Bukan Kamu atau Dia
Azrul memandang wajahnya sekali lalu. Lantas terukir senyuman dibibirnya. Dia cuba menguatkan langkah untuk mendekati Syafika. Tapi, dia takut. Takut seandainya Syafika tidak melayannya. Lalu, langkah dimatikan. Azrul kembali melabuhkan punggungnya dibangku yang tidak jauh dari Syafika.
Dia cuba menenangkan dirinya supaya terima sahaja keadaan bahawa dia dan Syafika tidak mungkin bersama. Namun jauh di lubuk hati, dia tahu dan yakin suatu hari nanti Syafika akan jadi miliknya. Dia kembali menatap wajah gadis itu dari jauh. Biarlah apa tanggapan orang padanya nanti, yang penting hatinya gembira dan bahagia.
“Pergilah, jangan tengok saja,” tiba-tiba Hafiz menegurnya dari belakang.
Azrul tersipu-sipu malu. Dia menggelengkan kepala sambil tertunduk malu. Hafiz mengeluh. “Apa yang kau nak malukan. Kau lelaki, gentlemanlah sikit. Biar dia dan semua orang tahu kau ni anak jantan. Ini tidak, nak mengorat perempuan pun malu,” sahabat itu membebel.
Azrul memandang kawannya yang satu itu. Dia tahu Hafiz ikhlas, tapi…issykh… perasaan malu lebih tebal dari segala-galanya. Maklumlah, jejaka pemalu. Dia rela memendam perasaan seorang diri. Hanya Hafiz yang tahu tentang itu semua.
Hafiz berlalu meninggalkannya sendirian yang masih lagi memandang Syafika. Syafika bukanlah seorang gadis pujaan ramai, bukan juga seorang yang popular. Dia hanyalah gadis biasa yang pendiam, keseorangan dan jarang tersenyum. Tapi itulah yang menarik perhatian Azrul sejak mula mereka berkenalan. Dia merasakan Syafika ada sesuatu yang tidak dapat diberikan oleh gadis-gadis lain. Syafika bukanlah gadis yang biasa dia kenali. Dia merasakan Syafika amat berbeza.
Syafika bukan sombong, tapi dia berhati-hati. Syafika juga bukanlah gadis kampung yang terkena kejutan budaya, tapi kesilapan orang lain dijadikan panduan. Azrul tahu dan sudah mengenali sikap Syafika yang orang lain kurang arif mengenainya. Dia tahu dia betul. Dari gerak gaya dan perlakuan Syafika, dia tahu ramalannya benar belaka.
Azrul berpaling ke depan, cuba untuk melupakan Syafika seketika. Kertas kerja yang sengaja dilambak di depan diperhati dalam-dalam. Dia menghela nafas yang panjang sebelum mencapai fail yang berwarna kuning. Dibelek satu persatu, ditenung dan ditutup kembali. Dia ternyata tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian.
Azrul meraup mukanya dengan kedua belah tangannya. Dia tersenyum sendirian apabila melihat Syafika berdiri di depan matanya… depan mata?
Azrul mengangkat muka dan memerhati gadis yang berdiri di depannya itu.
“Eh, Syafika? Macam mana awak boleh ada kat sini, tadi, bukankah awak…”
Azrul ketandusan ayat apabila Syafika meletakkan duduknya di bangku yang sama dengan Azrul.
“Saja, nak jadi macam biskut. Macam mana awak tahu saya ada kat sana, di belakang awak?”
“Err… masa nak datang tadi, saya nampak awak kat sana.” Fuh! Nasib baik dia ada ayat yang logik. Kalau tidak, mesti Syafika tahu yang dia selalu tengok gadis itu. “Apahal awak datang sini?”
“Macam tak suka je.”
”Teramatlah suka…”
”Bukan macam tu, cuma hairan. Selama ni tak pernah pun awak datang cakap dengan saya macam ni.” Azrul seakan ada kekuatan untuk berbual dengan lebih mesra bersama gadis idamannya.
Hatinya berdebar apabila Syafika tersenyum dan menjeling manja kepadanya.
Azrul cuba memandang jauh ke dalam mata Syafika namun tiba-tiba bahunya ditepuk dengan agak kasar.
“Apa yang kau buat ni? Mengelamun lagi. Kau tak nak pergi kelas ke?”
