Abang Im menghampiri kami. Abang Im duduk di sebelah Pak Long. Berkerut dahinya mendengarkan pertanyaan dari Pak Long.
"Apa yang boleh, Pak Long?" tanya Imran hairan.
"Pujuk si Ikin ni ha. Dia ni kalau dah merajuk jenuh nak dipujuk. Selalunya Mak Long kamu je yang pandai pujuk. Kali ni Pak Long kasi peluang kat Im pula pujuk. Boleh?" jelas Pak Long sambil menjeling ke arahku. Pak Long dah mulalah tu. Sengaja nak buat aku marah. Ni yang aku tension duduk dengan Pak Long ni. Mukaku mula kelat.
"Ikin nak masuklah Mak Long. Ikin nak sembahyang dulu." Aku terus berlalu menuju ke dalam rumah. Di muka pintu aku menoleh melihat Abang Im menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sementara Mak Long menampar paha Pak Long yang semakin seronok ketawa.
~~~~~~~~~~~~~~~
Aku menyusun pasu-pasu yang baru ditanam dengan benih baru ke tapak semaian yang baru dibuat Abang Im. Sudah tiga hari aku tinggal di rumah Pak Long. Aku sudah mula biasa dengan Abang Im. Rupanya dia pun kuat menyakat macam Pak Long dan Mak Long juga. Ke mana tumpahnya cendol kalau tak ke dalam mangkuk. Kadang-kadang aku menangis dibuatnya. Mujur ada Mak Long memujukku. Abang Im kata aku ni kanak-kanak ribena sebab manja sangat mengalahkan budak tadika.
"Ikin, tolong hulurkan abang kayu tu", pintanya. Aku menghulur kayu sebesar jari kelengkingku sepanjang setengah meter kepadanya yang sedang mengisi tanah ke pasu baru di belakangku.
"Nak buat apa dengan kayu tu?" tanyaku pelik. Tak pernah pula aku tengok orang isi tanah bubuh kayu. Abang Im masih dengan kerjanya. Aku mendengus geram. Macam cakap dengan tunggul kayu. Buat sakit hati je. Aku kembali mengangkat pasu-pasu kecil untuk disusun.
"Ikin tengok ni," panggilnya. Aku menoleh.
"Mak Long!!!!" jeritku terkejut. Abang Im ketawa mengekek melihatku. Air mata sudah mengalir di pipi. Mak Long segera menghampiriku yang sedang menangis.
"Kenapa ni, Ikin?" tanya Mak Long termengah-mengah mendapatkanku apabila melihatku menangis sambil menekup muka dengan tanganku.
"Abang Im tunjuk cacing panjang kat Ikin. Geli," aduku. Mak Long menggeleng kepala lantas dipulas telinga Abang Im. Abang Im mengaduh kesakitan minta dilepaskan.
"Budak inilah. Hah! Rasakan. Suka sangat mengusik si Ikin. Mak Long kahwinkan kamu berdua nanti baru tau," Mak Long pula mengusikku. Terus berhenti tangisku. Masam mukaku mendengarnya.
"Tak ingin Ikin nak kahwin dengan Abang Im. Nantilah. Ikin ngadu dekat boyfriend Ikin. Biar dia fire Abang Im. Padan muka!" balasku lalu berjalan laju menuju ke pondok rehat kami. Marahku semakin berapi apabila mendengar Abang Im masih ketawa walaupun sedang dimarah Mak Long.
~~~~~~~~~~~~~~~
Aku menuju ke dapur untuk sarapan pagi. Pak Long dan Mak Long sedang bercerita manakala Abang Im sedang kusyuk memakan mihun goreng.
"Selamat pagi, tuan puteri ribena," tegur Abang Im. Aku mencebik lalu duduk di sebelah Mak Long. Aku menghirup milo panas yang telah tersedia untukku. Mihun goreng kucedok lalu terus makan.
"Mak Long, ada orang mogok dengan Imlah," usik Abang Im. Aku buat selamba.
Aku tahu Mak Long dan Pak Long sedang merenung ke arahku. Selalunya aku akan membalas apa sahaja usikan Abang Im. Tidak pagi ni. Kali ini aku betul-betul nak tunjukkan taring aku.
