Alamak..Dia ni Lagi
"Aduh… lenguhnya tangan aku ni Mila! Mau tertanggal dibuatnya kalau tiap-tiap hari macam ni. Lagi-lagi kalau ‘pakcik’ tu yang suruh! Tak pernahnya dia bagi assignment yang sikit-sikit, sekali bagi menimbun fail atas meja aku ni.
”Kalau disusunlah sekalian fail tu, maunya setinggi bangunan KLCC tau!” omelku terus-terusan sambil mataku melilau ke arah meja Mila, kawan sepejabatku yang selama ini seringkali menjadi mangsa bebelanku.
Nak buat macam mana, dah dapat kawan macam aku ni, kenalah ada tahap kesabaran yang tinggi! Aku ni pula jenis yang kuat memprotes. Ada je benda yang tak kena di mata aku ni. Semua benda aku nak komen. Kalau tak keluar kritikan aku tu, tak sedap badan pula jadinya!
“Eleh, kau ni cakap je lebih! At last siap juga,” balas Mila yang sedari tadi aku perhatikan dok tercongok depan monitor komputernya. Aku rasalah, Mila mesti tengah hantar e-mel kat boyfriend dia. Yelah, loving couplelah katakan! Aku ni juga yang still available (ala-ala tak laku pun ada juga)...
“Kau jangan sebarang cakap Mila, punya banyak fail ni, dia suruh aku update dalam seminggu je tau! Dah la hujung minggu ni aku kena balik kampung. Mak aku kata emergency. Entah apa kenanya mak aku tu, suruh cakap tak nak, katanya balik dulu. Ni yang buat aku bertambah tension,” kataku sebaik melihat Mila yang tersenyum kambing padaku.
“Apa senyum-senyum? Aku tahulah kau punya gigi tu putih, bersih dan berseri bagaikan mutiara. Boleh jadi model iklan Colgate lagi! So, janganlah tayang-tayang kat aku,” seringaiku sejurus selepas itu.
“Aku bukan apa, bos kita tu mesti dah naik syok kat kau. Tu pasal dia bagi kau kerja banyak-banyak, kononnya nak test tahap kesabaran kau! Alah, macam cerita Musang Berjanggut tu. Nak cari bakal isteri yang tahan sabar dengan cara yang paling unik dan belum ada lagi dalam dunia ni orang guna stail tu untuk mencari jodoh tau! So, kesnya samalah macam kes kau ni. Dia nak yang tahan sabar dan bijaksana serta bijaksini macam kau!” sambung Mila panjang lebar. Budak ni kalau diberi peluang bercakap, mengalahkan aku! Hisshh... tak boleh jadi ni!
“Ha, yang kisah mak kau ni pula. Aku fikir, mesti ada rombongan nak meminang kau, tu yang secret sangat!” ujarnya selepas menarik nafas panjang. Aiik budak ni, ada lagi dia nak cakap rupanya. Aku ingatkan dah habis idea tadi! Baru je aku nak buka mulut, dia dah buka awal-awal.
“Sudah-sudah la tu, Mila.Daripada aku dok melayan pendapat-pendapat kau yang tak berasas tu, baik aku call kawan lama aku ada juga faedahnya!” ujarku apabila melihatkan jari-jemari Mila masih setia menekan-menekan keyboard menaip sesuatu yang aku sendiri tak ketahui!
Apa la khabarnya si Farah, kawan sekolah aku dulu. Rasanya dah dekat lima tahun tak dengar khabar dia. Budak ni pun bukannya nak call aku! Eh lupa pula, aku yang tak pernah nak call dia dan selalunya dialah yang rajin call aku! Hah, asyik dok nak protes orang je, penghabisannya batang hidung sendiri yang terkena! Malu-malu, nasib baik orang lain tak tahu. Kalau tak, teruk aku kena kutuk!