Syafika tiba-tiba hilang dan yang ada di depannya adalah Hafiz. Sekali lagi Azrul tersenyum, tapi kali ini senyuman itu ditujukan buat Hafiz.
Hafiz yang faham apa yang terjadi, tidak mengendahkan senyuman itu dan menggelengkan kepala beberapa kali.
Azrul mengemas kembali fail dan kertas yang berselerak di atas meja. Dia berpaling untuk memastikan yang dia memang mengelamun. Syafika masih lagi ada di tempatnya, sedang membaca seorang diri. Ketika melintasi Syafika, Azrul memandang Syafika sekali lalu buat kali terakhir untuk hari ini.
+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*
Kereta yang dipandunya dibelok ke sebelah kiri dan terus diletakkan ke tempat letak kereta. Azrul melangkah laju ke bilik kuliah. Entah mengapa hari ini, dia terlewat bangun. Mungkin malam tadi dia mimpikan Syafika.
Langkah yang dihayunnya membuatkan orang di sekelilingnya terpaksa memberi laluan ‘hormat’ kepadanya. Tiba-tiba buku yang dipegangnya jatuh berserakan di kaki lima.
Azrul mengutip buku-bukunya tanpa banyak cakap. Walau siapa pun yang telah melanggarnya dia tidak ambil peduli. Dia tahu sesiapa pun akan salahkannya kerana berjalan laju.
“Saya minta maaf, saya tak sengaja langgar awak,” ucap orang yang melanggarnya. Azrul tidak berkata sepatah pun, terus mengutip bukunya, bangun dan berlalu begitu saja. Orang itu tercengang melihat cara Azrul melayannya.
”Orang minta maaf, dia buat tak tahu je?” Azrul yang hampir sampai ke bilik kuliah, terhenti dan berpaling ke tempat dia kemalangan sebentar tadi. Seketika, kelibat orang yang dikenalinya muncul di optik mata. Syafika!?
Azrul termenung sebentar sebelum dia dikejutkan oleh pensyarahnya. Dia tersenyum (senyum lagi!) seraya mengekori pensyarahnya dari belakang. Dia cuba mencari tempat duduk yang sesuai. Apabila dia ternampak Hafiz, dia terus mendekati sahabatnya itu.
“Apasal lambat?”
“Aku tertidurlah. Kau ada nampak Syafika, tak?” tanya Azrul tanpa memandang wajah Hafiz. Hafiz menggelengkan kepalanya. Wajah Azrul langsung tak dipandangnya.
“Manalah aku tahu. Aku bukannya bapak dia,” jawab Hafiz ringkas. Azrul menjeling ke arah Hafiz yang seakan-akan bermain perasaan dengannya. Dia sengaja menepis siku Hafiz yang melepasi garisan ‘sempadan’ mejanya sebagai tanda marah. Hafiz membalas jelingan Azrul.
Kelas yang sunyi dek penangan Encik Mustafa kembali bingar apabila pensyarah itu keluar dari bilik kuliah. Azrul melepaskan keluhan dan cuba membetulkan urat saraf yang lenguh akibat terlalu lama duduk tanpa bergerak.
“Aku nak pergi perpustakaan. Kau nak ikut tak?” soal Hafiz seraya bingkas dari kerusi dan mengemas buku-buku. Azrul merenung Hafiz tanpa berkelip.
“Kau nak pergi tak?”
Masih diam dan memandang sahabatnya. Hafiz mencebik ke arah Azrul dan cuba berlalu seorang diri tapi dihalang oleh Azrul.
“Tunggulah aku. Takkan nak tinggal kawan,” ujarnya lalu memasukkan buku-bukunya ke dalam beg sandang. Sekali lagi Hafiz mencebik, ikutkan hati mahunya didebik budak tak cukup umur ni.
Mereka berdua berjalan seiringan ke perpustakaan. Tanpa perlu banyak bercakap, mereka mengambil tempat masing-masing dan melayari mencari sumber maklumat yang dikehendaki. Azrul banyak termenung sebenarnya.
Rupa-rupanya dia masih tidak dapat menyingkirkan ingatannya terhadap Syafika.
Azrul mengeluh berat. Fikirannya serta-merta menjadi kabur. Dia merasakan seperti terlontar di daerah lain. Di daerah yang mana hanya dia dan Syafika sahaja tanpa gangguan orang lain. Di sana dia melayari kehidupan yang sempurna dan bahagia bersama gadis idamannya.