"Semalam ada surat untuk Ikin. Pak Long letak kat atas almari tepi tv. Macam dari orang jauh je," beritahu Pak Long. sepantas kilat aku bangun lalu mengambil surat yang bersampulkan kuning itu. Melihatkan sampulnya saja aku sudah tahu siapa orangnya. Aku melonjak seronok lalu kembali ke meja makan. Wajahku mula ceria. Aku perasan Abang Im masih merenungiku.
Mak Long dan Pak Long sudah beransur ke ruang tamu. Sekejap lagi kami akan ke nurseri.
"Surat siapa tu?" tanya Abang Im.
"Rahsia. Mana boleh bagitahu," jawabku ceria sengaja berlagak lalu segera menghabiskan makananku. Aku berlari anak ke bilik. Tidak sabar rasanya hendak membaca surat dari Nazrin tentang percutiannya di New Zealand menjenguk abangnya.
Aku keluar sepuluh minit kemudian. Aku masih membayangkan keindahan negara itu dari cerita-cerita Nazrin serta gambar yang dikirimkannya. Katanya dia juga ingin belajar di sana jika berkesempatan. Seronoknya!
"Macam monyet dapat bunga!" perli Abang Im sambil memandu dan menjeling ke wajahku dari cermin di depannya. Aku buat tidak layan. Mak Long hanya tersenyum apabila aku mencebik mendengar kata-katanya.
"Sekurang-kurangnya dapat juga bunga kalau nak dibandingkan dengan manusia yang tak dapat apa-apa," balasku. Perang akan bermula sekejap lagi. Aku berani kerat jari.
"Biar tak dapat bunga langsung dari angau bila dapat sekuntum. Lebih baik lagi tak dapat bunga sebab ada segudang kebun bunga," sambutnya tidak mahu kalah.
"Kamu berdua ni kan sehari kalau tak bergaduh tak sah. Elok Pak Long kahwinkan aje kamu berdua. Lepas tu Pak Long tambat kat dalam bilik. Baru korang tau!" usik Pak Long.
Kali ini kami berdua diam. Memang itu ayat berpuaka dari Pak Long dan Mak Long yang mampu buat kami berhenti. Bukan apa. Takut. Kata orang, empat puluh kali doa orang tua-tua ni boleh termakbul. Bayangkanlah kalau aku kahwin dengan Abang Im? Haru dibuatnya.
Tidak!!!!!!!.............
~~~~~~~~~~~~~~~
Sedar tak sedar dah tiga bulan aku duduk di rumah Pak Long. Esok aku akan balik ke kampung semula. Keputusan STPM aku cemerlang. 4A 1P. Bolehlah tu.
Cukup melayakkan aku untuk ke universiti. Akan aku buktikan kepada Abang Im aku pun mampu walaupun aku budak ribena. Bukan sebarang budak ribena aku ni!
"Dah kemas barang-barang?" tanya Mak Long. Aku hanya mengangguk. Pak Long sibuk mengemas barang-barang yang akan dibawa pulang. Kali ini Mak Long dan Pak Long yang akan menghantar aku balik ke kampung sebab ayah nak buat kenduri doa selamat. Awal pagi lagi Abang Im sudah keluar. Kata Mak Long ke rumah anak yatimnya dulu. Mereka ada majlis di sana.
Tiba-tiba aku rasa sunyi. Hari ini aku belum bertekak dengannya lagi. Kata Mak Long lagi, esok baru dia balik. Ini bermakna kami takkan bertemu sebelum aku balik ke kampung. Aku bangun lalu menuju ke bilikku. Rasa penatku hari ini tidak seteruk semalam sebab nurseri hanya dibuka separuh hari. Aku merenung ke arah beg-beg yang tersusun di dinding bilikku.
Sekuntum mawar merah di atas meja kian layu. Hari ini Abang Im tidak menggantikannya dengan yang baru seperti pagi-pagi sebelumnya.
Aku baring di atas katil. Perasaanku berbalam. Sedih, suka, duka, geram dan marah bercampur aduk. Tetapi aku tidak tahu apa puncanya aku jadi begini. Semangatku untuk pulang ke kampung hilang dengan mendadak. Aku rasa ada yang tidak kena kali ini. Aku jadi keliru. Aku lebih memikirkan tentang Abang Im. Kenapa dia? Kenapa tidak Mama dan Ayah? Atau Nazrin?