“Hello, assalamualaikum. Boleh saya bantu?” sahut satu suara yang amat lembut di hujung talian. Hairan ada, pelik lagilah ada. Ya Allah, lembutnya suara minah ni. Dulu sikit punya rock! Takkan dalam masa yang sesingkat ni boleh berubah?
“Waalaikumsalam warahmatullah. Ini Farah Suwaibah kan? Cuba teka siapa ni?” soalku tanpa mahu memperkenalkan diriku yang sebenar.Mana la tahu, kot-kot nama lain yang terkeluar!
“Eleh, macam la aku tak kenal suara kau. Tak pernahnya nak berubah, still macam dulu juga. Kau tu yang dah tak cam suara aku,” jawab Farah. Dah sah budak ni cam suara aku, cehh... buang karan je aku buat bunga-bunga ayat tadi, dapat juga dia trace suara aku yang ‘merdu bak buluh perindu’ ni!
“Lama tenggelam, sekarang baru timbul balik? Busy lah katakan! Almaklumlah, dah jadi assistant manager sekarang ni! Mulalah nak lupakan aku yang serba kekurangan ni,” kata Fara tiba-tiba.
Mana pula dia tahu pasal kenaikan pangkatku ni. Setahu aku, aku tak cerita pada sesiapa selain daripada keluarga aku. Tak naklah heboh-heboh sangat nanti dia orang kata aku nak eksyen pula.
“Mana kau dapat berita ni? Janganlah percaya sangat khabar-khabar angin ni. Takkanlah aku nak buat macam tu pada kau. Seteruk- teruk aku ni, tak adalah sampai nak melupakan kawan-kawan lama aku,” getusku seakan-akan masih mahu menyembunyikan perkara yang sebenar.
“Tak payahlah kau nak sorok daripada aku! Ila dah bagi tau aku masa mula-mula kau naik pangkat lagi. Kata dia, mak kau yang cakap,” tambah Farah tak lama selepas itu.
Aduh! Mak aku pula yang bocorkan. Macam mana ni? Punya la aku perap cerita tu, kononnya tak nak bagi tahu kat orang lain, lastly mak aku yang tukang sebarkan! Tapi, kalau difikir-fikirkan balik, mak aku berhak nak berbangga dengan kejayaan anak dia ni. Berbaloi jugalah dia mengandungkan aku terlebih bulan, adik-beradik aku yang lain sembilan bulan sepuluh hari je,aku ni dah jadi sebelas bulan pula! Macamlah tak nak tengok dunia luar.
Borak punya borak sampai tak sedar dah dekat sejam lebih aku membazirkan bil telefon pejabat aku! Kalau tahu dek bos siapa punya angkara ni, sah merah la telinga aku dibuatnya. Yelah, bos aku tu dahlah kuat membebel, baran dia tak pernah berkurang! Aku pun naik pening kadang-kadang tu, sikit-sikit nak marah!
“Eh, kau ni apahal pula? Lepas je cakap dengan Farah tadi, terus kau dok termenung sorang-sorang! Kau jangan main-main, lain macam je aku tengok kau ni dah kena sampuk ke?” soal Mila seakan berseloroh.
“Aku bukannya kena sampuk! Cuma terkenangkan memori-memori lalu,” jawabku sejurus selepas itu.
“Memori lalu, memori lalu juga, kau tak nak balik ke? Dah pukul 5 ni, ke kau nak jadi pekerja contoh bos kesayangan kau tu?” soal Mila apabila melihat aku masih ligat mencari fail-fail untuk dibawa balik ke rumah.
“Kau ni pun asyik nak cepat je!” balasku. Bagi pandangan aku lah, Mila ni kalau masuk sukan Olimpik acara berlari pas baton, confirm boleh menang! Apa taknya, hari-hari sebelum datang kerja dah pergi jogging dengan boyfriend dia. Padahal badan dia dah cukup slim tapimasih nak kuruskan badan lagi. Kalau non-stop la dia buat kerja macam tu, mau tinggal tulang bila nak naik pelamin nanti!