“Azrul, awak ada pen merah tak?”Tiba-tiba satu suara menegurnya dari belakang. Azrul mengangkat wajahnya dan memandang hamba Allah yang berdiri di hadapannya. Azrul terpana. Wajah yang sering didamba berdiri di hadapan mata. Dia berpaling ke kiri dan ke kanan untuk meyakinkan diri bahawa dia tidak lagi bermimpi.
“Awak ada pen merah, tak?” Sekali lagi soalan itu ditujukan.
“Err… pen merah?… Pen merah! Ada, ada… sekejap ya,” jawab Azrul kaget.
Dia mencari pen di dalam beg dengan kelam-kabut. Sesekali dia memandang Syafika dan tersenyum kambing ke arahnya. Dia memang kaget, baru teringat terus datang. Jodoh ke? Itulah yang sering terlintas di fikirannya.
“Pen merah, ini pun,” kata Azrul seraya menghulurkan pen itu kepada Syafika. Syafika menyambutnya diiringi dengan senyuman dan ucapan terima kasih.
‘Kasihmu sudah lama aku terima, tapi kau terimalah kasih ku.’
“Hehehehheheheh!”
“Kenapa awak gelak?”
“Aaa… tak… tak ada apa-apa.”
”Fuh, mengejutkan betul.”
“Mengelamun lagilah tu.” Tiba-tiba Hafiz yang datang entah dari mana menegurnya. Azrul memandang wajah kawannya dengan tiga garis melintang di dahinya.
“Mana ada. Dia datang bercakap dengan aku tadi. Emm, kali ini aku dah tak bermimpi lagi. You better bet, buddy,” cabar Azrul. Hafiz mencebik mendengar kata-kata Azrul, sambil bangun dari tempat duduknya dan berlalu dari situ. Dia cuba buat tak dengar kata-kata Azrul.
Azrul bangun dan mengikut Hafiz dari belakang. Dia merangkul bahu Hafiz dan mereka berjalan beriringan. Hafiz menjeling ke arah rakannya yang dikenali sejak tahun pertama lagi. Sekali-sekala dia mengeluh dan mencebik kepada Azrul yang tersenyum seorang diri.
“Apa?”
“Kau tu, apahal?”
“Syafika.”
“Kenapa Syafika?”
Azrul tersenyum dan berjalan laju di hadapan. Seketika dia menoleh dan memberi tabik hormat sebelum dia membelok masuk ke dalam bilik termenung.
Hafiz menggeleng kepalanya beberapa kali sebelum mengikut jejak sahabat baiknya itu. “Sudah-sudahlah berangan. Kalau nak, masuk je meminang. Umur dah cukup, duit… takkan tak ada sikit pun? Kalau kau tunggu lama-lama nanti, aku takut dia disambar orang,” ujar Hafiz sambil menyikat rambutnya tanpa memandang Azrul.
“Masalah sekarang bukannya aku tak nak berterus-terang. Aku malu… nanti apa dia fikir,” jawab Azrul perlahan. Dia melepaskan sebuah keluhan. Hafiz memandang Azrul. Ikutkan hati mahu saja dia mencekik Azrul di situ. Malu konon!
“Dahlah, cakap dengan kau macam cakap dengan pokok keladi. Kau kenal pokok keladi? Kita curah air atas daun, bukannya nak lekat. Macam kaulah, aku cakap nie, bukan kata nak letak, tanam elok-elok dalam kepala. Ada aje benda yang nak dijawabnya,” bebel Hafiz. Azrul menarik nafas panjang sambil memikirkan kata-kata rakannya itu. Memang benar kata Hafiz. Terlalu banyak alasan yang diberikannya. Azrul sedar dia telah banyak menyusahkan Hafiz dengan alasannya yang kadang-kala langsung tak logik.
*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*
Azrul menarik nafas sedalam yang boleh. Dia memejam matanya sambil bibirnya terkumat-kamit membaca doa. Hari ini dia bertekad untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Syafika perlu tahu apa yang dia rasai selama ini. Biarlah Syafika terkejut, yang penting perasaannya sendiri.