Paling tidak pun pemandangan indah di New Zealand? Atau gunung-ganang yang diseliputi kabus tebal yang menjadi pemandangan paling indah apabila aku bangun dari tidur setiap pagi di kampung?
Ah! Ini cuma mainan perasaanku. Aku bingkas bangun lalu keluar ke ruang tamu. Aku perlu larikan fikiran dan tumpuanku. Aku mencapai remote tv. Rancangan dokumentari menjadi pilihanku.
~~~~~~~~~~~~~~~
Aku mengisi borang-borang yang telah Ayah dapatkan untuk aku menyambung pengajianku baik di dalam mahu pun ke luar negeri. Mak Long dan Pak Long sanggup membantu perbelanjaan pelajaranku agar aku juga boleh berjaya seperti anaknya. Bagi mereka, selain Nida dan Abang Im, aku juga seperti anak mereka.
"Ikin, mari makan sekali. Ayah dah balik dari surau," panggil Mama. Aku hanya menurut langkah Mama ke dapur. Hidangan telah siap terhidang.
Melihatkan lauk ketam masak rendang, ingatanku terus mengingati Abang Im. Sudah seminggu aku balik ke rumah. Belum sekali pun dia menghubungiku. Baik melalui telefon ataupun pesanan SMS. Padahal masa satu rumah dulu, rajin pula dia mengacau aku terutama sekali apabila aku ingin tidur.
Tidak ingatkah dia padaku? Tidak sudi lagikah dia menghubungiku atau mengusikku seperti dulu? Alamak! Ni apahal pula aku jiwang sangat ni. Oh, tidak! Takan aku dah tersyok kat mamat tu? Tidak!!!!.......
"Ikin, kenapa ni? Mama suruh makan bukan ditenung lauk tu," tegur Mama.
Aku terkedu seketika. Mama perasan ke aku macam ni? Aku tersenyum lalu mencapai sudu dan menyenduk lauk ke pinggan.
Sesudah makan aku mengemas dapur bersama Mama. Ayah sudah ke ruang tamu menonton tv. Deringan telefon kubiarkan saja. Mesti untuk ayah kalau malam-malam macam ni. Dari dapur aku terdengar gelak ayah. Aku dah kata dah. Kemudian, gagang telefon bertukar ke tangan Mama. Gelak tawa Mama kedengaran. Seronok sangatlah tu. Siapa pula yang telefon? Aku mengatur langkah menuju ke bilikku.
"Ikin, ada orang nak cakap," panggil Mama. Aku berpatah menuju ke meja telefon.
"Hello," sambutku lemah.
"Hello, budak ribena," kedengaran suara Abang Im ceria mengusikku. Bulat mataku jadinya.
"Mulalah tu. Sajalah tu," marahku perlahan takut kalau didengar dek Mama dan ayah. Abang Im ketawa besar di talian sebelah sana. Amboi! Sukanya dia. Bukannya nak tanya khabar ke, dah makan ke. Saja nak sakitkan lagi hati aku ni. Saja nak buat aku marah.
"Ikin tak rindu kat abang, ke?" tanyanya lembut. Apa kena abang aku seorang ni? Dah buang tebiat ke?
"Buat apa? Baik Ikin ingat kat cacing dalam tanah tu," balasku geram.
"Sampai hati kata macam tu. Eh! Ikin dah tak takut kat cacing ke? Nida ada kat sini. Dia cuti seminggu. Ikin nak tau, abang asyik kena dera je dengan Nida. Tak bestlah Ikin tak ada. Bila nak datang sini?" adunya. Kedengaran suara marah Nida dan Abang Im mengerang kesakitan. Barangkali dicubit dek Nida. Aku tersenyum.
"Tak naklah. Nanti Abang bagi cacing kat Ikin."
"Tak abang tak bagi dah. Abang janji. Ikin datang sini, ye?" pujuknya sambil merayu. Sah! Abang aku ni tengah tak betul. Macamanalah boleh jadi macam ni?
"Abang ni kenapa? Angau ke?" pelik aku dibuatnya. Tanpa aku sedar Mama dan ayah sudah hilang dari ruang tamu. Aik! Bila masa pula depa ni bangun?