“Cepatlah, nanti aku tinggal kau karang! Tak pasal-pasal kena tidur kat ofis dengan pak guard kat bawah tu,” kata cik minah tu.
“Ooo... time aku nak tumpang kereta kau mulalah nak buli aku. Tak apa, esok insya-Allah kereta aku siap, tak payah tumpang kau lagi! Kau bolehlah balik cepat-cepat! Nak tinggal aku pun suka hati kaulah. Kawan apa macam ni? Time senang ada, bila aku tengah desperate ni kau nak hilangkan diri pula. Ni yang rasa macam nak berhenti kerja ni,” jawabku pura-pura sedih.
“Alah, kau ni pun. Aku main-main je la, takkan ambil hati kot? Tak yahlah resign, nanti aku tak tahu nak kacau siapa pula lepas ni kalau kau tak ada! Udah le tu kemas barang-barang kau, aku tunggu ni,” sahut Mila dengan nada yang semakin rendah. Agaknya dia percaya aku sedih la kot!
“Oklah. Aku nak off dulu komputer ni, karang bos kau tu kata pekerja dia suka membazirkan harta pejabat. Elok-elok bulan ni gaji aku penuh, tengok-tengok bulan depan dah tinggal half sebab kena potong buat bayar bil elektrik.”
Dah ditakdirkan aku bekerja dengan bos yang ala-ala kedekut macam ‘Haji Bakhil’ kenalah anak buahnya pandai berjimat! Hisshh,ni ha. Nak tergelak pun ada aku tengok si Mila ni, macam mak nenek pula dok mencekak pinggang tepi pintu tu!
“Eh,sekejap yek. Kau tunggu aku kat bawahlah dengan ‘best friend’ kau tu, jap lagi aku turun. Aku nak pastikan dulu barang-barang yang aku kena selesaikan kat rumah. Nanti ada yang tertinggal pula. Kesian aku tengok kau dok tercacak depan pintu menunggu aku yang ala-ala ‘siput’ ni,” tuturku satu persatu.
“Oklah, aku tunggu kat bawah,” ucap minah blonde tu. Issy... mana pula perginya briefcase kesayangan aku ni? Masa masa yang tengah suntuk ni la dia nak ghaib! Mujur juga aku perasan, kalau tidak perit beb nak patah balik dari rumah aku ke Serdang ni. Bukannya dekat! Maunya si Mila tu mengamuk kat aku!
Bila direnung-renung balik, apasal aku cari kerja sejauh itu, macamlah tak ada kerja kosong yang sesuai dengan bidang aku ambil dekat rumah aku tu! Nak kata sebab bosnya baik hati, jauh sekali! Gaji mahal? Tak adalah pula, biasa aje. Entahlah aku pun tak tahu kenapa. Mungkin ada hikmah yang terselindung di sebalik semua ni.
Syok sungguh bila balik kerja tak payah drive sendiri! Boleh tengok pemandangan sekeliling dengan senang hati. Enjin turbo pacuan empat roda Mila dah pun memasuki Kelang, suasana di sini memang macam di kampung aku. Tenang, aman, damai dan komuniti kat sini pun hidup dalam keadaan harmoni.
Bila dah cerita pasal kampung ni, teringat pula zaman sekolah aku di kampung. Memang gamat kalau nak dibangkitkan semula semua memori-memori silam tu. Rumah mak aku lebih kurang dua tiga kilometer dari sekolah. Alkisah ceritanya, setiap hari aku jalan kaki pergi sekolah dengan seorang kawan baik aku Ila. Kononnya kami ni nak exercise! Akibatnya uniform sekolah kami pula yang basah dek peluh.
“Hazman, Hazman . . .” Nama yang satu inilah yang telah aku cuba lupakan bertahun-tahun yang lalu. Namun, apabila sahaja nama Ila ku sebut, nama itu sering hadir di sisinya. Kata Farah, dia sudah balik dari Belgium dan perkara yang paling menggerunkanku ialah dia masih cuba mencariku!