Seandainya Syafika tidak dapat menerimanya, dia dapat menerima kenyataan itu. Namun, jika Syafika jua mempunyai perasaan yang sama dengannya, Hafiz makan besar!
Azrul menarik nafas sekali lagi sebelum melangkah ke arah Syafika.
Langkahnya diatur rapi. Dia perlu memastikan ayatnya berkesan dan seterusnya dapat menambat hati Syafika, gadis yang didambanya selama ini.
“Syafika…”
“Ya… Azrul, ada apa hal?”
“Awak sibuk tak?…Saya ada hal nak cakap dengan awak…,” ujarnya gagap.
Syafika merenung Azrul sambil menggeleng kepala lambat-lambat.
“Hal apa? Cakaplah.”
‘Isyk... Takkan tak faham. Jomlah ke tempat lain, hanya aku dan kamu...’
“Err... Syafika, saya...saya... ah, macam ni sajalah, apa kata kita keluar hujung minggu ni?”
Antara sedar dan tidak, dia telah mengajak Syafika keluar. Hatinya melonjak keriangan. Mahu rasanya dia melompat di situ... eh, nanti dulu!
Syafika tak kata apa pun!
“Syafika?”
“Hujung minggu? Sebenarnya saya ada hal hujung minggu ni... tak boleh cakap sekarang, ke?” Soalan Syafika mematahkan jantung hati Azrul yang baru nak berbunga.
“Bukan tak boleh....Tapi, saya... saya rasa...isyk... macam tak sesuai je kat sini,” sekali lagi dia tergagap.
Syafika masih tidak berganjak dari bangku. Dia termenung sebentar sebelum memberi jawapan Azrul. Sebenarnya hati Syafika berbelah bagi. Dia takut untuk menerima tawaran Azrul dan dalam waktu yang sama tidak mahu mengecewakan pemuda tersebut.Dia memandang Azrul sekali lalu.
“Sebenarnya hujung minggu ni saya kerja. Macam mana kalau kita jumpa lepas saya habis kerja, dalam pukul 4.30 petang?” cadang Syafika. Azrul mengangguk laju. Suka benar rasanya hati mendengar jawapan Syafika. Bibirnya mengukir senyuman selebar yang mungkin.
Setelah mengucapkan terima kasih, Azrul berlalu menuju ke arah Hafiz yang dari awal memerhati gelagat kawannya itu. Bibirnya juga tak lekang dari senyuman bangga. Namun terselit rasa bersalah dalam sanubarinya. Hanya dia dan dirinya yang tahu.
“Macam mana?” Soal Hafiz sebaik sahaja Azrul merapatinya.
“Set! Hujung minggu ni Azrul Hisyam ada date. Jangan cemburu.” Dengan bangga dia memeluk bahu sahabat karibnya itu. Hafiz sekadar tersenyum pahit, namun di dalamnya cuba dicampur manisan seadanya
*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*
“Awak tak marah?” Sayu dan sedih suara di hujung corong telefon. Dia mengeluh perlahan namun dapat dikesan oleh pemanggil di sebelah sana.
“Kalau awak marah, Sya tarik diri. Sya tak nak sakitkan hati dua lelaki yang sayangkan Sya,” Syafika memberi penjelasan. Terlalu sukar untuk dia menyatakan bahawa lelaki di hujung sana yang dia sayang.
“Jangan Sya! Azrul terlalu sayangkan Sya. Saya sekadar insan yang menumpang kebahagiaan sahabat saya. Jangan kecewakan Azrul.” Hafiz memberi amaran. Syafika menangis tersedu di hujung talian.
Hafiz melepaskan keluhan yang amat berat setelah Syafika memutuskan talian. Dia tahu Syafika kecewa dengan keputusannya menarik diri dari peperangan yang tak pernah terjadi.
Hafiz melangkah malas ke arah Azrul yang sedang asyik menonton rancangan kegemarannya. Punggungnya dihempaskan ke atas sofa lembut. Azrul sekadar menjeling dan menyambung tontonannya. Dia dapat mengesan ada perubahan dalam diri Hafiz.
”Sekejap tadi ada orang telefon, awek dia kot? Gaduh ke?” Azrul meneka dalam hatinya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berlagu memanggilnya untuk dijawabnya.
Hatinya berbunga melihat nama yang tertera di skrin telefonnya. Senyuman ditujukan buat Hafiz yang masih lagi melayan perasaannya seorang diri. Hafiz tersenyum tawar apabila sedar orang yang sama menelefon Azrul.