"Alah! Kalau angau pun kat sayang. Apa salahnya, kan?" selamba jawapan diberi. Tidak!!!!......
"Eeeee....... seramnya Ikin. Dahlah malas nak layan abang. Ikin ada kerja nak buat," dalihku.
"Tak apalah dah tak sudi nak cakap dengan abang," suaranya seakan merajuk. Biar benar abang aku ni!
"Abang cuma nak bagitahu, tak lama lagi abang nak bertunang dengan orang kampung Ikin. Lepas tu abang tak boleh kacau Ikin lagi sebab bakal tunang abang tu kuat cemburu. Nanti dia marah kalau abang rapat sangat dengan Ikin," jelasnya tanpa kuduga. Aku terkedu. Aku silap dengar ke dia yang tersilap cakap?
"Alhamdulillah! Selamat Ikin. Siapalah wanita yang malang tu? Ikin kena bagi taklimat kat dia pasal abang supaya nanti kalau abang sakat dia, dia boleh tepis," sambutku cuba melawan kekeliruan di hati.
"Eleh!..... Tak apa. Dia dah kenal perangai abang. Okeylah. Abang nak telefon bakal tunang abang pula. Dah janji tadi. Nanti dia merajuk pula. Jenuh abang nak pujuk," ceria sekali suaranya. Nak berlagak lah tu dengan aku!
"Yelah. Cakaplah puas-puas. Ikin pun dah tak nak kacau abang dah. Assalamualaikum, bye," tanpa sebarang kesempatan untuk Abang Im membalas, aku terlebih dahulu menghempas telefon. Aku beredar ke bilikku. Aku duduk di birai katil. Termangu. Air mata mengalir tanpa kusedari.
Malam sepi. Cuaca tiba-tiba menjadi dingin. Rasa macam nak demam pula. Kipas di siling aku lajukan sedikit. Tiada berubah. Mengapa tiba-tiba aku rasa semacam ni? Marah dan benci. Sakit hati dan geram. Semuanya bersatu menjadi sesuatu yang tidak dapat aku tafsirkan sendiri. Wajah tenang Abang Im bermain di ruang mata.
Wajah itu penuh dengan kedamaian dan ketenangan. Wajah putih bersih itu akan kemerahan apabila ketawa kerana berjaya mengenakan aku. Suara itu akan menghiasi malam dan pagiku di rumah Pak Long dulu. Gurau sendanya menghiburkan walaupun selalunya lebih kepada menyakitkan hatiku.
Selama ini aku tidak pernah berterus-terang. Aku suka tengok wajah tenangnya. Aku gembira berada hampir dengannya. Aku seronok menjadi bahan usikkannya walaupun sudahnya aku menangis. Aku selalu rindukan dia. Aku selalu teringatkan dia. Aku rindukan saat-saat aku sedang dipujuknya. Aku sangka selama ini ingatan itu tidak lebih dari seorang abang kerana aku sendiri tidak punya abang. Aku sangka layanan yang diberi oleh Abang Im sewajarnya diterima oleh seorang adik seperti aku.
Inikah yang dinamakan cinta? Sakit apabila terluka. Perit apabila kecewa. Kenapa aku harus jatuh cinta padanya? Dia bakal menjadi tunangan orang. Dia bakal punya teman seumur hidupnya. Dia akan bahagia dengan gadis idamannya? Siapa gerangan si gadis? Betuahnya dia. Hmmm........ siapa lagi cengeng antara kami berdua? Siapa lagi kuat merajuk? Yang paling penting, siapa lagi cute. Aku atau dia?
~~~~~~~~~~~~~~~
Aku bangun apabila bunyi kokokan ayam semakin membingitkan. Dari ruang tamu kedengaran suara riuh orang bercerita. Aku segera ke bilik air. Setelah bersiap aku keluar mendapatkan Mama.
"Baru bangun budak ribena?" Aku berpaling terkejut. Wajah itu tersengih memandangku.
"Huh! Suka hati oranglah nak bangun pukul berapa pun," sambutku kasar.
Abang Im tersenyum lalu mengheret tanganku ke taman mini di sebelah rumahku. Kami duduk di bangku batu berbentuk kayu menghadap beberapa jenis pokok mawar.