Setelah apa yang telah berlaku, adakah aku masih mampu berhadapan dengannya? Aku sendiri pun tidak dapat menjawab soalan itu, masakan dia mahu memaafkan aku sedangkan perkara itu jugalah yang membuatkan aku gelisah saban hari. Malam-malamku ditemani mimpi dan igauan berkaitan perkara yang satu itu! Aku tak mampu, aku tak mampu menerima bahawasanya suatu ketika dulu aku pernah melakukan perkara sebodoh itu?!
* * * * * * * * * * * *
“Assalamualaikum. Boleh saya duduk di sini?” soal seorang pelajar lelaki yang pada telahanku mungkin pelajar baru di sekolahku kerana sebelum ini aku tak pernah melihatnya.
“Waalaikumsalamwarahmatullah. Boleh, duduklah,” jawabku seraya berpaling ke arah padang kerana pada saat itu keadaan di kantin amatlah lengang daripada keriuhan manusia. Aku tak mahu dikatakan yang bukan-bukan, lebih-lebih lagi oleh guru-guru sekolahku.
Ternyata aku begitu berhati-hati dengan insan yang bergelar lelaki ni. Bukanlah aku nak jual mahal, tetapi keluargaku telah mendidikku supaya mewujudkan batasan di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.
“Nama saya Rahazman b. Abdurrahman, panggil Hazman je. Saya pelajar baru di sekolah ni. Baru seminggu saya pindah ke sini.Boleh saya tahu nama awak?” tanya pelajar baru itu untuk memulakan perbualan setelah menyedari keadaan agak kaku ketika itu.
“Oh, Hazman. Nama saya Raihana, panggil Hana je,” ujarku sedikit terketar-ketar. Yelah, kalau bab-bab lelaki ni memang terus hilang sikap brutal, kalau pasal lain aku main taram aje semuanya! Rock beb! Tapi, rock pun rock juga, macam mana nama bapa dia boleh sama dengan nama bapa aku?
Setelah setengah jam kami berbual atau dalam kata lain, aku mendengar dia bercakap barulah aku tahu yang budak baru ni rupa-rupanya sekelas dengan aku! Aku manalah perasan kewujudan dia dalam kelas aku tu, sebab dia duduk di barisan belakang!
“Hoi Hana, kau dah habis practise ke? Aku dah selesai ni,” sanggah Ila tak semena-mena. Terkejut aku dibuatnya.
“Amboi, amboi cik kak kita ni! Main hoi je yek? Aku dah habis practise tadi lagi, kau ni apahal la lambat sangat? Hampir tinggal tulang aku dibuatnya menunggu kau ni,” susulku sebaik sahaja Ila menghabiskan ayatnya tadi.
“Ala, kau ni Hana. Macam la tak kenal aku lagi. Selagi tekak aku ni tak rasa kemarau, selagi tu la aku main!” seloroh Ila sambil mencapai botol air mineralku yang betul-betul terletak depan muka pelajar baru yang bernama Hazman tu.
“Oopss... maaf. Tak perasan pula ada orang kat sini,” kata Ila sambil menarik kerusi untuk duduk di sebelahku. Tangannya pantas memasukkan peralatan sukan ke dalam beg galasnya sebaik sahaja selesai meneguk air. Aku lantas mengajak Ila pulang apabila melihatkan jarum pendek jamku sudah tercacak pada angka enam petang. Ya Allah, dah petang la! Ni semua kerja si Ila, tak pernahnya nak puas kalau training basketball. Penyudahnya aku la yang kena tunggu!
“Ila, cepatlah sikit kemas tu. Dah pukul enam lebih ni, kau tu belum solat Asar lagi. Karang tak pasal-pasal kena qada’ pula angkara hal duniawi ni,” bisikku perlahan agar tak didengari oleh seorang insan yang masih lagi tercongok di hadapan kami berdua.