“Sya yakin dengan keputusan Sya?” Tiba-tiba nada yang ceria bertukar perlahan. Air muka Azrul turut berubah. Hafiz membetulkan duduknya setelah mengesyaki Syafika telah menceritakan perkara sebenar kepada Azrul.
“Kalau itu keputusan Sya, Az tak boleh nak buat apa... Az faham, Az tak salahkan Sya... Az maafkan Sya.... ok, bye.” Giliran Azrul pula melepaskan keluhan. Hafiz di sebelahnya langsung tidak dipandang. Matanya dipejam rapat bagi menghilangkan kegusaran di dalam hati.
Setelah yakin dengan dirinya sendiri, Azrul memandang Hafiz yang dari tadi memandangnya. Tiba-tiba dia tergelak. Hafiz yang kehairanan mengerutkan dahinya.
“Kita malang atau kita bertuah?” Soalan itu diajukan tanpa jawapan yang menyusul. Hafiz masih lagi curiga dengan Azrul.
“Sya telefon aku. Dia nak putuskan hubungan aku dengan dia. Katanya dia tak pernah cintakan aku. Dia terima aku pun sebab orang suruh.” Hafiz terkedu. Maknanya Syafika beritahu Azrul!
“Azrul...aku....”
“Kalau kau sayangkan dia, tak patut kau lukakan hati dia. Dia tak bersalah. Kau patut berterus terang dengan aku. Bodoh pengorbanan kau tu.”
Azrul tidak memandang langsung wajah Hafiz. Dia terus bercakap tanpa mempedulikan apa yang Hafiz fikir. Baginya sekarang ini bukan apa yang Hafiz fikir, tapi yang telah dia lakukan. Hafiz masih lagi diam membisu seribu bahasa. Dia ketandusan kata-kata.
Dia tak tahu bagaimana nak mempertahankan tindakannya. Kalau ikutkan naluri jahat, dia gembira dengan keputusan Syafika. Tapi, apabila kenangkan Azrul yang dulu beria-ia mahu menambat hati Syafika, dia kalah.
“Dia sayangkan kau. Pergilah pujuk dia, jangan pedulikan aku.” Azrul bingkas menuju ke biliknya. Hatinya juga merajuk tapi, dia perlu fikirkan Hafiz yang banyak menolongnya dalam banyak hal termasuk juga dalam bab pikat-memikat.
Hafiz masih lagi melekat di atas sofa. Dia tak dapat berfikir secara logik apa yang patut dia lakukan. Walaupun Azrul dah memberi jalan kepadanya, namun dia masih serba salah. Dalam hal ni, dia percaya tiada siapa yang bersalah. Bukan dia, bukan Azrul dan juga bukan Syafika.
Hafiz tekad. Dia akan berdepan dengan kedua-dua insan yang paling dia sayang. Akan diselesaikan segala-galanya di depan mata. Biar bertentang mata barulah masalah selesai. Dia teringat pesan ayahnya ketika dia berdendam dengan rakan sekolahnya dulu.
Tapi sekarang dia tak berdendam dengan sesiapa. Cuma, dia tak mahu Azrul menaruh dendam. Dia tak mahu Syafika berdendam kerana cintanya ditolak.

Azrul menghulurkan tangannya lalu disambut elok oleh Hafiz. Syafika yang memandang hanya mengukir sebuah senyuman yang menjadi idaman kedua-dua lelaki di hadapannnya.
“Kau tak menyesal?” Soal Hafiz. Azrul menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia memandang Syafika yang tersipu.
“Aku tak menyesal sekiranya gadis idaman aku memilih yang terbaik untuk dirinya,” ujar Azrul lalu menepuk bahu Hafiz. “Kau pula macam mana?”
“Aku pun sama. Kalau itu keputusan Syafika, terpulang. Lebih baik daripada salah seorang daripada kita merana,” ujarnya seraya tergelak kecil.
“Awak dengan Azrul jangan bimbang, saya takkan lupakan kamu berdua. Mungkin ini salah satu pengajaran dalam hidup saya. Terima kasih kerana sudi menyayangi diri saya. Kita bertiga adalah kawan baik sampai bila-bila.”

0 Comments:
Post a Comment
<< Home