”Dah nak bertunang buatlah cara nak bertunang. Main heret-heret tangan orang sesuka hati dia je. Kata nak jaga sangat hati bakal tunang tu. Pergi jelah cari dia," rungutku dalam hati. Abang Im tetap dengan sengihannya. Macam kerang busuk.
"Mengutuk abanglah tu!" tegurnya.
"Ada ke dengar Ikin kutuk abang?" marahku mula meletus.
"Kenapa nak marah abang ni? Ikin cemburu abang nak bertunang, ye?" duganya. Aku mencebik.
"Buang masa je Ikin nak jealous. Macamlah dah tak ada orang lain lagi kat dunia ni," tegasku. Nak suruh aku mengaku? Silap besarlah.
"Eloklah kalau Ikin tak jealous. Senang sikit kerja abang," sambutnya lalu berlalu menuju ke dalam rumah. Aku masih duduk di bangku. Memalingkan pandanganku ke arah gunung-ganang yang semakin hilang kabusnya. Tanpa kuduga, air mata mengalir lesu di pipi. Perasaanku berbalam lagi.
"Ikin sayang abang. Ikin cintakan abang," luahku sebak dalam tangisan.
"Abang tahu. Abang dah tahu sejak sehari sebelum Ikin balik ke sini," jawabnya dari belakangku tanpa kusedar dia telah mendengar kata-kataku tadi. Malunya aku! Mama, tolong Ikin! Rahsia dah bocor! Aku berpaling.
Abang Im tersenyum lalu duduk di sebelahku. Jemariku digenggamnya erat.
Wajahku tetap masam. Aku tetap terlewat sebab cinta kami cinta utara selatan yang tidak kesampaian. Abang Im akan bertunang dengan orang lain dan aku akan membawa diriku jauh nun ke tempat orang.
"Ikin nak bertunang dengan abang, tak?" tanyanya selamba. Terlongo aku sejenak. Gila ke abang aku ni! Mana boleh dia bertunang dengan dua orang sekali gus! Adat mana dia pakai ni?
"Abang bagi lima saat. Kalau tak abang cari orang lain," ugutnya lalu berpaling ke belakang.
"Nak!" jawabku spontan. Tiba-tiba aku menekup mukaku dengan tanganku. Ya, Allah! Malunya aku!
"Bulan depan kita tunang. Abang dah merisik Ikin. Ni cincin tanda," jelasnya lalu menyarungkannya ke jari manis kananku. Terkedu lagi aku dibuat dek Abang Im.
"Bakal tunang abang?" tanyaku macam orang bodoh.
"Ikinlah. Berapa ramai nak kena jadi tunang abang pula ni?" ujarnya sambil tergelak kecil. Aku termangu-mangu. Aik! Takan aku bermimpi kot yang abang nak bertunang dengan orang lain.
"Abang kata nak bertunang dengan orang kampung Ikin?" tanyaku masih tidak faham. Abang Im menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Berapa ramai anak dara kat kampung Ikin yang kenal dengan abang?" tanyanya cuba membuatkan aku berfikir. Siapa ye selain aku? Aku sajalah. Buntang mataku merenungnya.
"Abang kenakan Ikin!" marahku lalu mencubit lengannya sehingga dia menjerit kesakitan.
"Adoi! Kot ye pun nak kerjakan abang tunggu la lepas nikah. Sakit tau tak!"
"Eeee...... gatalnya. Bencilah abang ni," marahku lagi. Abang Im ketawa. Tanpa kusedar Nida mendapatkan kami.
"Alhamdulillah! Tenang sikit hidup Nida lepas ni. Kak Ikin balik duduk dengan Ibulah lepas ni. Sakitlah telinga Nida nak dengar keluhan rasa abang ni. Tulah, cari lagi cinta utara selatan. Tengok macam Nida ni, cinta satu kuliah. Senang nak tambat," usiknya namun dia sempat melarikan diri sebelum sempat aku menangkapnya gara-gara tanganku terlebih dahulu disambar dek Abang Im.
"Cinta utara selatan? Ok jugak tu, kan sayang. Nanti bertemu di dalam kuali buat masak rendang," cetus Abang Im mengundang ketawaku.
Awan kelabu sudah hilang gelapnya. Lautan yang bergelora sudah kembali tenang. Ribut taufan sudah berhenti melanda. Yang tinggal cuma jarak jauh antara utara dan selatan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home