“Baiklah ustazah .Jom kita balik,” sahut Ila seraya memautkan lengannya ke bahuku.
Kasihan pula aku tengok Hazman tu. Terkial-kial jugak nampaknya. Aku dengan Ila main jalan je, tak sempat pun nak ucap bye. Apa boleh buat, yang wajib perlu diutamakan. Tergaru-garu kepala juga dia dengan karenah si Ila tu
“Kau ni apasal Ila? Tertoleh-toleh, terpusing-pusing ke belakang, dah tersangkut la tu kat mamat tadi! Buatnya teleng kepala kau tu siapa nak jawab?” soalku pada Ila bila aku lihat dia tak putus-putus memandang ke arah tempat duduk kami tadi.
“Ada pula aku tersangkut dengan si Hazman tu! Sebenarnya..., sebenarnya...,” tergagap juga kawan aku tu dibuatnya bila nak menceritakan perkara yang sebenar pada aku.
“Dah gagap pula? Cakap ajelah Ila, aku sentiasa menjadi pendengar kau yang setia. Takyahlah kau nak malu-malu ngan aku ni,” ucapku pula bila Ila dah seakan malu untuk menceritakan hal itu.
“Aku sebenarnya... bukan minat dekat Hazman tu, tapi kawan baik dia yang duduk kat sebelah dia dalam kelas kita tu! Nama dia Izwanshah. Budak tu pun baru pindah ke sekolah kita ni dengan Hazman minggu lepas,” jawab Ila setelah menarik nafas panjang.
Aku pun melihat sekali lalu ke belakang untuk melihat siapakah insan bertuah yang dimaksudkan oleh Ila tadi. Sememangnya ada manusia lain di sebelah Hazman, mungkin dialah gerangannya yang bernama Izwanshah tu. Apa la sahabat aku seorang ni, hal yang gempaq macam tu pun tak nak cerita kat aku!
“Kau ni kan kalau aku desak kau cakap, baru kau nak bagitau aku! Perkara sebegini best pun nak rahsiakan daripada aku. Kau tak payahlah nak sorok apa-apa daripada aku ni, Ilawaheena bt. Ilhamshah. Aku dah lama kenal kau, bukannya baru semalam. Whatever it is, aku sentiasa happy untuk kau,” sambutku selepas itu.Tersipu-sipu pula si Ila ni lepas aku cakap macam tu!
“Oklah, Ila. Aku doakan kau sentiasa berjaya dalam apa juga yang kau buat asalkan tak melanggar syariat Islam, itu yang mustahak. Lagipun, kaulah satu-satunya kawan baik aku yang faham dengan perangai aku yang pelik ni,” pesanku kepada sahabat baikku itu.
“Insya-Allah. Thanks a lot, Hana! You’re my true friend. Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. Sememangnya kaulah satu-satunya sahabat yang boleh aku harapkan. Kalaulah aku ada pakwe nanti, kau tetap menjadi yang pertama di hati aku. Kasih sahabat tak dapat ditukar dengan emas yang paling tinggi nilainya di dunia ni sekalipun,” balasnya sambil memelukku tanda kasih seorang sahabat yang tiada penghujungnya...
“Dah la tu, aku pun macam kau juga. Tiada siapa yang boleh runtuhkan benteng persahabatan kita yang berlandaskan hati yang ikhlas ni. Tapi, sebelum tu aku nak minta maaf buat pertama kalinya dalam hidup aku ni pada kau sebab hari ni kau kena balik seorang. Aku terlupa yang mak aku pesan suruh beli barang dapur tadi. Dibuatnya aku tak beli, maunya mak aku tu membebel sampai ke subuh hari. Kau bukannya tak tahu fiil mak aku tu. Kau pun tak boleh temankan aku sebab kau belum solat lagi kan?” seringaiku tak lama kemudian.
“Tak apa! Kau pergilah kedai tu, jangan tercicir pula barang yang nak dibeli! Aku nak balik solat dulu sebelum kau mula bagi syarahan kat aku macam tadi. Aku balik dulu yek? Assalamualaikum,” kata Ila sambil berlalu apabila tiba di persimpangan Jalan Rahmat yang memisahkan kawasan perumahan kami dengan deretan kedai runcit.
“Waalaikumussalamwarahmatullah, jalan tu elok-elok sikit. Janganlah vogue sangat! Kalau jatuh, bangunlah sendiri tau,” laungku lantang! Lantas tanganku cepat-cepat mengeluarkan senarai barang-barang dapur yang mak aku pesan. Masya-Allah! Panjangnya list ni. Mak ni pun, kalau memesan barang mesti listnya panjang meleret! Ooo...lupa pula, bulan Ramadhan dah nak datang lagi, mestilah stok banyak-banyak kan? Weh, puasa tahun lepas ada dua hari lagi belum ganti. Habislah aku kalau mak aku tahu, tak pasal-pasal aku pula yang kena ceramah dengan dia!
Kakiku terus melangkah menuju ke kedai. Mataku masih leka memerhatikan senarai barang-barang yang panjang berjela-jela tu. Kotak fikiranku ligat memikirkan pelbagai perkara yang belum selesai termasuklah homework yang berlambak tunggu masa untuk dihantar ke meja cikgu-cikgu yang bertanggungjawab.
Sedang tanganku leka menyeluk poket untuk memastikan duit untuk digunakan buat bayar harga barang-barang tu nanti mencukupi, tanpa disedari, Gedebush! Ya Allah, sakitnya. Hah, padan muka aku! Tadi punyalah nasihat Ila suruh jalan elok-elok, sekarang ni dah macam backfires pula nasihat aku tu. Ni lagi satu, siapalah tuan punya basikal yang ‘baik hati’ sangat park basikal depan muka pintu kedai ni? Macamlah dah tak ada tempat lain nak letak. Dah tu, bukannya nak tongkat betul-betul. Aku pula jadi mangsa yang keadaan.
Nadaku semakin meninggi melihatkan kakiku yang berdarah, walhal lukanya tak sampai pun satu sentimeter! Punya meleret aku membebel, tak ada seorang manusia pun yang datang nak tolong aku! Bila dah keadaan berterusan begitu, aku pun bangunlah.
Sambil menggulung kertas senarai barang-barang yang dah remuk akibat ‘accident’ tadi, aku terus menonong masuk ke dalam kedai runcit tu. Tak semena-mena, mataku tertancap ke arah sesusuk tubuh yang baru sahaja tadi aku jumpa. Alamak, dia lagi! Aah, buat tak tahu jelah...
Sedang aku memilih barang-barang dapur yang mak aku pesan, tiba-tiba ada satu suara dari belakang yang minta maaf. Aiik, pelik juga. Siapalah yang berhati mulia ni, belum kenal muka pun dah nak minta maaf! Aku yang selalu buat silap ni pun perit nak minta maaf dengan orang.
“Eh, awak Hazman!” kataku sedikit terkejut. Aduh, boleh pula dia trace aku kat mana! Dalam hati ni, Tuhan ajelah yang tahu.
“Macam mana awak boleh ada kat sini? Datang naik apa? Cari apa kat sini?” soalku bertubi-tubi lantaran terkena kejutan elektrik tadi. Baru je tadi aku nampak dia di bahagian alatulis, sekarang dah ada depan aku pula. Dia pula dengan selambanya menjawab soalan aku tadi seolah-olah tak menyedari yang muka aku ni dah pucat semacam! Jika ditoreh dengan pisau pun, confirm tak ada darah pun yang akan menitik. Terkejut punya pasal beb! Dan... jawapan dia adalah yang paling best untuk kita semua dengar...
“Saya datang nak beli test pad dengan basikal yang awak terlanggar tadi, tulah sebabnya saya sampai dulu,” jawabnya tak pakai satu noktah pun!
“Oh, ye ke?” Itu jelah patah perkataan yang keluar dari mulut aku untuk jawapannya yang serba lengkap tadi. Apa aku boleh buat, aku ni bukannya cerdik dalam perihal nak menyusun ayat elok-elok! Bila aje kena jawab soalan tatabahasa, akulah insan yang paling lambat, merangkap insan terakhir menghantar tugasan tu. Kalau tak kena gaya, mengamuklah Cikgu Aznah aku tu! Hairan bin ajaib juga aku dibuatnya, bila time exam, dapat pula aku jawab dengan flying colours lagi!
Sebermula dari waktu itu, aku dan Hazman berkawan rapat. Lagipun, dia anggap aku ni macam kawan lelaki dia je. Mana taknya, aku sikit punya brutal. Kalau berbual tak wujud ‘saya’ ‘awak’ lagi seperti mula-mula nak berkenalan dulu, sekarang ni ‘aku’ ‘kau’ je! Boleh katakan, semua rahsia dia ada dalam genggaman tangan aku je! Aku agaklah, dia memang percayakan aku.
Pada suatu hari tu, aku macam biasalah duduk lepak di kantin sekolah. Dengan siapa lagi kalau bukan Hazman, yelah,kononnya dah jadi kawan baik! Si Ila pula, entah hilang ke lubuk mana aku pun tak tahu. Lama juga kami berbual, entah apa-apa cerita yang keluar pun aku tak pasti. Yang paling aku pasti, dialah yang banyak bercakap terutamanya pasal sekolah lama dia. Pada pandangan aku secara rambang tentang Hazman ni, dia pandai juga buat lawak bodoh. Akulah yang jadi tukang gelak sampai berair-air mata aku ni!
Bila tekak kami berdua dah mula kering, masing-masing mencari minuman. Selang beberapa lama selepas itu, dua gelas milo ais dah pun sampai di depan aku, nasiblah budak Hazman tu rajin, tak payah aku bergerak ke kaunter di kantin tu. Syok gila aku bercerita, sambil-sambil tu terselitlah actions and sound effectsnya sekali. Tak pula aku sangka actions yang aku selitkan tu telah mencipta suatu cerita kelakar yang takkan aku lupa sampai bila-bila.
“Ya Rabbi, kau ni apahal Hana? Habis basah kuyup seluar aku!” pekik Hazman lalu terus berdiri apabila melihatkan seluarnya yang telah terbanjir! Itulah dia angkara kedurjanaan tanganku yang teramat ‘aktif’ ni! Dia nak marah aku pun tak boleh juga, dia bukannya nak mengelak masa gelas milo ais tu dah bergoyang nak terbalik! Penyudahnya, kami sama-sama tergelak. Apa nak buat, aku dan Hazman sama-sama brutal!
“Eh Hana,boleh aku tanya kau satu soalan?” soalnya tiba-tiba setelah ketawa kami kembali reda.
“Boleh, apa salahnya,” serius lain macam je bunyinya budak ni. Adakah dia nak meluahkan perasaan dia pada aku? Ceh...jangan perasan le minah brutal, macamlah ada umat manusia di dunia ni yang berkenan dengan insan yang serba kekurangan ni!
“Budak yang selalu berkepit dengan kau tu nama dia Ilawaheena kan?” tuturnya lambat-lambat.
“Yup, memang namanya dia Ilawaheena binti Ilhamshah,” bibirku lantas mengulas senyuman yang hanya aku dan Yang Maha Esa sahaja yang tahu apa maknanya.
“Dia best friend kau kan?”dahinya agak berkerut untuk melontarkan soalan yang satu itu. Mana tak berkerutnya, soalan yang penuh dengan makna disebaliknya!
“Yelah, dah dekat sepuluh tahun aku kenal dengan dia ni. Satu keluarga dia aku dah kenal,” balasku masih dengan senyuman yang sama seperti tadi.
“Ila tu salah seorang wakil daerah untuk team bola keranjang sekolah kita kan?” sambungnya lagi setelah menarik nafas yang agak panjang!
“Hai, takkan kau tak tau kot. Dia tu atlet harapan sekolah kita tau!” sergahku seraya menepuk meja di kantin tu. Ni memang dah sahlah si Hazman ni berminat dengan best friend aku yang cun seorang tu! Tersentak juga mamat depan aku ni dek aksi aku yang tak terjangka tadi!
“Eh, kau ni tadi kata nak tanya satu soalan. Sekarang ni dah jadi tiga soalan nampaknya,” hujahku padanya apabila aku dapati dia seakan hendak membuka mulut untuk bertanya lagi. Aku bukannya nak cemburu, tapi biarlah gentleman sikit. Nampak sangat macam nak tahu pasal Ila tapi pura-pura malu konon!
“Ops, sorry la ye, tak perasan pula dah jadi tiga soalan,” ucapnya tersenyum kambing. Ha... kan aku dah kata tadi, dia memang nak siasat pasal si Ila! Apa dia ingat dia pandai nak kelentong aku? Aku lagi pantas nak kesan taktik lama dia tu. Padan muka!
Kalau dia cakap betul-betul sedari awal yang dia nak tanya aku pasal Ila, boleh aku cerita biodata dia sekali. Ni kononnya nak tanya satu soalan je, tup tup jadi tiga! Kalau aku tak buat ‘benteng’ tadi, maunya sepuluh soalan yang dia nak ajukan pada aku. Dua jam lepas tu, aku pun melilau untuk mencari kelibat Ila yang dah ghaib entah ke mana. Bila dah sedar keadaan di kantin semakin lengang, aku mulalah nak jadi menggelabah.
“Woi, Hazman, jomlah masuk kelas. Orang dah tak ada kat kantin ni, karang kena marah dengan cikgu baru tau! Kau ni kalau dah start buat lawak antarabangsa kau tu terus tak ingat dunia. Eh, jomlah cepat! Aku takut nama kita blacklist lak sebab ponteng kelas,” getusku dengan nada cemas. Aku mula gelisah bila Hazman tak menunjukkan reaksi yang dia akan bangun dari kerusinya itu.
“Apalah kau ni Hana, hari ni kan hari Sabtu! Kau dah nyanyuk ke hilang ingatan ni?” soalnya agak kasar pada pendengaranku walaupun air mukanya masih seperti tadi dan ketawanya masih lagi bersisa. Hati aku yang selama berjam-jam asyik diselangi dengan cerita-cerita jenaka terus hilang keceriaannya serta-merta.
Tak semena-mena, ada takungan jernih yang mengambil tempat di pelupuk mataku. Ya Allah, janganlah biarkan ia tumpah di hadapan insan yang telah lama bertahta di hatiku ini! Aku tak mahu dia merasakan dirinya bersalah atas kekasarannya denganku sebentar tadi. Namun, semuanya sudah terlambat, ia telahpun gugur menyembah bumi tanpa sempat aku berpaling ke arah lain. Raut wajahnya serta-merta berubah lantaran melihatkan butiran jernih yang tumpah dari kelopak mataku. Sejurus kemudian, aku pun melangkah pergi tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutku...
* * * * * * * * * * *
“Eh, eh budak ni! Sempat lagi dia berangan dalam kereta aku ni. Hoi, makcik! Dah tak nak balik ke? Atau kau nak terus ikut aku balik rumah aku tu?” sergah Mila secara tiba-tiba. Mau gugur jantung aku dibuatnya.
Mila ni kalau bercakap dengan boyfriend dia bukan main lagi lemah-lembutnya! Tapi bila dengan aku je terus jadi suara bagaikan petir yang mahu membelah bumi. Bukan sahaja bumi, bahkan seluruh alam semesta ni dia nak belah! Tak faham betullah aku dengan perangai sahabat aku yang seorang tu. Lain betul berbanding sekalian manusia yang pernah aku kenal di dunia ni.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home